Pages

Friday, February 18, 2011

Sesi Luah Rasa ( Bila Aku Mula Meluat.. )



Mula2 aku nak ketawa dulu puas2! 

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Okay done! Sekarang masa untuk mulut aku start mencarut.
 Erm... Nak start kat mana ek? Erm.. Okay.. kita skip bab pengenalan. Kang confirm aku mencarut panjang.

So, hari ni aku teman my sis pergi beli baju untuk someone. Baju yang murah yakni t-shirt untuk dipakai hari2 gitu.. Destinasi kitorang? Of course la pasar raya. Maklumlah... si polan ni tak pakai baju BUNDLE uols. Memilih sangat kan... Kalah pakcik yang pakai saiz L ini...

Yang lucunya.. budget 20 ringgit untuk 2 helai. Hahaha.. Mana cukup oi!!! Pasaraya ni time sale jer murah. Kalau tak... hazab dia kerat kepala tau! Jadinya memang lari budget terus la hari ni... 

At first 19.90 + 59.90 untuk baju si polan tu. Mula2 la.. tapi ada trick skit. Baju yang mahal tuw.. Dia bagi less. 50%. Tapi syaratnya kena keluar dulu 20 ringgit untuk produk2 lain. So lepas kow tim cukup2.. Aku pun rembat shelai untuk aku sendiri. Jadi last sekali kitorang dapat harga 19.90 + 59.90 (less 50%)+ 29.90 (baju aku) = Jumlanya korang kira sendiri yer. Aku takder mesin kira2 nih... Resit pun aku aku x ingat letak kat ner. Tapi confirm pembelian over budget yang masih bijak!

Now habis cerita atas pasaraya. Masa otw balik dalam kereta tu pulak.. My sis pun bukak la cerita pasal si polan ni. Mula2 tu dia puji la.. pandai bergaya.. bla bla bla.. *malas nak tulis. urgh...* Series aku memang x minat langsung nak dengar!
Why? Jeles? Maybe... Jeles pasal dia hensem. Jauh hensem dari aku yang debab ni. Tu memang aku mengaku. Tapi kalau bab dressing... Please.... GUA TAK HERAN BEB...

Yalah.. Kalau setakat kau pakai baju Armani Exchange yang lambang besar gedabak kat dada tu apehal? Nak tunjuk hero? Erm.. silap ayat.. Nak tunjuk duit banyak? Argh.. come on la.. Setakat Armani Exchange kat pasar malam Wakaf Che Yeh tu.. Baru 15 hinggit abang oi... Aku tak terliur langsung aaa...

Personally. Aku puji jenis yang memakai baju ikut keselesaan. I mean... Even kalau baju tu takder brand sekalipun. U can still look good wearing it. Itu memang wajib ditabik. Ni tak! "Cantiklah Ed Hardy ni.." "Sekarang ni fesyen tau~" Eh hello? Ed Hardy ciplak cantik? Fesyen? Eh! Ed Hardy tu untuk orang bawak moto besar2.. Ni kalau setakat Honda Cup.. Takyah berangan.. Even kalau korang google pun.. Ed Hardy tu tergolong dalam jenayah fesyen tahun lepas tau! So jangan nak berlagak pandai bab fesyen ngan pakcik. Panas tau!!!!

Tak nampak pakcik marah ni?! Kang cakar kang!

Habis bab dalam keta. Ni masuk part sampai rumah pulak.... 
Aku standardla... lepas selesai urusan makan minum kat dapur. Menonong terus masuk bilik. Tapi sejam kemudian, masa keluar minum air.. My sis aku pun cerita la.. Pasal si polan ni tak berkenan ngan baju yang kitorang pilih.. Sebabnya? Dia cakap baju tu besar. What?!?! Saiz M besar? Yang engkau dok bising cakap yang engkau pakai saiz tu selama ni apsal?! Nak cari gaduh ker hapa? Lepas tu dia komen pulak yang baju tu labuh. Sumpah! Tahap amaran darurat mencanak capai level jingga dah masa nih. Tunggu masa jer nak berperang tau!

Untuk rekod.. baju yang dia komplen tu.. Actually ala2 jersi budak basket pakai tu... yang xder lengan. Aku pun actually ada 2 helai.. tapi tertinggal kat rumah masa 'krisis menyelamatkan diri' dulu. So personally, aku langsung xfikir baju yang kitorang pilih tu besar. Manis jer kat bahu terletak. Even nak kata labuh pun takla jugak.. Aku rasa jersi basketball aku dulu lagilah... Hazab...

Tu skang ni aku bengang + pelik nih! Baju... untuk pakai dalam rumah.. Perlu ker kena ukur semua tu? Kenapa la nak memilih sangat ha.. Takleh ke at least ucap TERIMA KASIH. Tak berkenan pun.. Simpan jer la dalam hati.. Tu ikhlas orang bagi. Bukan sesen pun keluar duit engkau! Kalau engkau rasa baju engkau lagi cantik. Hah! Pergi balik... duduk dalam bilik engkau... Pakai jer baju dalam almari sendiri. Ni dahla datang sehelai sepinggan. Demand mengalahkan menteri! Urgh... Sumpah aku tak reti nak handle orang cenggini!

FPK : Datang duduk sebelah aku.. "Cantik dik baju ni?" sambil2 senyum. Aku? Sumpah tawar hati dah nak menjawab. Kepala otak aku ni penuh ngan ayat sumpahan jer tau!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...