Pages

Saturday, February 5, 2011

Berita Wilayah Edisi Tak Sempat Siasat



PCB - Malam semalam telah diadakan satu majlis kecil-kecilan untuk menyambut genapnya usia Puteri Vass Not The Pasu yang ke 33. *Oops..slow skit tang umur tu..* Majlis telah diadakan di atas kerusi batu yang ala-ala kayu di sebuah resort tepi pantai di sini. 

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, majlis ini hanya dihadiri kenalan rapat atau bahasa kasarnya 'orang dalam' Puteri itu sahaja. Majlis yang berlangsung hampir 2 jam itu juga turut dimeriahkan oleh kehadiran PG The Pocoyo yang turut membawa hadiah bersamanya. Sumber mengesahkan itulah satu-satunya hadiah malam itu. *Hohoho..*

Ihsan paparazzi atas KB Mall. No wonder hadiah tak banyak eh...
Dapat BAPAK punya hadiah dah tuw!!


Sumber juga memaklumkan majlis turut diselitkan dengan aktiviti suap menyuap kek, umpat mengumpat, ketawa mengilai dan juga sesi pujuk memujuk dengan mata air. Yang pasti, acara selingan terakhir itu yang melibatkan sesi 'engkau merajuk aku pujuk' itu hanya melibatkan tetamu dan tiada kaitan dengan bintang majlis itu.

Oleh itu, kami di bilik berita *termasuk bear2 yang duk atas rak tu..* mendoakan agar Puteri Vass Not The Pasu akan terus maju tak mundur mundur selepas ini. Bak kata pepatah moden. Majulah Gen2 kalau lampu hijau. Sekian.

Antara tetamu yang diangkut untuk hadir malam itu.

Kek harijadi yang tidak pun habis RM20. *kata nyer la...*

Sesi menyuap paling tidak ikhlas yang berjaya dirakam.
Gila kamera la katakan....

Tetamu yang tidak turut serta malam itu. "Lapar..." katanya.
Suratkhabar itu terpkasa digunakan untuk melapik mulut beliau yang tak 
henti2 keluar air liur basi. *Dahsat aaa kucing ni..


Jibam melaporkan terus dari meja poker kepada anda. :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...