Pages

Sunday, September 18, 2011

Ballad of A Loner.Abang ALAM

Pada suatu hari.. lepas light off. Aku duduk la berbual ngan abang sedorm aku lam bilik. 
Biasala.. budak form 1 kan.. time2 malam hujung minggu cenggini jerla peluang kitorang nak didedahkan pasal urban legend skola.. Nasibla bilik aku pulak ada sorang yang gila mulut. Ade jer benda nak bercerita. Ahaks!

Tengah2 syok bercerita tu.. ada sorang budak, F1 jugak tapi kelas lain datang cari aku. Katanya ada budak F5 panggil. Terkejut tau! Terus aku cari Abang Shah, the only F5 dorm aku untuk mintak tolong. Takut sial! 
So lepas budak yang datang cari aku tu di-interview Abang Shah, Abang Shah cakap okay.. no hal. Senior yang nak jumpa aku tu kelas dia. Jadi xyah nak risau sangat.

Tapi tu kata Abang Shah la.. Aku ni.. dari bilik aku kat tingkat 3 nak ke bilik senior yang kat tingkat 1 tuh.. huisshh~ Macam2 dalam kepala tau!

Aku ni dahla low profile. Tak pernah bergaduh ngan orang. Rajin ke surau *of coz..* Xpernah bermasalah ngan mana2 senior pulak tu.. So kenapa kena panggil? 
Dibuatnya aku diterajang ker hapa.. Naya! Dahla masa tu aku baru lepas keluar wad sebab masalah paru2. Ohoo.. xmo lah cari masalah!

Sampai jer kat dorm senior tu.. Aku dah berpeluh dah. Dahla dorm paling hujung, pastu gelap semacam pulak. Memang xsuka ah!
Lepas diarahkan si budak yang jadi escort aku tu.. Aku masuk dorm tu then pergi ke katil paling hujung. Dalam samar2 gelap tu aku nampak ada 2 lembaga manusia tengah berbual. Makin seramm..

"Er.. abang panggil saya ker?"
"Zakiyudin?"
Aku angguk. Tah nampak ke tak dalam gelap tuh..
"Duk sini.. Aku ada banyak benda ni nak cerita ngan ko~" Jawab abang yang duk atas katil single tu sambil beralih sikit supaya senang aku nak duduk. Sorang lagi stil diam xkata apa2. Makin cuak.

"Ko Form 1 kelas apa?"
"Lambda"
"Ohh.. ambik arab. Apasal xambik bahasa lain?"
"PK HEM xbagi tukar." Rajin aku menjawab. Nasib la ayat keluar lancar ajer..
"Ko tahu tal apsal ko kena panggil ni?" 
"Xbang.." Aku tunduk taknak pandang muka abang tuh. Takutt!! Dahla abang yang sebelah tu xbercakap sepatah pun lagi. Hishh..

"Ni.. pakai songkok aku.. Hensem sikit." Mula dah.. ni yang aku nyampah ni. Confirm kena buli! Damn!
"Haa.. okaykan?" Mengulas sambil tengok muka aku yang terang2 dalam gelap tu dah pucat lesi. Abang yang sebelah tu dah mula senyum. Ceit!
- Cut pendek. Kang panjang jadi 2 entri pulak! Ahaks!

"Sebenarnya bukan abang yang panggil ko datang ni.. tapi abang sebelah ni." Aku tengok kat abang yang still xbercakap2 tuh. Bisu kot~ Dahla muka pun aku xcam. Xpernah terserempak walaupun satu sekolah satu asrama la konon.. 
"Ko kenal sapa ni?" Tetapp abang yang sorang tu jugak bercakap. Aku geleng tanda xkenal.
"Nama dia ALAM. Ko nak tahu x kenapa nama dia ALAM?"
Angguk jerla~ Ko nak cari nahaskah?

"ALAM tu sebab Akademi Laut Malaysia. Abang ni cita2 nak further study sanalah. Sama macam abang dia." abang tu memang jadi jurucakap sengoti malam tuh!
"So lepas ni.. ko panggil jer dia Abang ALAM. Faham?"
"Faham..."
"Bagus..." Abang tu senyum puas hati. "Klah kawan. Aku chow dulu. Kau sambung la pulak interview budak nih." Abang banyak cakap angkat punggung nak berlalu pergi.

"Eh eh jap.." Sempat lagi dia break. Hishh!! "Ko budak dorm Shah kan?"
Again.. angguk.
"Dorm sebelah aku jerla nih.. Okay okay.. Nanti aku bagitau Shah malam ni ko tidur sini. No hal k! Babai!"
Makin cuak! Argh!! Tido sini?! Mamposs..

"Hahaha.. abang tu banyak cakap kan?" Abang ALAM mula bersuara.
"Hurm.."
"Ko dah makan?" 
"Dah bang.. lepas usrah tadi."
"Okay.. ni xper ker ko tido sini?"
"Xper..lagipun abang tu dah bagitau Abang Shah kan.. So xder orang cari dah kut.."
So dari situ teruslah kitorang berbual sampai aku sendiri pun xsedar masa mana aku tido. Nasibla esoknya Jumaat. Lepas Subuh terus sambung tido sampai kul 8. Ahaks!

And that guy, Abang ALAM. My first ever abang angkat. Hiks! Still ingat kat dia sampai hari ni.

Lepas kejadian malam tu, boleh dikatakan tiap2 hari aku ke dorm dia. Kalau xberbual.. aku temankan dia study. Tapi biasanya aku berdengkur la.. Xmampu den nak berjaga sampai pagi ehh.. Dibuatnya esok kelas first aku PAI.. Matilaa kena baling ngan kapur sebab tidur. Persimpangan bertingkat I xrela U..

Oh.. and result SPM dia memang gempak lah! 9A1. Dan selaku orang paling rapat ngan dia, of course kena tempias meh.. Dan aku mengaku.. disebabkan pengaruh dia jugak nama aku tercalon dalam list untuk di-interview sebagai prefect hujung tahun F1 tuh.


Bila confirm jer nama aku dapat.. dialah paling bangga. Habis semua dorm dia bawak aku round. Nak menunjuk sehh.. Hihihi


Last sekali aku jumpa dia.. masa F2. Hari Graduasi. Tapi tetap kena pelangkung sebijik sebabnya aku xgi tegur dia dulu. Hahaha.. Malu siol! Dahla hari tu aku kena paksa pakai sepersalinan pendekar, padahal tukang bawak tombak jer. Mana nak sorok muka mehh..


Dan abang jurucakap tu siap suh aku bukak kekuda ajak bersilat. Damn! 


Tetiba terlintas nak tulis ni.. fikir gak aku. Dia ingat lagi tak kat budak sengal ni. Yang makin lama makin comel. Hiks!
Dan.. apa yang dia buat skrang ah? Pasal ALAM tu pulak... dia masuk x? Atau.. dia pilih tempat yang lagi baik dengan result dia tu.. Hurm.. Jom2 riki. Mana tau tetiba boleh jumpa kat FB nih. Hikhik!


p/s : Termakan pujuk rayu my sis untuk terus sambung shopping. Damn! Bajet ke KL makin susut mehh...





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...