Pages

Tuesday, September 20, 2011

The Gate. A Retro Story That Still Continue Part 2

Disedut sampai tersemput dari episod lalu...

Dalam renyai2 hujan dan ditemani suara dj radio, saya bermonolog seorang diri.
"Huh! Nak mati kalau ko tahu pasal apa dia sekat aku haritu?! Kang xpepasal jadi kes lain pulak."
Minda saya terus mengingati memori2 saat kejadian tempohari. Satu demi satu kembali jelas terang untuk dianalisa...

...........................

Saya terpaksa menahan diri untuk lebih lama membelai diri di dalam bilik air petang itu. Risau jika Mr. Blur sampai sebelum saya sempat bersiap getus hati.
Langkah saya seperti biasa, kalut tak bertempat lagaknya.

Selesai menempek bedak bagai, :P saya keluar menuju arah meja makan. Telinga saya menangkap suara2 lelaki sedang berbual di luar rumah. Ibarat angsa lapar, saya terus menjenguk untuk melihat.
Kelihatan di pandangan Mr. Smoker sedang berbual2 sesuatu dengan 2 orang pemuda serta Si Matured di luar. Melihat gerak tangan mereka yang persis sedang berbicara hal politik negara itu, saya yakin yang mereka sedang merancang untuk membaiki pagar yang sudah berkarat itu.

"Aiyoh! Apsal la Mr. Smoker gi buat2 bangang bercakap ngan Si Matured tu? Ko xreti ker orang tu xsuka ko? Susah la kalau otak benak cam siput sedut nih!"
Saya bermonolog dalam diam. Risau jika Si Matured menggunakan situasi petang itu untuk mengurangkan bajet dapur rumah yang tiap-tiap bulan xpernah cukup itu.

Tiba2...
"Din!" Saya tersentak. Kuih jemput2 yang disumbat ke mulut nyaris tersekat di kerongkong. 
"Yo!" Saya menjulang tinggi tangan ke angkasa. Si Matured juga turut sama mengulang aksi saya itu. Mesraa... katanya.
"Buat apa?" Saya bertanya walhal benak sudah awal lagi dapat meneka.
Nih... baiki pagar ni.. Tu smart2 nak kemana?"

"Smart? Ko tahukah aku tengah 'semak' skang ni? Kalau ko hulur seratus dua betul gakla aku nak smart pon..." Sempat saya bermonolog.

"Xderlah.. Biasa jer.. Nak kluar ni~ Janji ngan orang.." Saya menjawab manja. Manjakah? Hahaha!!!
"Oohhh..." Si Matured mengangguk faham sebelum terus menyambung perbualan bersama pemuda2 terbabit. Saya pula terus menuju ke bilik untuk terus merenung cermin panjang. Xpuas memuji diri sendiri rasanya. ^^

10 minit kemudian Mr. Blur sampai dengan jipnya. Saya bergegas keluar. 
"Pergi dulu abang~" Saya menyapa Si Matured semasa menyarungkan kasut.
"Mana?" Si Matured sekali lagi bertanya.
Bangangkah? Tadi kan aku dah cakap~ keluar.... Alangkah bestnya kalau ayat itu dapat saya luahkan.

"Janji ngan saem Mr. Blur nak keluar. Xperlah. Orang gi dulu abang ek!" Saya berjalan laju ke arah jip Mr. Blur. Ibarat lipas dikejar kucing, cepat saya melangkahkan kaki naik ke atas jip itu.
Mulut saya terkumat-kamit mengarahkan Mr. Blur untuk segera berlalu pergi. Risau juga jika terus berlama2 disitu, makin panjang sinetron 300 episod yang tidak perlu itu disambung.


"Gi dulu Abang #$%" Ucap Mr. Blur sebelum berlalu meninggalkan perkarangan rumah petang itu.
Saya yang pada asalnya rilek tetiba dikejutkan bak beruk. Janggal mendengarkan Mr. Blur menegur Si Matured. Hilang akalkah mamat disebelah saya ini? Tidak fahamkah dia yang Si Matured itu teramatlah blind jeles dengannya? Apakah makna teguran itu hanya untuk menunjukkan adab sopan? 
Tidak perlu getus hati saya...


Jip itu membelok masuk ke jalan utama. Meninggalkan drama atas pagar rumah itu terus berlangsung..


Bersambung... lagi~ 


p/s : semalam tengah2 syok aku karang drama nih, sekali internet kena potong pulak~ Sial! Dahla aku siap bukak 3 draf sekali. Konon2 nak siapkan semua sekali ah. Alih2 2 tu xsempat save pulakk..
Maka mamposlah aku harini nak habiskan semua sekali. Aiyohhh!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...