Pages

Thursday, September 1, 2011

The Curse of The Plaster Ceilling. Part 5

Lena tidurku terganggu dengan keriuhan suara my sis diluar. Segera aku mencapai telefon untuk memastikan jam ketika itu. 12:00 tengahari.

Urgghhh. apsal la dia ni tengahari pun dah bising~ Xder kerja sangat ker? Pergi2 la main game perang dalam bilik tu oiii.. Bentakku yang terganggu. Headphone di sebelah segera ku capai untuk menutup telinga. Dentuman kuat irama tari dari lagu 2NE1 berjaya menyakinkan aku untuk terus menyambung tidur. Nega Jeil Jal Naga. Beat!

Brrr... brrrr..
Getar telefon pula menggangu peraduanku. Tapi kali ini aku perlu bingkas bangun. Jam di telefon sudah aku setkan jam 3 petang, menandakan waktu yang cukup afdal untukku memulakan hari yang disangka indah itu.
Selesai melakukan rutin harianku, aku segera menuju ruang tamu mengambil tempat di atas sofa bersama abah. Suratkhabar ku capai untuk dibaca.

Satu persatu berita yang berjaya menarik minatku dibaca. Seperti biasa, ruangan hiburan lebih menguasai jiwaku. Gosip2 serta caci maki sesama artis sudah ku anggap keperluan utama kehidupanku ini. Terus membelek....

Krekk........
Bunyi pintu bilik my sis dibuka. Kelihatan dia terkocoh2 keluar. Aku sengaja buat2 tidak hirau, malas nanti akan dilabel busy body pula. Langkahnya kelihatan laju sebelum berhenti di meja makan di ruang tamu sempit itu.

"Eh, ko ada cakap kat Si Perahsia ker pasal cerita siling kapur?" tangannya menyuap kuih yang terhidang di meja makan itu. Mulutnya dinganga luas bagi memudahkan kuih itu disuap masuk. Lapar fikirku..

"Erm.." Aku menjawab perlahan bila menyedari mata abah juga mula memandang ke arahku. Alamat tidak senang mula melanda diri.

"Ko tahu tak... disebabkan ko.. skrang ni Si Botak dah tahu pasal cerita tu. Mulut kau kan.." mengunyah kembali kuih yang hampir tersembur keluar itu.. "Suka sangat menjaga tepi kain orang tau! Xreti langsung nak jaga air muka aku!"

Aku hanya diam membisu kerana diserang sebegitu sekali tanpa sempat membuat persediaan. Walaupun bagaimanapun, hujung bibirku masih sempat menyimpul sedikit senyuman. Sukar ditafsirkan kenapa. Cuma jiwa yang merasa saat itu mampu untuk bercerita.

"Ko kan.. memang. Aku selalu pesan kan~ Jangan nak jaga tepi kain orang.. Benda tu buat bergurau sesama kita jer. Ko pehal nak gi cerita kat Si Perahsia pulak? Motif?!?!"
"Skang ni.. semua orang dah tahu ko yang bawak mulut. Tunggulah! Petang karang Si Jejaka ngan kengkawan dia nak datang interview ko sendiri. Aku xnak tolong dah! Xguna!"

My sis terus berlalu meninggalkan meja makan sambil menepuk2 perut yang sudah diisi sebentar tadi. Aku yang masih diam seribu bahasa terus membelek2 suratkhabar di tangan. Terasa kosong kini.

Ko xpuas hati cakap depan ah!
Berbuih mulut tau cakap benda sama. Nyampah!!

"Kenapa kau nak pergi cerita pasal Si Botak tu kat orang lain~ Cari kes jer..." Abah yang dari tadi berdiam diri mula membuka mulut apabila memastikan my sis sudah kembali ke biliknya.
"Tak bah.. orang cerita tu~ Buat bergurau.. Mana tahu benda camni boleh jadi plak.." Aku menjawab ikhlas. Patah bila berhadapan dengan orang tua itu.
"Ko pun satu.. gelenyar sangat nak bercerita. Habis skang ni macamana?" Abah terus mengasak.
"Hurm.. dah Sis cakap Si Jejaka semua nak datang.. Kes pun dah besar.. Tunggu dan tengok jerla.." Aku mula pasrah dengan setiap butir bicaraku kini. Sebarang perkara yang berlaku selepas ini perlu aku tanggung sendiri tanpa bantuan orang lain. 

Satu keluhan kecil keluar dari mulutku...

Bersambung......... *nasib aku update pun dah kira okay~ tunggu jerlah next part. Aku nak siap2 naik Redland nih. busy! Hahaha!!!*

p/s : Patah tumbuh lain, hilang cari baru. Jangan difikir tentang yang satu. Ko ada ramai lagi kawan Zaki! 
Yes!!!! I Love U Mr. Simple!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...