Pages

Friday, February 11, 2011

Dulu Saya Pernah Jadi Budak... ^^

Darjah 1
- Aku dapat A+ masa hari pertama gi sekolah. Hooray!!! 
- Ponteng sekolah sebab arwah mak tak prepare kanji untuk kelas seni aku. Kecik2 dah keras kepala tuw...
- Bergaduh ngan adik ipar abang aku yang darjah 3. Arwah mak pesan.."kalau bergaduh tu.. pukul ngan kayu terus!" Dan tu lah yang aku buat. Hehehe.. Dahla kat tangga sekolah. Gempak gila siot..

Darjah 2
- Tertukar beg sekolah ngan kakak aku sebab design dengan kaler dia sama. Nasib satu sekolah.. Kalau tak haru~~
- Ada orang gila masuk kelas berlagak jadi cikgu. Siap ajar Alif Ba Ta woo.. Kitorang yang nak ambik exam aritu tiba2 jer rasa bodoh ya amat...
- Dimalukan depan satu sekolah sebab tidur dalam dewan masa orang bagi ceramah. Damn!
- Gigiku di simen... Buruk sangat ker gigi aku masa tu hah?!

Darjah 3
- Berlagak alim disebabkan nak jadi pengawas. Makan kat kantin jer.. time rehat pun x menggila nak main lompat tali. Just jadi penonton jer kat tepi padang.. Hehehe
- Tersenarai dalam top 10 untuk ambik PTS. Tiap2 hari ada kelas tambahan. Letih aa....
- Mula tahu aku berbakat dalam bidang seni. Chewah!!! Lukisan aku mesti confirm ada kat koridor utama sekolah. Bangga weyh!!
- Mencuba nasib untuk pertandingan nyanyian peringkat daerah. Wa bawak lagu Rahmat-Hanya Segenggam Setia. Feel toksah cakap la.. Memang kalah arr Faizal Tahir sekarang. Hehehe.. Tapi paling best.. of course duet Siti ngan 2by2-Mawarku yang akunyanyingan budak pompuan darjah 5. Ehehe... Gelenyarrr gila!

Darjah 4
- Bergusti dalam kelas. My alter ego, Road Dog. Femes gila masa tu..
- Kena marah kat cikgu KH sebab xsiapkan kerja sekolah yang kena kutip2 daun. Sampai sekarang aku tak tahu motif kenapa kutip daun bukan tangkap belalang or what-so-everrr. Huff...
- Mintak resign daripada jadi pengawas. Sebabnya? Hujung tahun tu nak pindah sekolah. Hahaha.. alasan yang takder kena mengena langsung. Tapi aku memang menangis gila-gila aaa masa first cakap
kat cikgu tu. :)

Darjah 5
- Sekolah baru. Bertukar kelas sebanyak 2 kali disebabkan gred aku yang terlampau bagusss... 
- Kena denda almost every week. Stokin x pakai la.. Nametag xder la.. Tapi periksa xpernah miss no 1 ngan 2. Even masa hari penyampaian anugerah cemerlang pun kena denda. Sial nyer pengawas!
- Berboria, bernasyid tapi xder satu pun aktiviti padang. Mak kan tak suka berpeluh uols... Kikiki..
- Menyanyi menggunakan mic yang aku tak tahu tengah on. Satu sekolah dengar suara aku. Dahla lagu Hindustan aku bedal masa tu. Bedebah punya kawan! Nasib sampai sekarang xder siapa yang mengaku sabotaj aku pasal insiden hari tu.

Darjah 6
- Jadi top student. Harapan sekolah untuk dapat 5A. Kalau tak pergi sekolah sehari pun wajib bising cikgu suruh sapa2 cari aku kat rumah. Susah gila nak ponteng!
- Dapat basikal baru. Yeay!!! Sekolah jauh katakan... Kakak aku pulak malas nak bangun pagi menghantar. So nasib aa.. Tu yang berpeluh kena kejar anjing tiap2 hari tu..
- Almari kelas 6C adalah hak mutlak aku. Kaedahnya senang aku nak simpan koleksi komik aku. Cakap jer nak apa. Pustaka Langit.. Wira Tunggal.. Parang Gila.. Guruh Badai.. Zakiyudin adalah supplier paling cambest masa tuw...
- Menjadi pengepow sejati.. 20 sen dari setiap pelajar pompuan yang aku kenal. Alaa~ bukan banyak pun.. Tapi kali ngan 10 orang sehari.. Korang congak la sendiri ek....


Antara penaja2 utama diriku duluw....~



Hahaha
Mungkin ada satu dua perkara yang aku carut kat atas ni..
Susah untuk orang terima.
Terutama yang kenal aku sekarang.

But hey!
Ini pengalaman aku 10, 11 tahun lepas..
Banyak benda dah berubah bro..
So korang paham2 lah yer~

Next entry aku akan share benda2 nakal yang pernah aku buat plak.
Sementara tu..
Korang kenang2 balik la yer apa yang pernah korang lalui selama ni.
Biarlah teruk mana sekali pun.
Yang penting benda tu jadi pengalaman berharga buat korang

Bye! Muacks!

FPK : terpaksa menipu untuk mengelak dipaksa menemani abang angkat aku kat rumah dia. Mampus aku kena bebel kat dia sebab x kerja lagi sampai sekarang. Urgh!!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...