Balik jer dari KL, terus bertukar mode. Mode Maid In Hell.
Kenapa hell? Sebab rumah macam tongkang pecah. Hahaha..
Maa pesan kat Mr. Smoker.. "Nati cabut saya punyo karpet eyy.. Kasi simpan. Takut losak." Dinch dia buat bodo dunno jer..So my sis pun mengadula kat aku.
Aku yang mode tengah xberapa nak umphh ni apalagi. Terusss kasi itu cuci satu rumah. Hua3!! Lagipun kalau maa balik.. *maa naik KL hari sama aku balik KB. Kursus katanya.* nahaslah aku jugak yang kena. Jadi baik siapkan semua benda awal2 kan!
Now done with my house work. :) Sekarang masuk tema shopping2 pulak.
Yes... jangan terkejut~ Iols sambung shopping kat KB pulak uols.. Tak puas hati gituh..
Actually tujuan asalnya nak temankan kawan my sis, Cik Marina Janda Bergetah tu pergi cari kasut. So bersusah payahlah aku, my sis, Demi *nama baru anak my sis* dan jugak Mr. Apai Kuyup naik KB Mall terjah kedai kasut kekdahnya.
Aku macam biasa la.. Ambik peluang ni untuk buat2 kekwat pakai kasut baru dan jugak baju baru itu. Bangga seyh! Sebesar2 KB Mall tu, hanya aku sorang jer K-Pop, orang lain dinch nampak cam Kumpulan Boria Max 24/7 sajos. Hoho! Kembang kempis hidungku.
Dengan rambut keras kejung jasa wax, spek kuning, baju yang terang2 K-Pop dan jugak kasut warna purple terang, xder orang yang mampu challenge kekonfidenan aku saat itu! Hua3!!!
Iols beli 40 hengget jer uols. Janji santekkk.. hiks!
Spek 10 hengget yang aku sambar kat Times Square arituh.
Perangai my sis, nama jer temankan orang shopping. Tapi biasanya dialah yang melebih.
So, disebabkan Cik Marina Janda bergetah xjumpa kasut dia. Kitorang pun melilaulah balik atas KB Mall tuh...
Opss.. lupa nak cakap. Entri ni akan jadi terrramat panjang kalau aku xcompile sekali semua yang kitorang buat tu. Why? Sebab kitorang xpergi sekali jer okay~ tapi 4 kali dalam 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kikiki..
First day, xjumpa kasut Cik Marina. My sis beli spek kat Dr. Cardin. Hari ni aku pakai biasa jer sebab hujan. Lagipun kitorang gi KB Mall tu dekat2 pukul 10 dah~ Xseswai nak melaram la..
Second day, Sabtu. Haruslaa ramai orang. So melaram time-lah. My sis masuk focus point. Sambar spek harga RM500++. Brand ELLE lagi. Aku ngan Mr. Apai buat dunno jer~
Then naik atas gi Vincci. Aku beli jam, my sis beli selipar untuk dia ngan Demi. Sesambil tu aku menonong masuk kedai CD cari kartun. Jumpa Belach 4. Hooray!!
Cik Marina? Tetapp xjumpa kasut dia nak. :))
Aku sebenarnya xberapa suka nak pakai jam, tapi dah orang belikan~ Kena appreciate la kan. ^^
Sambung petang pulak. Kali ni masuk kedai aksesori berjam2. Aku kepala best melayan lagu2 K-Pop. My sis pulak sebok mencari harta karun segala bagai dalam tu. Hiks!
Then Mr. Apai bertukar mode kepada penasihat fesyen xrasmi aku. Segala jenis rantai, cincin, dan jugak aksesori dia pakaikan untuk aku. My sis tetapp dengan tema nak suh aku tindik telinga. Haiyyohh!! Yang lama ni masih terasa meh.. Xnaklah lagi! :P
Aksesori tajaan my sis yang dipilih Mr. Apai. Tolak cincin 'belah besi' tu jer yang memang aku dah lama ada. Beli kat KL last year.
Oh.. dan Cik Marina terus hilang pedoman. Daripada nak beli kasut, dia gi sambar handbag pulekk..
Third day. Sekali lagi masuk focus point. Kali ni my sis nak tukar cermin spek dia. Dari biasa ke photo grey. Anti silau xsilap. Terbang lagi 100++. Harusss...
Dan for the last day ni.. Kitorang hanya bertapa dalam satu kedai jer sementara menunggu spek tu siap. Brands Outlet yang baru bukak kat tingkat satu tuh. Kali ni my sis cakap, "ko pilih jer baju mana ko nak dik." Ahaks! Terus menggeladah seantero kedai. Yes! Yes! Yes!!
Tolak campur baju aku semua, total bill jadi RM 350. Ha! Hambik ko hazab shopping lepas raya. Kikiki..
Tapi bestlah~ berbaloi aku mengamuk sebelum raya aritu. At least aku dapat lagi baik dari yang aku harapkan. Kan? Kan? Kan?~
Sehelai kemeja, satu long sleeve tshirt dan 2 helai baju tshirt biasa yang berjaya membuatkan aku pitam!!
Fevret aku? Long sleeve bawah kemeja tuh.
Pilihan my sis? Tshirt biru pink ituw~ Argh!! Tahun ni aku kena bertemakan pink ker? Adoih!!!
Fevret yang aku beli sendir kat KL aritu!!!
Tetiba nak nyanyi lagu Love Song. Hehehe...
Hurm~ bila dok termenung dalam bilik tengok ni semua kan.. Terus hati aku terdetik. Masa mana nak pakai ek?
Dahla stok yang xdipakai pun berlambak lagi. Camner nih...
p/s : Next!! Cari sponsor nak baiki laptop bling2 nih. Ahaks!
No comments:
Post a Comment