For everyone I love.
Abah - Terima kasih kerana sudi menjadi seorang bapa kepada seseorang yang pernah kehilangannya suatu masa dulu. Suatu perkara yang cukup sukar nak dizahirkan dalam satu lafaz tetapi ingin sekali diungkap dalam pelukan sayang seorang anak.
Maa - Seorang anak yang merajuk dengan suruhan ibunya bukan bermakna menderhaka.. Cuma rencah sebuah keluarga~ Indah xsemestinya sempurna kan?
My sis - Terima kasih untuk segalanya. Walaupun pernah tersilap kata tersalah ungkap bicara, kita akan tetap jadi adik beradik sampai bila2.
Cheya - Rakan terbaik untuk berkongsi cerita. Sharing my story with you really makes me feel better sis.
Chesu - Thanx for this baju. CANTIK! I LOVE IT! Seorang kakak yang cukup mudah untuk dibawa berbincang. You can count on me anytime kakak!
Reza and Samy - What can I say~ Anda melengkapkan keluarga impian saya. Thank you!
For my friends~
Zee - Cinta diukur dari pengalaman yang mematangkan keadaan. Perasaan sayangpula diukur dari sejauh mana kita mengenal hati budi lawan. Tapi untuk seorang kawan~ SEGALANYA. :)
Mr. Simple - Sebab utama untuk aku terus tersenyum walupun berduka. Terus ketwa walau diamuk amarah. My truly soulmate.
Mr. Mir - Penasihat hal ehwal agama terbaik. Walaupun xpernah face to face. U are one of the reason fb aku online 24 jam. :P
Abang Naz - Yes, I want to hug you. ^^ Walaupun sering terasa hati dengan seorang adik, tanggungjawab seorang abang tetap dijalankan sesempurna yang boleh. I'm no one without you.
Y.U.S.R.A.F.I.Z.I - Mohon Allah bekalkan aku keberanian untuk memulakan bicara. Moga raya ni membuka lembaran baru hubungan yang pernah kita pisahkan kerana salah faham yang pernah berlaku dulu tu. Berharap sangat...
And lastly, to all the people who makes my life colorfull.
Paksu - Along terbaek!!
Rashid - Walaupun kadang2 menyakitkan hati dengan ayat2 yang sepatutnya lebih sesuai ditujukan depan cermin kepada diri sendiri, anda tetap akan masuk list ni. Respek!
Mr. botak - 2 tahun dan xpernah miss bagi duit raya. Senior yang sebenarnya cukup sesuai untuk dijadikan idola. Tapi sayang~ hik3...
Si Jejaka - Duit raya saya akan dimasukkan dalam claim bill okay?!
Mr. Mature - Rajin kipas cepat terangkat. Anda memang penulis skrip sinetreon paling mahsyur zaman ini. Hua3!!
Apai - Diharapkan pengalaman di tanah suci mematangkan diri anda. InsyaAllah...
Fendi - Rakan sebaya yang entah kenapa terasa lebih sesuai untuk digelar seorang abang. Kematangankah? Mungkin~
Ooohhh.. Kalau nak ditulis semua.. MEMANG BANYAK. Tapi untuk satu entri Hari Raya yang xbiasa aku buat. Alhamdulilah... I've done it!
UNTUK SEMUA
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
JIKA TERSALAH KATA TERKASAR BAHASA TERGURIS JIWA
SEPULUH JARI DISUSUN RAPI MEMOHON KEAMPUNAN SEMUA.
DAN..
I NEED A NEW SHOES!!
SOMEONE~ HELP ME!!!
^_^
p/s : meroyan kul 3 pagi kerana xdapat lagi nak tidur. aihhh....
No comments:
Post a Comment