Taknak mengarut panjang2,
meh aku sambung balik pasal cerita2 zaman kanak-kanak ribena aku.
Hohoho!!
kalau dalam part 1, aku bercerita pasal live action punya kartun..
Yakni yang include Power Rangers bagai..
Kali ni aku akan compile plak kartun2 yang sebetulnya kartun gitu.. *paham tak tu korang
punya pasal. hehe...*
Panel kartun no 1
Tomatoman
Kartun paling susah nak lupa. Manakan tak.. lagu dia ajer dok main ulang perkataan tomato jer memanjang. Even baby baru start nak bercakap pun boleh hafal tau.
Mengisahkan pasal adiwira tomato... err... actually aku tak ingat sangat pasal storyline dia. So pass jer la part review ek! Yang aku tahu.. umur aku 18tahun baru aku boleh makan tomato. Sebabnya? Korang pikir la...
Panel kartun no 2
Dash Yankuro
Seingat memori aku la... Kartun ni popular masa aku umur 11 atau 12 tahun gitu. Sebabnya, tiap2 minggu aku jadi pembekal keter2 mainan untuk kawan2 aku masa tu. Maklumlah.. kakak I kerja supermarket kan. Ambik kesempatan ler jawabnya.. Dan aku sendiri pun ada 3 buah tau. Yang last aku ada.. warna hitam ngan corak spider web kat atas dia. Cun seyh!!
Tapi yang lagi cun.. belakang rumah aku dulu ada satu court yang jarang orang guna. Jadi kitorang yg kreatif ni, kutip kayu2 untuk dibuat litar gitu. Nak beli mahal lo... so gunakanlah daya imaginasi sendiri. Hebat apa...~Panel kartun no 3
Sailor Moon :P
Panel kartun no 4
Dragonball
Disebabkan kartun nilah ramai budak ponteng sekolah. Jangan salahkan kami! Salahkan tv yang bengap sangat gi tayang hari Ahad. Dahla pagi! Kitorang kat Kelantan ni sekola la...
Tapi ada sesetengah sekolah tu.. adalah ambik inisiatif sikit.. Pasang tv kat kantin. Tapi yang sentapnya. Budak tingkat 3 mana nampak! Aras bawah xper ah. Boleh ngendap celah tingkap. Citt!
Panel kartun no 5
Oggy & the Cockroaches
Sapa tak kenal kucing yang selalu kena buli ngan lipas ni kan? Aksi kejar mengajar paling ganas dan paling panjang dalam sejarah kartun. *Xpaham? Cuba korang bayang rumah Oggy luas mana. Kalah Penjara Pudu dia punya luas tau!*
Yang cheekynya.. masa aku masuk f1, dok asrama. Ada budak f5 main kejar2 depan dorm aku. Siap ada penyanyi latar buat persembahan lagu tema kartun Oggy ni. Hahaha.. I miss my big bro masa tu. Lucu gila babi!
Panel kartun no 6
Keluangman
Dia datang curi malam malam tiba~ lalalala... *uuu.. xingat!* Keluangman keluangman kee~luangman~~
Aku ingat lagi masa dia mula2 kena hantar spital gila. Then dia jumpa kostum Keluangman tu.. then dia start ada sidekick si Tiongman tu. Memang ingat ah semua!
Best.. Walaupun ramai orang anggap Malaysia punya kartun xder kualiti. Tapi Keluangman terkecuali. Tapi still ramai gak yang tengok kartun ni kan? Even lagu dia buat ringtone lagi...
Ni pun actually sebahagian jer dari cerita zaman kanak-kanak aku. Rasanya tak sampai separuh pun lagi kut... Iyalah, zaman dulu kita membesar depan tv. Sekarang ni depan skrin komputer. So lain la cerita ngan feel dia tu kan...
Skang ni yang penting... cari link nak download citer Ultraman Akoto Minami dulu. Chow walabis guys!
No comments:
Post a Comment