Pages

Sunday, August 28, 2011

The Gate. A Retro Story That Still Continue

My sis bagi isyarat mata petanda kena keluar mencari rezeki. Saya angguk faham. Lagipun raya nak dekatkan~ So macam biasa la...

Ingatkan my sis nak terus jumpa Si Botak. Rupanya x... dia singgah jumpa Si Matured dulu rupanya~ Hurm.. cepat dia tukar rancangan. Terus kereta membelok masuk ke area bengkel tu.
Saya biarkan ajer my sis sorang keluar jumpa Si Matured. Saya pulak duk dalam kereta dengan anak my sis melalak x hengat dunia dengan lagu baru Mizz Nina tu. Nasib hujan~ Suara kami xlebih macam katak jer masa tu tau.
Puas melalak saya tertido. Lama sangat my sis jaja iklan. Haishh.. Siap berdengkur tau!

Tiba2 pintu belah saya dibukak. Tercegat my sis dalam hujan.
"Eh, ko kluar jap. Si Matured kata ko mengata aku kat blakang."
Saya yang masih dalam keadaan terkejut cam orang bodo jer mengikut. Apa kebenda cerita pun saya tatau.

"Ni kes apa pulak? Nak kata kes siling kapur~ Benda tu dah lama pun clear. Lagipun Si Matured xder kena mengana pun.. Xkan cerita kes terjah dulu? Xlogik gak.. Lagipun aku dah 3 kali tukar no fon. Dan kalau bercakap dengan Si Matured pun.. sah2 depan my sis. Cerita apa pulak aku mengata?"
Musykil saya. Dia ni nak putar belit cerita apa pulak?! Ahh!! Dengar jerlah dulu kan~ Lepas tu baru kita wat kira2 balik camner.

Melangkah gagah saya menuju ofisnya Si Matured. Tanpa sempat memecat kasut, saya terus menjenguk ke dalam. Kelihatan Si Matured berada di mejanya manakala my sis mengambil tempat di hadapannya. 


"Hah! Cer citer apa yang Din mengata kat belakang tu?" My sis mengungkapkan kata2 penuh emosi. 
Saya tidak jadi masuk. Langkah terus dimatikan di pintu sahaja. Menyandar.


Saya terus memandang wajah Si Matured yang kelihatan amat licik saat itu. Dia menjeling penuh makna. Jika tidak memikirkan tempat saya berada ketika itu. Nescaya tidak mampu untuk diri ini bertahan. Pitamm jawabnya. Ahhh...


"U ingat tak I pernah tegur U kat pintu gerbang aritu. Skali dengan Mr. Blur?" Tangan Si Matured menuding tajam ke arah saya.
Saya mengangguk. " Yup."
"Masa kita bercakap tu kan~ U tengok kan I jenguk2 kat Mr Blur kan?" Saya terus diasak dengan pertanyaan. Sekali lagi saya mengangguk.


"U see~ Dia tak tegur pun I masa tu kan~" Si Matured terus dengan konklusinya sendiri. 
Saya terus melepaskan rangkulan di tubuh. Angin sejuk dari belakang terus menerpa. Hujan curah terus menimpa..
"La.. masa tu kan dia tengah cakap fon.. Lagipun kitorang dah lewat nak jumpa kawan dia. Xkan benda macam tu pun jadi hal~" Peristiwa di pintu gerbang itu terus menerpa ingatan. 


"Ahhh!!! Tapi dia sepatutnya tegur I!! Hormat la sikit!" Si Matured terus dengan putar belit putar alamnya.
Enggan terus berdrama. My sis terus mencelah dengan persoalannya.
"X.. skrang ni xnak tahu hal tu semua. Skang ni crita pasal apa yang Din mengata kat belakang saya tu." 
Saya terus menelan air liur. Dahaga. Padah menanggung sebab keluar rumah tak nyenyempat nak teguk air tadi.


"Din ingat tak. I pernah tanya. Berapa biji your sis telan pil ostrich tu kan?" Kedua2 pasang mata itu merenung tepat ke arah saya.
Saya terus kaget. Rupa2 nya inilah maksud mengata yang dituturkan my sis sebentar tadi. Omakau.. terkejut! Tapi mesti rileks menjadi tema.


