Pages

Monday, October 3, 2011

Ning Baizura & Jay Jay - Erti Pertemuan

Hanya diva2 jer layan Ning Baizura okay~ Ko x diva?! So sila skip... Hiks!
No lah.. Aku sendiri pun bukannya minat kat dia~ Tapi nak wat camnerkan? Dah ni lagu dia.. Layankan jer.. lagipun Jay Jay kan ada buat penyelamat keadaan gituh~

Anyway. Lagu ni dulu first time aku dengar kat Ntv7. Pencalonan untuk AIM xsilap aku sekali dengan lagu dia yang satu lagi, Senang Tari *lagu fevret aku yang xlepas masuk final AJL. Tahun tu semua juri bangang2!* Best! Lirik dia memukauuwww. So bagi lyricist2 yang baru nak naik tuh. Sila jadikan lagu2 Allahyarham Loloq sebagai rujukan okay! Enjoy~

Menerjah batas gelora pun berserpihan
Menghempaskan buih di lautan
Acapkali tumpas masih jua menyusuri
Arus pergolakan
Setianya

Begitulah adat mestinya hidup
Selagi jasad dan hayat
 Berpaut rintangan harus bersahut


Benar kata jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa wanita di sisi
Mujur tuah nasib diri kita ketemui
Jikalaulah tidak mungkin tak ku sedari

Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sana, sini kekuatan

Masing-masing
Punyai bibit kelebihan
Supaya saling memerlukan
Bertemu demi menyulam
Cahaya nurani dan akal fikiran
Naluri serta perasaan
Menyingkap erti tangisan

Bukankah kita in dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sini, sana kekuatan

Dirimu, diriku
Bagaikan pelita
Yang memercikkan sinar
Menyuluhi malam


p/s: Tengah menunggu list untuk mentor/act The Xfactor UK tahun ni~ Lambat seyh diorang upload!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...