Pages

Thursday, October 6, 2011

Pumpkin Note. The End III

Padah tido banyak! Matilaaa asyik nak menghadap blog jer memanjang! Ahaks!
Nota sebelumnya boleh dibaca disini. Almaklumlah~ lama cerita tergantung kan... Mau tak maki diri sendiri....

............................

Lagu I Need A Doctor berkumandang menandakan ada panggilan masuk. My sis melihat sekilas. Nama Si Matured tertera di skrin. Telefon diangkat.
"Hello?"
"U kat mana?" Si Matured terus dengan soalannya. Kurang asam sungguh! Tidak retikah memberi salam?
"I kat kedai makan ni lah. Order makan untuk abah." My sis menjawab malas.

"Apa U mengarut tu? U xyah tipu I lah.. abah kat rumah dah kenyang tau makan!" Si Matured bernada keras. My sis tergamam. Apa benak kah lelaki itu? Bila masa pulak aku menipu getus hati my sis.
"Eh U ni apsal? Dah I suruh U order U xbuat kan? So I datang order sendiri lah ni! Even I kat depan kedai ni hah!" My sis mula naik angin.
"Huh! Siapa cakap I x order? I siap hantar ke rumah lagi tau! Saja nak tahu U macamana. Kata ada kerja la~ Macam2. Padahal U keluar dengan jantan lain kan?" Si Matured cuba menyerkap jarang.

My sis terus hilang ciri2 kewanitaannya. Bak ahli parlimen pembangkang, tutur kata terus disusun kemas.
"Eh! I memang ada kerja tau x! Tapi sebab dah janji ngan U malam ni~ I cepat2 siapkan. Dahtu I mintak tolong U lagi orderkan makanan kan? Pastu I sendiri akan datang ambik. Yang U gatal2 nak gi hantar tu kenapa? Ada I suruh? Skang ni sapa yang salah?"

Menyedari kesilapannya, Si Matured seperti biasa cuba memutar belit fakta.
"Dah U xbalik rumah. Mana nak tahu I dah hantar makanan tu semua. U memang la... Cakap selalu menipu." 
"Woi!" My sis terus gagal mengawal ledakan amarahnya. "Cuba U call abah tanya I ada balik x tadi? Lepas tu cuba U check berapi kali miss called I kat U? U tu sebenarnya yang bangang. Lain orang cakap, lain yang dibuat. Lepas tu mula lah nak menyalahkan orang! Susah tau bercakap ngan orang xreti bahasa sendiri nih!" Tanpa menunggu jawapan balas dari Si Matured, butang letak ditekan keras my sis. Malas fikirnya untuk terus berdrama dengan Si Matured saat itu.

Sementara itu di rumah.....

Mr. Apai masuk sebaik memberi salam kepada abah dan juga... babs yang sedang leka bermain game.
"Aik? Puan besar mana?"Abah bertanya sebaik menyedari kelibat my sis yang tidak kelihatan di belakang Mr. Apai yang besar itu.
"Dia keluar pergi ambik makanan abah yang dia order tu." Mr. Apai menjawab perlahan. Walaupun fizikalnya bak gorilla, tutur bicaranya jauh lebih halus berbanding saya. Ahaks!

Abah berpaling kehairanan. Si babs juga begitu.
"Ambik apa laginya? Tu orang dah hantar." Abah menunjuk ke arah bungkusan di atas meja. Mr. Apai memandang, juga hairan.
"Aik? Tadi dia pesan kat orang tu suruh order jer. Pastu dia gi ambik. Tu sebab dia cepat2 tu.." Mr. Apai menerangkan maksud sebenar keadaan.
"Ermh... macam-macam...." Ternyata abah kurang senang dengan situasi ketika itu. Tetapi seperti biasa, game pokernya tetap diutamakan...

Mr. Apai kemudiannya meminta diri untuk pulang. Selaku anak bongsu yang tua dan terlampau dimanjakan, dia perlu mengikut arahan orang tuanya. Balik sebelum maghrib. Bak kata orang dulu2~ masa nilah hantu segala banyak berkeliaran.. Jadi elok kiranya berada dirumah sahaja. Walaupun ol skool, Mr. Apai hanya mampu menurut tanpa sedikit pun membantah..

Kembali ke kedai makan semula...

Ting! Ting! 
Saya segera bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran. Cukup wangnya. 
Langkah segera dihalakan ke arah kereta. Seperti biasa, catwalk memanjang kerja saya. Hiks!

"Ko tahu dik~" My sis memulakan ayatnya dengan nada gosip. Saya yang baru sahaja melabuhkan punggung segera berpaling ke arahnya. Reaksi spontan kaki jaga tepi kain orang kekdahnya. Tangan pula segera meletakkan makanan yang baru di beli itu ke belakang.

"Tadi kan...." Fokus saya ketika itu hanya terarah kepada setiap baris perkataan yang akan di ucap my sis. Terus khusyuk disitu.....

Bersambung..... penat ah menulis camni! Bila nak habis pulak pun tatau~ Urghhh...

p/s : Tegur ke x? Tegur ke x? Tegur ke x? Last2.... hoootak kau!! Haa.. nak tegur, tegurlah! Kalau x buat bodo jer.. Lagi best!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...