Pages

Thursday, August 5, 2010

Review

Oleh kerana aku sangat rajin disebabkan xder kerja nak buat. Tiba lah masa untuk aku me'review' beberapa lagi lagu yg aku consider sedap didengar.
Eh jap.. Hitz tayang video klip Will.I.Am Heartbreaker..
>
>
>
>
Dah.. I'm so so so so sorry~
Hebat gak aku! Boleh hafal lagu ni. Dah.. no more mengarut! Jalan!!
Hari ni aku pick 3 lagi lagu. Lagu lama but still... BEST!

 So, Korang mungkin kenal 2 daripada 3 gambar kat atas kan?! Beyonce, Lily Allen dan yang last tu.. Kangen Band. Yup! Band seberang laut itu ibu2 bapak2 sekalian.... 
* Sebelum itu.. calon2 nya adalah...* ala Ella nak present award ni!!!

1. The Fear - Lily Allen
  *I want to be rich and I want lots of money, I don't care about clever I don't care about funny..*
Catchy kan lirik dia?! Favret single aku. Lily ni jenis song writer yg jujur. Kadang2 kita boleh tersenyum dengan lirik2 dia. And don't be surprise jika ada word yg dia guna tu.. diistilahkan sebagai 'melampau'. Tapi suara dia yg soft tu.. buat ayat2 dia tu bunyi cam biasa jer...


2 Flaws and All - Beyonce
mungkin ramai orang kenal Beyonce and her single Halo. Tapi ramai x tahu pasal lagu ni kan? Ala.. mv dia pun setakat live performance dia masa jelajah The Beyonce Experience jer.. Tapi lagu ni memang tangkap jiwang. Kalau perhati btul2.. macam Beyonce tuju kat Jay Z pun ada. Romantik woo... *Catch me when i fall, accept me flaws and all. And that's why I love you..* Ah... rebah terduduk aku!

3. Jangan Menangis Lagi - Kangen Band
Aku sebenarnya bukan la nak melebih2 band dari seberang. Tapi diorang memang cun loo... Aku mula2 dengar lagu ni masa aku kat tempat kerja. Masa tu.. 'musuh' yg masih lagi kawan aku beria2 suruh aku dengar lagu ni. Aku sebenarnya memang dah familiar ngan lagu2 diorang cam Doi, Kembali Pulang, Cinta sempurna dan 2 3 buah lagu lagi. Tapi masa 1st time aku dengar lagu ni, terus lentok wa cakap lu!!! Lagu ni x berapa popular kat Mesia ni pun maybe sebab storyline dia yg berkisar pasal pelacur kut. Tapi aku xnak judge.  Pepehal.. dengar dlu kat sini k!

Jadi judge sdiri. Lagu2 ni memang peneman setia tidur aku. So, dengan share kat cni, maybe ada orang pun akan buat sama cam aku gak kan? X tau la...

jari nakal menari : Suka dengar Fara Fauzana gelak pepagi. Memang aku tersenyum jer dalam keta.

Wednesday, August 4, 2010

9 Awan...

Aku sebenarnya teringin sangat nak makan Cloud 9. Lama dah aku cari. I think.. last sekali aku makan masa aku form 2, 7 years ago. Lama tuh!

I think.. ni packaging dia yg lama kut.. Aku google jer. Dulu2 mana ada terpikir nak take pic benda2 cam gini..

Masa tu setiap kali rehat memang benda ni jadi barang keperluan yg aku beli kat koperasi. Dulu cikgu x marah kalau setakat nak mengunyah dalam kelas. Janji jaga kebersihan dan x mengganggu. Kalau sekarang xtaula.. lama dah x sekolah ni! 
Tapi sebab lama x makan dah x pernah tengok orang makan, I guess diorang dah x produce kut chocolate bar ni. Aku pun confuse gak pasal masa zaman aku dulu.. walaupun cokelat ni dikira 'mahal'. Tapi still ramai orang beli apa.. Xsilap aku 50 sen satu. Ala.. zaman bebudak. Duit ni bukan benda kena pikir pun. Leave it to adult! Kita buat kerja kita dah....
Tapi tadi masa aku singgah kat 7e kat depan rumah ni. Kakak aku tunjuk kat aku benda yg memang aku xsangka ada lagi skang. CLOUD 9!

 Alhamdulillah.... lepas hajat! Next!!! Aku beli 3 nih!!

Aku terus sambar 3. Xsempat sampai rumah aku sebat. Memang best giler! Mengimbau kenangan gitu. 
Rasa dia memang sama jer. X berubah langsung. Kalau yg different pun.. packaging dia jer la. Tapi aku memang xkisah benda2 cam tu. Janji aku dapat apa yg aku cari sudah.
Memang la sekarang ni banyak cokelat bar lain.. Cam Snicker, Hershey.. Tapi taste dia x sama. Kata orang kalau kita dah sangkut ngan sesuatu benda tu, sogok la apa pun. Xkan sama punya.
Masa dok tulis entry ni pun aku sempat lagi mengunyah. Thanks JACK' n JILL sebab still produce choc ni. Kalau x sampai ke tua aku kempunan gamaknya.. 
Chow! Aku nak mengunyah sesambil layan lagu Usher lu.. Adios!!


jari nakal menari : Aku ingat JACK' n JILL ni jenama jajan jer.. Cloud 9 pun dia yg produce gak rupanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...