Pages

Tuesday, September 21, 2010

:: My Little Maru ::

Sapa kata kat Jepun jer ada Maru? Aku pun ada la wei!!! Walaupun still baby, aku akan hadapkan dia makanan bebanyak supaya satu hari nanti dia akn jadi cam Maru tu gak! Mwahahaha!! Kang kena diabetes plak kucing aku nih! Ehehe...

Actually aku xder niat pun nak pelihara kucing ni. Just kekadang tu.. aku cuma nak ambik dia buat main jer. Aku xnak la pisahkan ngan ibu dia. Dahla kecik lagi, ibu plak garang cam singa! Asal aku nak dekat, mesti dia terkam aku. Cuak gak la..

Tapi aritu auntie sebelah rumah ada bagitahu, dia pernah nampak yg ada biawak makan anak kucing kat belakang rumah. Patut la si ibu tu garang semacam.
So lepas slow talk ngan abah and my sis, kitorang sepakat untuk adopt (chewah!!) anak2 kucing tu.

Mula2 tu, susah gak la. 2 ekor ni sebijik cam si ibu. GARANG! Nasib baik kecik lagi. Kalau x lama dah aku bagi penampar! Tapi masuk 4 5 hari ni.. dah okay la sikit. Reti dah nak bergurau. Tapi for the time being, aku just put diorang dalam cage, diorang cuma keluar time aku nak cuci cage jer. Takut gak la dia lari cari ibu dia balik. Sayang wei..

Aku xtahu kenapa. Tapi aku memang in love ngan kucing kaler hitam putih. Bukan la kaler lain tu x menarik.. Tapi dari kecik lagi memang ni la kaler kucing yg pernah aku bela. Minah.. Hitam.. Panjang.. Sipul.. Mamat.. and now, Maru. semua hitam putih jer..

Skang ni rutin aku tiap2 pagi, cuci cage, bagi makan, lap kucing. And then aku letak balik dalam cage. Diorang ni kira makn banyak gak la. So, untuk save budget, aku just mix Whiskas ngan ikan sardin. Hebat ngko! Aku sebulan sekali jer rasa sardin. Diorang hari2 cik kiah oi!!!

So, nilah buah hati aku sekarang!

My little Maru. Cute x? Cam aku kan? Ahaks!

Yg kat belakang tu.. Muka dah la bengis! Makan banyak. sian kat Maru aku..

Aik? Apsal kucing ni? Ni lah MAMAT. Kucing pengembara. Time dia lapar ngan nak bermanja jer baru nampak batang hidung. Kalau x.. haram! 

Aku sebenarnya nak upload banyak lagi pic Maru.. Tapi disebabkan masa yang diambik tu.. Ya ampun.. lama tol! Tu yang aku upload 3 jer ni.. Lain kali la plak kot... :)

Monday, September 20, 2010

Kamen Rider OOO

Ni entry sambungan dari Saraba Kamen Rider W yg aku buat aritu.
Tapi kali ni bukan lagi pasal kamen rider itu okay. Yang tu aku letak dalam kotak.. taruk atas kabinet dapur dah. Ahaks! Xah.. Just.. benda dah lepas kan.. Letak tepi jer dulu.. Lain kali kita cerita la ek! (ayat mengelak..)

So, minggu ni dah masuk episod ke 3 Kamen Rider 000. Review aku setakat ni.. Menarik jugak la..
I mean the story line. Walaupun aku x faham kenapa dia kena kaitkan seluar dalam mamat tu jugak.. tapi still it's quite interesting u alls!
At first nampak cam cikai jer kan. Iyalah.. tgok jer la masa teaser dia. Apa punya bengap nak bertukar pun bukan main susah! Dulu2 menari boria pun boleh bertukar terus. Xcaya tgok zaman Satria Baja Hitam yg fofuler gila babang masa aku kekecik dulu. Best woo..

Tapi aku xnak la nampak bias sgat. Kamen Rider W/Double lagi susah aku rasa. Kena ada 2 orang baru boleh bertukar, kalau x.. sah2 ngko kena lenyek kat Dopant masa tu! (Dopant - raksasa dalam siri W) Mwahahaha..
So.. kat sini aku nak senaraikan beberapa sebab yg aku rasa akan buat aku terus melekat ngan siri ni. (buat masa ni la..)

1          THEME SONG - Memang best. Dan.. aku rasa lagi best dari KR W/Double. (sowwey..) But I have to admit. Lagu tu lah yg berjaya buat aku terus jer surf youtube semata nak tgok mamat 3 kaler ni.



2          ANKU - I'm dying to know macamana la rupa Greed sekor ni. Iyalah.. dah 3 episod. Tangan tu jer la yg bercakap! Walaupun Anku ni ada body manusia (Izumi Shingo), still xkan production team xnak reveal rupa sebenar Greed ni kan?


3          THE MEDAL - Ehehehe... agak2 berapa banyak mamat ni punya combination ek? I mean.. setakat ni dia dah ada 4 medal. 2 untuk body. 1 untuk kepala dan 1 untuk kaki. Part paling best. Bila dia Henshin. VO dia.. "Taka, Tora, Bata" ( bukan bata kasut tu ngok!) hohoho.. Gempak siot!!
4          KOUGAMI FOUNDATION - Cam ada udang di sebalik mee jer diorang ni..?! Xkesah la. Yang aku nak tahu, adakah mamat motor rambut mop tu akan jadi second rider dalam siri ni. Menarik kan?
5          GREEED - sengaja aku eja ngan 3 E. Tu pun sebab aku tgok dalam first epi dia. Bos KF tulis atas kek tu dengan ejaan 3 E. Xtau plak benda ni stand untuk apa. Kalau Greed tu aku taulah. Kat skolah dulu cikgu dah ajar ape...;)
6          THE ENDING - Kalau dalam KR W/Double, Shotaro ngan Philip akhirnya dapat peluang untuk jadi Double balik. Kesian kat Wakana kan? Tapi kalau Oz (000) camner plak. Rider belt tu sekadar loan yg Anku bagi untuk Eiji tolong dia. Cam TOTO la.. (sama ker?!) So, what's next for Eiji kalau hajat Anku selesai? Apa? Cuci jamban sekolah? Sapu sampah kat KB Mall? Melayan internet cam aku? Ehehe.. tu kena tanya script writer k.. I just bagi option jer...



That's why for the time being.. maybe aku akan stick dulu untuk the first 10 epi. Cerita baru nak berkembang kan.. 
After that? Mungkin aku akan keep on goin' atau just follow jauh2. Tu pun bergantung ngan storyline la. Like I said before la.. Jangan terburu2 nak judge sesuatu benda tu. Bagi masa. Mana tahu lepas ni something interesting kita akan nampak kan?

Aku siap convert VO untuk Oz scanner voice untuk ringtone mesej aku. Gempak siot. My sis memang terkejut la tiap2 kali fon aku berbunyi. Ahaks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...