Sai Gorilla Zouuu!!!!
Bunyi deringan mesej telefon mengejutkan terus aku dari lamunan. Lantas segera telefon yang tadinya ku simpan di dalam poket dicapai. Aku acuh tidak acuh.
Paparan skrin telefon ku tatap. Ah! Mesej dari my sis? Aku cukup cam dengan gambar yang telah aku setkan bersama nombor itu. Gambar wanita gemuk memakai baju bowling sambil menghisap sisha *sisha ke syisya? hentam jer la..* ku tenung untuk pengesahan.
Segera cermin pandang belakang ku lihat. My sis tidak menampakkan sebarang reaksi. Dia kelihatan masih leka memandu. Nemo di sebelahnya kulihat masih asyik mengelamun. Mungkin sedang berfikir sesuatu agakku.
Butang papar segera ku tekan. Hatiku meronta-ronta ingin mengetahui isi kandungan mesej itu. Barangkali ada sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan my sis.
AKU CAKAP NAK KE SABAH UNTUK CASTING. ENGKAU TANYA LA BILA
Aku terpinga. Sabah? Casting? Otakku ligat berfikir. Casting untuk apa? Bukankah Contest Modelling tahun lepas tidak disertainya? Jadi yang mana satu? Mungkin ada yang tidak aku ketahui barangkali.. Tapi itu tidak mungkin... Selaku pembantu merangkap pengurus tidak bertauliah dan tanpa gaji, aku cukup tahu tentang pergerakan my sis. Malah bunyi gelang kakinya saja sudah boleh menyedarkan ku dari tidur. Inikan pula bercakap mengenai ingin ke Sabah. Aku kebingungan.
Argh!! Persetankan semua itu. Lakukan saja apa yang disuruh. Kamu sepatutnya bertindak mengikut arahan. Ikut anginnya! Kalau tidak... bila2 pun kamu takkan sampai ke destinasinya Zaki... *Okay.. sumpah I fail subjek komsas* Suara halus bertiup di cuping telingaku.
Aku akur...
"Eh ***. Yang contest tahun lepas tu macamana? Dah dapat information?" Aku memulakan kata2 memecah keheningan di dalam kereta itu. Lagu Tuhan Tolong nyanyian Duo Derby langsung tidak membantu menenangkan getar dalam ritma suaraku ketika itu.
"Dah... actually aku dapat masuk untuk next round. Minggu depan kat Sabah. Maybe seminggu aku duduk kat sana untuk casting pulak. Pasal flight dan hal2 lain.. diorang dah siapkan." My sis menjawab.
Aku terkedu... Apakena ngan aku ni? Kenapa ditanya pasal pertandingan sedangkan jawapannya tentang casting? Argh!! Selamatkan aku!!!
"Baby pergi buat apa kat sana?" Nemo mula bertanya. Ternyata isu tentang my sis ingin ke Sabah menarik perhatiannya.
"Ooo.. saya kena casting untuk model magazine kat sana.... Dulu lagi dia dah buat.. Ni kira final stage la.. Tapi tulah. Nak pergi ke tak ni.." My sis sedikit menarik nada di hujung kata-katanya. Suatu isyarat yang cukup aku fahami
"Sabah.... best aaa.. Tapi diorang sponsor semua kan?" Aku mula yakin untuk menari-nari di pentas itu. Aku semakin yakin untuk mula memutar belit kata-kataku. *kejap dancing kejap talking. damn! memang x pandai!*
"Kenapa? Engkau nak ikut? Nanti aku tengok macamana ek. Tapi yang hari tu masa kat Penang kan engkau dah ikut... So kali ni takder hal kut. Pasal tiket. Sampai rumah ni nanti engkau check la.. Then inform aku"
"Okay..." aku mematikan kata-kataku disitu. Membiarkan mereka berdua terus hanyut dalam cerita rekaan yang sesekali di selit dengan fakta yang aku sendiri tidak fahami.
Pakcik konpius nak terjun belah mano. So pakcik dok jerla atas ni.. Boley..?
Aku melontarkan pandangan ke luar. Memerharti gelap malam sambil tersenyum. Penang? Bukan imbasan tentang pertandingan modelling yang terlintas difikiran. Cuma Hard Rock dan peritiwa sesat mencari restoran untuk makan malam menggamit memoriku kini. Punat telefon di tangan ku tekan. Cuba mengalihkan perhatian dari mengingati peristiwa-peristiwa itu.
Kini saraf-saraf otakku mula berfungsi seperti biasa. Memahami tujuan sebenar di balik mesej dari my sis itu. Dari tempat dudukku di belakang, wajah nemo ku imbas sekilas. Keluhan berserta senyuman terus mekar di bibirku.
"Hai... padan la engko nemo.. Hari engkau dah tiba agaknya..."
Sampai sahaja di rumah. Aku bergegas menuju ke bilik. Laptopku dipasang lantas dicari butang skype. Aku sudah tidak sabar2 lagi untuk bercerita kepada Zee. Kepohkah aku? Mungkin.. Tapi sebenarnya.. AKU X KESAH POWN!!!! Hahahaha...
PFK : Tajuk tu.. actually nama movie. A Fish Called Wanda. Citer pasal apa dinch pakcik tatau. Ni kira kes tangkap muat jer la ek.....
No comments:
Post a Comment