Pages

Sunday, October 9, 2011

Memoria. Budak Sebelah

Aku sedikit gelisah, tidak biasa ditinggalkan seorang diri di dalam kelas itu. Pandanganku dialihkan ke luar, cuba mengintai jika ibuku akan menantiku sehingga habis hari pertama persekolahanku ini seperti kebanyakan ibubapa kanak2 lain. 
Hampa. Walaupun jauh di sudut hati aku mengharapkan ibu akan tersenyum melambai dari luar, tapi realitinya tiada. Aku faham yang ibuku mungkin sudah berada di pasar, mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

Aku mengalihkan kembali pandanganku ke dalam kelas, melihat ragam kanak2 lain yang bakal menjadi rakan sekelasku sepanjang tahun itu. Lucu, ada yang masih merah mata kerana terlalu banyak menangis, ada yang sudah mula menampakkan ciri2 kenakalan dengan berjalan ke sana ke mari dan ada juga yang seperti aku, diam, hanya kaku di kerusi. Aku menyilangkan tangan di atas meja, termenung.

"Awak nama apa?" Aku berpaling. Kanak2 di sebelahku itu tersengih. Aku cuma memandangnya kelu.
"Awak nama apa?" Dia mengulang kembali pertanyaannya itu.
"Zakiyudin." Aku mengungkap pendek.
"Owh... kita nama Hakim" Dia memberitahu tanpa aku perlu bertanya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Satu cara memulakan persahabatan seperti yang diajar cikgu kelas kami sebentar tadi.

Bermula dari saat perkenalan itu, kami mula rapat. Kemana sahaja bersama. Ke kantin, ke padang waima pulang dari sekolah sekalipun. Hakim merupakan seorang pelajar pintar dan kami selalu cuba mengatasi kedudukan masing2 di dalam kelas. Setiap kali acara penyampaian hadiah untuk peperiksaan diadakan, nama kami tidak pernah sekalipun tercicir. Kedudukan satu dua sentiasa menjadi milik kami.

Persahabatan itu terjalin kukuh sehinggalah kami berada di darjah 3. Aku dilantik menjadi pengawas bersamanya. Satu lagi peristiwa yang merapatkan lagi persahabtan kami sehinggalah suatu hari...

"Din! Ayah aku jadi pindahla.." Ayat pertama Hakim pagi itu. Kami berdua beriringan berjalan untuk kelas yang sudah ditugaskan.
"Habis tu?" Aku acuh tak acuh.
"Habis tu... aku kena pindah sekali la... Melaka! Aduhh!!!" Hakim menggaru kepala. Tabiat yang suka dilakukannya jika fikirannya berserabut tentang sesuatu perkara.
"Dah nak wat camner..." Aku menjawab selamba. "Lagipun bukan sekarang kan~ Hujung tahun.. Lambat lagi..."

"Hujung tahun kepala hotak hang! Minggu depan la! Tengahari ni mak aku nak datang pejabat tanya pasal nak tukar sekolah." Hakim menolak tubuh aku geram.
"Hah?! Habis tu? Aritu ko kata hujung tahun kan~ Ni apakes?" Aku kehairanan. Sebelum ini Hakim pernah memberitahuku tentang keperluan bapanya bertukar tempat kerja. Tetapi ketika itu bapanya menyatakan akan berpindah hanya pada hujung tahun selepas tamat persekolahan. Jadi kami masih sempat untuk menghadapi PTS bersama fikirku.
"Plan memang la macam tu~ tapi semalam bapak aku cakap pindah semua sekali... Xpayah tunggu2 dah.. Lagipun sana dekat dengan family nenek aku.." Aku mengangguk mendengar penjelasannya. Perbualan kami terhenti disitu kerana tempat tugasan yang berbeza. Tengahari itu aku meihat Hakim bersama ibunya di pejabat. Wajahnya kelihatan ceria seperti biasa.

Hari Khamis minggu berikutnya guru kelas kami memberitahu tentang perpindahan Hakim sekeluarga. Aku memegang bahu rakan sekelasku itu. 
"Ko kalau balik sini jangan lupa datang jenguk kitorang ek!" Aku menepuk2 bahu Hakim.
"Dun wori.. aku mesti datang jumpa korang nya~" Hakim tersengih. Sengihan yang masih segar dalam ingatanku di awal perkenalan kami dulu.
"Hurm... lepas ni aku xder aa kawan nak bergaduh, study sekali."
"Haha!! Ko jangan tipu ah! Kan ko baik ngan Azroy.. Ko ajak la dia study!"
"Azroy? Kalau nak menang main lompat tali boleh la ajak dia~ Ko ingat rajin sangatkah budak tu?" Kami berdua ketawa serentak.

Kami terus menghabiskan waktu2 akhir sekolah pada hari itu bermain dan bergelak ketawa. Seperti biasa, aku akan berjalan bersamanya pulang dari sekolah. Dan hari itu juga menandakan hari terakhir aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang rakan karibku. 
Selamat tinggal sahabat...moga kita diberikan peluang bertemu lagi...

..................................

Again, MEMORIA. First kawan baik aku masa sekolah rendah. Dia pindah masa darjah 3 manakala aku pindah masa darjah 4. Selang setahun. So kalau dia ada balik sekalipun~ memang xjumpa aaa..
Oh.. dan pasal PTS. Aku sengaja gagalakan diri sebab kakak aku kata~ "Susah tau bila belajar skip setahun." Yup! Aku termakan kata2 kekdahnya.. Padahal peluang cerah gila! Ko bayang tiap2 kali exam dari 26 yang ambik PTS tu aku dapat no.2, xkanla xlepas satu paper tu kan?! *ko gitu.. berlagak!*
Oh.. and that other boy~ Azroy. Hehehe.. InsyaAllah next entry pulak. Lagipun zaman tu aku cuma ingat 3 orang jer.. Hakim, Azroy and.. Irfan. Tah mana 2 tu lagi pergi. Hakim aku dah jumpa last year dalam FB. Usaha sungguh mencari. Ahaks!

p/s : Masih tetap merindui seseorang. Ahhh~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...