"Kan saya dah cakap........... tak tahu~" Saya menjungkit bahu. Ayat2 saya sengaja ditutur teratur perlahan. Gusar jika ditangkap menipu.


"Tapi I tanya kan? Berapa biji dia telan?" Terus dengan soklannya. Saya mengangguk lagi tapi kini tanpa jawapan lisan pula.


My sis yang mula hilang sabar terus menepuk tangan ke meja. "Eh selama ni orang xtidur malam 2 3 hari pun.. xpernah nak ambik benda2 tu semua ah! Kalau ada ambik pun.. abah mesti tahu! Ni depan2 dia. 24 jam dia tengok." Panjang lebar penerangannya seperti biasa.


"Ah! Xkan benda xbaik pun U nak bagi abah U tengok?" SI Matured membentak.
"Eh! Dah 24jam depan mata dia~ Selama ni pun kalau I buat apa2.. Semua I bagitahu kat abah tau. Ape2 hal.. dia tetap abah okay!" My sis mematikan ayatnya.


"Ohh.. so? Skang U nak I pergi menyembah orang yang xhormat kat I? Xtegur I?" 
Saya mengerutkan dahi. Arah mana pula soklan mengambil tempat? Bingung..


"U, Din. Kalau orang xtegur U. U nak ker keluar lepas tu tolong bayarkan makan minum orang tu? U hati lagi lembut dari I Din.." Terus saya patah bab2 lembut ni. Lembut saya pun pernah masuk lokap tau~ Anda? Belum pasti pernah merasa...


Seperti biasa. "Tak tahula nak cakap.." Jawapan ikhlas dari mulut saya luahkan.


"Mengarut jer semua tu! Dahla! I dah nak pergi Watson ni. Lama kang tutup pulak." My sis terus bangun. Malas untuk bermalas2 disitu. 


"Ikut U lah! Semua sama jer!" Si Matured masih kurang puas hati. Jelingannya menurut langkah my sis meninggalkan ruang pejabat itu.


Saya yang masih terpinga2 dengan bait2 terakhir perbualan umpama perang tadi hanya mampu mengekori my sis dari belakang. Hujan masih renyai2. Kami segera masuk ke kereta.


Di dalam kereta. My sis terus mendengus.
"Bengong punya jantan! Cakap jerla suh kita taat saja ngan dia. Kan senang! Ni nak putar belit cerita pulak!" Stereng di pulas meninggalkan kawasan bengkel itu.
"Kes apa sebenarnya tu?" Saya bertanya cuba mengorek rahsia sebenar..


"Ala.. kes dia xdatang makan sekali ngan kita semalam la.. Bukan sebab bohsia gemuk tu nak jumpa.. Tapi jeles sebab Mr. Blur ada skali. Tu aku bergaduh sakan sebelum ko masuk tu.."Saya mengangguk faham..


"Kau pun satu hal! Kenapa kau xcerita dia pernah jumpa kau aritu?" Eh eh? Saya pulak menjadi mangsa disini.
"Aku bukan apa sebenarnya.. Aku ingat benda2 biasa jer.. Lagipun malas nak pikir la pasal Si Matured tu.." Saya menjawab acuh x acuh. Rasa gusar masih menebal dalam diri saat itu..


"Ooo.. lain kali cerita la.. senang aku nak counter-attack mamat tu.." My sis menurunkan titah. Saya terus dengan trademark mengangguk.


Dalam renyai2 hujan dan ditemani suara dj radio, saya bermonolog seorang diri.
"Huh! Nak mati kalau ko tahu pasal apa dia sekat aku haritu?! Kang xpepasal jadi kes lain pulak."
Minda saya terus mengingati memori2 saat kejadian tempohari. Satu demi satu kembali jelas terang untuk dianalisa...


BERSAMBUNG... *anda mampu mengubahnya.. Ko mampoo?!*


p/s : asyik buat entry bersambung. Tapi haram satu pun xder penamat. hahaha!! Anyway. This one is my 199th post. Xsangka dah banyak aku meroyan! Wahlawei!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...