Tak sempat sedut tapi tetap tersemput-semput dari episod lalu.
Okay.. aku cuba nak habiskan drama ni dalam entry ni jer. Tapi disebabkan perkembangan tertentu~ :P tengoklah dulu camner ek! Tapi memang rasa at least akan ada satu spin-off kut... Hiks!
...............................
Jeng jeng itu terkial2 mencari parking. Kalau xkerana konfrontasi yang sengaja diada2kan Si Matured sebentar tadi, sudah pasti awal2 lagi kami sudah meronggeng rokiah dalam Watson malam tu.
"Aah!! Parking jer belakang kereta ni. Kalau dia nak keluar.. kita alih jerla. Lagipun aku rasa ni kereta staf2 Watson gak kut.." My sis seperti biasa membuat spekulasi.
Melihatkan jam yang menghampiri jam 10.15 malam, saya cuma mengikut. Bukan apa.. dah alang2 datang.. Biarlah boleh masuk.. Ni dibuatnya my sis ajak datang pulak esok.. Nahas!
Ibarat ayam bertelur riuh sekampung kami tiga beranak dalam Watson malam tu. Semua benda dijamah, dipegang, diraba dan kalau xdibeli.. dibuat derkkkk jer.
Jam terus berlalu. Sebaik mendengar tetingkap besi mula ditarik. Kami bergegas membuat pembayaran. Ting! Tertera di skrin jumlah perlu dibayar. Rm 100++
Hurm.. nasibla kami shopping 15 minit ajer. Kalau 2 jam~ Matilaaaa...
"So kita nak makan kat mana ni?" My sis memulakan kata sebaik kami semua selamat melabuhkan kembali punggung di dalam kereta.
"Entah... nak makan apa ek?" saya buat2 bertanya balik. Padahal dalam hati xhenti2 berdoa my sis suggest gi McD saja. :P
"Hurm.. kita gi makan Abang Bulan nak?"
"Ha? Ko xrisau Si Matured tetiba munculkah nanti?" Saya kehairanan. My sis ni nak mencari nahas ke apa?!
"Ahhh!! Persetankan mamat haram jadah tu! Aku teringin nak makan megi kosong la.." My sis menerangkan maksudnya.
"Okayla. Ikut ko jerlah." Saya mengalah. Punah hasrat nak menjamah eskrim malam itu.
Jeng2 itu terus memecut laju melalui Jalan PC yang dengar2 dah tukar nama ke Jalan Tok Guru. Saya seperti biasa, melayan cakera padat cetak rompak yang dimuatkan lagu2 siam yang saya sendiri tak faham petah sebutannya. Tapi dek kerana muzik itu universal, saya layankan juga. Sebut salah pun xder halla.. Lagipun yang perlu menadah telinga cuma anak my sis dan my sis sahaja saat itu.
"Cuba ko intai~ Si Matured aa tak dalam kedai tu?" My sis memberikan arahan sebaik selesai meletak kereta di hadapan restoran Abang Bulan itu.
"Tett tett... Xder. Line clear!" Jawab saya yakin
"Okay.. Jom serang!!!"
Saya disebabkan kempunan nak makan eskrim xhabis lagi, hanya order air jer. My sis dan anaknya sedapp jer melantak. Tapi layankan~ saya lagi syok mencuci mata melihat keadaan sekeliling.
Kami terus bergelak ketawa bergurau senda disitu tanpa gusar dengan pandangan orang sekeliling. Lagipun kami regular customer.. makan xbayar pun xder hallah!
Tengah2 syok mengumpat keji semua, mata saya terpandang satu susuk tubuh manusia sedang catwalk dengan machonya di dalam gelap semak samun bersebelahan kedai itu.
Saya terus memerhati.... memerhati... dan memerhati.....
Omakau cik kiah!!!!! Terus mode saya bertukar. Henshin!! Kepochi time!!
Saya pun ketuk2 lah meja memberi isyarat kepada my sis yang sedang asyik menghirup kuah meginya.
"Apa?" My sis kehairanan melihatkan gaya kepochi saya tuh.
"Ko jangan pusing!! Si Matured tengah berjalan ke sini tuh!!"
"Hah? Yoko?!" My sis terus menghirup kuah meginya sekaligus. Licin. "Buat2 biasa jer." Ucap my sis sambil mengelap mulut.
Here I come bebeh!
"U dah lama sampai sini?" Si Matured menegur my sis seraya menarik kerusi untuk duduk disebelahnya. Bau tengik minyak hitam menusuk hidung saya.
"Ermm.. lapar~" My sis pendek.
"Laa.. why U don't tell me?! Nasib ada orang call cakap U ada kat sini.. Kalau x I xtau pownn.."
Puk!! Kaki saya disepak dari bawah meja. Saya menjegil mata ke arah my sis seraya mebuat isyarat orang rabun.. "Mana aku tau ada kepochi kat kedai ni merepot! Dah yang ko nak sangat datang sini tu apasal? Tanggunglah!" Gitu.. lebih kurang. Tapi my sis xfahamla.. Masuk kereta kemudian baru saya terangkan semua. But for now.. stick to the story okeh!
"Ermh.. saja jer~ Lagipun anak I xmakan lagi. So tu yang singgah terus sini tu..." My sis still dengan mood menyampahnya.
"Ala.. U din? Xmakan ker?" Si Matured memanjangkan pertanyaannya ke arah saya.
"X.. kenyang dah.." Tengok drama! Kalaulah saya tambah terus ayat tu masa tu kan best~
Si Matured terus berbual berbicara, berbangga seperti yang sering dilakukannya. Saya sesekali memandang my sis. Cuba mengesahkan kehadiran Si Matured ketika itu.
"Ni apakes? Tadi ko buat speku konfro semua~ Skang ko datang, buat cam benda xder hapa? Wadehel cukelat hacks are U doing Si Matured? Xmalukah ko? Xnampakkah yang aku dah naik meluat nih?" Lagi2 saya bermonolog.
Malam itu kami akhiri drama dengan cerita rekaan Si Matured tentang motor baru serta kereta yang akan dibelinya. Sesekali saya mencebik. Sesekali pula bermain angin. Biarlah fikir saya.
Lagipun jenis orang camni.. Dari muda sampai ke tua beruban nak mati pun dia xkan berubah. So layankan saja la...
Saya terus tenggelam tak timbul2 berfikir....
TAMAT.
p/s : Ni baru tamat drama ni jer. Yang betul2 penutup.. InsyaAllah aku akan sambung terus lepas ni. Tapi xleh nak janji la bila publish. Hehehe..
Oh.. dan FB dah jadi makin bangang! Dahla semalam aku nak masuk website fevret aku pun kena upgrade. Eh hello?!?! I barang free okay~ Kalau bayar.. dinch aku cari yang lain terus.. Bajet ok bajet!
No comments:
Post a Comment