Pages

Monday, February 28, 2011

My so-so 'Pekak' Story



Hai adik-adik!!! *perasan tua kojap...* Hari ini abang *abang tu! biasa aku yang jadi adiknya!* ingin berkongsi kasih sayang dengan adik2 semua ya.. Jadi bagi sesiapa yang lapar kasih sayang tu.. Sila2 lah add abang di fb yer...


Nilah menu dinner kita yer adik2..
'Sepinggan kasih bertaut sayang' namanya...


Hahaha...
Xder motif sangat kan? Biasalah bro.. pakcik ni perangai macam budak2.. Bukan macam makcik.. Ala2 ketua wanita bahagian gitu kekdahnya... : P *cari nahas di pagi hari motifnya..*
Anyway! Hari ni pakcik sebetulnya nak share pasal pengalaman pakcik meng'handle' customer yang mulut macam j*** masam gitu.. ^^


Alkisahnya hari tu.. pakcik tengah kerja.. Masa ni x jadi manager lagi. Still kuli batak la kekdahnya. Haritu pulak pakcik kerja department cashier. So.. memang kena mengadap direct la ngan customer2 ni..


Petang tu.. termasuk pakcik hanya dua counter jer bukak. Nasib x busy.. *pakcik jer busy body bergosip!* Kiranya rilek la...
Tiba2.. *tiba2 siap! padahal pakcik siap bertongkat dagu tunggu customer tau!* datang 2 orang adik manis ni nak mengorder. Pakcik pun treat la macam biasa... Sapa dengan senyuman seikhlas mungkin gitu..


"Selamat datang.. Boleh saya bantu. Order?" 
"Saya nak order yang voucher ni.." Si adik yang bertuding ni hulur la sekeping voucher ni kat pakcik. Tapi dinch pakcik xingat set apa.. 
So, pakcik pun tanya la.. "Makan kat sini ker bungkus ni?" 
Yang menghulur voucher tu buat dunno jer tau sesambil berbual ngan kawan dia. Pakcik pun tanya la lagi sekali. 
"Makan kat sini ker bungkus ni kak?" 
"Makan" jawabnya sesambil terus berbual apa ntah ngan kawan dia tu. Muka pakcik pun dia tak pandang masa tu. Tapi pakcik xkisah la sangat.. Janji aku dah confirm order...


Masa ni si kawan pakcik, Cik Mira barbiedoll ada la kat sebelah. Just dia tak tolong jer sebab order sikit. Lagipun we all ni actually antara cashier terpantas abad itu.. Setakat order skit2 ni.. Pejam mata jer bro..


Siap2 tu pakcik pun letak lah atas tray kat kaunter.. Then pakcik pun cakap la harga dia.. Masa nilah baru budak perempuan tu pandang pakcik. Nak tahu apa dia cakap kat pakcik masa ni?
"Eh, saya kan order bungkus? Apsal awak buat makan sini. Pekak ker?" Berkerut siap muka dia. Kawan dia kat sebelah tu pulak diam jer.. Mungkin terkejut kut dengar kawan dia cakap macam tu.. Pakcik agak la..


Pakcik pulak memang dah confirm la terkesima. Cik Mira Barbiedoll outomatik jer pegi sepak kaki pakcik. Sebabnya? Pakcik ni ada ilmu angin kus2 gitu... Jadi dia macam nak mengingatkan pakcik ler tu.. Kang x pepasal aku buat ribut tropika pulekkk


Pakcik kemudian tarik nafas dalam2 then hembus balik. Sesambil senyum, pakcik pun cakap la kat dia...
"Tadi saya tanya... awak cakap makan sini.. 2 kali pulak tu saya tanya.. Then kalau saya silap.. Kenapa masa tengah siapkan order tu awak x cakap.. At least boleh saya betulkan terus.." Ala2 berdiplomasi la... Tapi tangan toksah cakap la.. Terketar2 tahan marah. Tapi pakcik buat2 tekan skrin menu. Konon2 nak control la..


Then pakcik pun sambung lagi.. "Tapi takperlah.. benda saya boleh buat balik... Bukan susah pun.." 

Sesi counter attack pun bermula.. Kalau biasa kan.. Korang pergi KFC.. packing spot dia tu dekat packing table yang tempat ada makanan tu kan.. Finishing order jer yang akan ada atas counter cashier.. Betul tak?


Tapi aritu.. Pakcik ambik kotak semua.. Pakcik packing balik order dia tu atas counter cashier. Konon2 nak bagi dia nampak betapa 'mudahnya' kerja pakcik. Siap2 tu.. pakcik pun ambik duit then cashkan... Paling lawak.. Pakcik gelak siot! Budak perempuan tu xyah cakap la.. Memang pucat dah muka dia...


Masa bagi baki tu.. Sempat lagi pakcik tambah. Tapi kali ni dekat kawan dia yang sebelah tu.. "Maaflah yer sebab saya salah buat order. Tapi kawan awak ni kurang ajar sangat. Kalau boleh tolong la ingatkan dia pasal adab yer.. Kalau tak.. saya tak jamin lah lepas ni dia boleh makan lagi tak kat sini.." Blur gila muka budak tu.. Tapi pakcik pun bukan niat nak sound dia. At least kawan dia dengar masa tu kan...


Keluar jer budak tu.. Habis semua staf kat dining datang jumpa pakcik. Nak tanya apa hal tadi. So pakcik bagi tugas bercerita tu kat Cik Mira Barbiedoll ittuw. Maklumlah.. masa tu tangan still shaking. Kang x pepasal ada yang jadi mangsa kekejaman ku pulak.


What? Berani ngko sound pakcik? Nak rasa jalur adidas kat muka ke hapa?!


Sekarang ni cuba korang pikir balik.. Boleh dia pergi sound pakcik ni pekak? Motif? Padahal 2 kali dah aku confirm order tu ngan dia. Datang bulan ke apa minah ni? Tak tahannya.. student USM Kubang Kerian woo.. *pakcik tahu pun sebab dia selalu datang ngan kengkawan dia lepas kejadian tu.. tapi mampus x order ngan pakcik.* Bakal doktor. Tapi sopan santun xder lansum. Nahas la sapa jadi patient dia nanti..


And yes.. lepas kejadian itu.. Memang dia x pernah dah nak order ngan pakcik. Mungkin dia takut kot. Yalah.. ayat2 terakhir pakcik tu ada berbau ugutan jugak la kan.. Ala2 along kutip hutang kan? Hahaha....


Tapi tu la kan.. Customer Is Always Right. Betul yang kadang2 terlampau sangat untuk dibiarkan. Sebab tu kadang2 pakcik suka educate diorang.. Tapi buat dengan senyuman.  Confirm orang x marahnya.. Tapi bagi situasi2 macam pakcik cerita ni.. Xsalah la kalau setakat nak smash pown... Tak ruginya beras dik oi!!!



2 comments:

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

Anonymous said...

Hello. And Bye. Thank you very much.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...