Pages

Sunday, October 2, 2011

Memoria. Si Gadis

"Ki! Ko kena tolong aku nih!"
Aku yang sedang sibuk menguruskan wang di kaunter segera berpaling ke arah gadis genit yang sedang menyorok di balik pintu di sebelah aku itu.
"Apsal?" Ungkapku ringkas dengan tangan yang masih mengira duit di dalam laci kaunter.
"Ni hah.." Mengunjuk telefon ke arahku. "Boyfriend aku cakap dia nak datang ambik~"
"Hah! Habis tu kenapa? Balik jerlah." Aku mengerling jam di dinding. Pukul 4 pagi. Walaupun waktu kerja si gadis itu tamat setengah jam lagi, aku tidak kisah jika dia ingin pulang awal. Lagipun waktu pagi tidak terlalu sibuk dan aku sudah biasa menguruskan segalanya seorang diri.

"Tapi aku dah janji ngan that guy yang aku kenal last week.. Tu dia tengah tunggu kat tempat parking tuh.." Si gadis memandangku dengan wajah penuh gusar..
"Hahaha!! Habis? Ko nak aku buat macamana?" Aku memandang mukanya tersenyum. Sesungguhnya gadis genit itu cukup sukar untuk diduga karenahnya.

"Ko pikirla~ Macamana aku nak mengelakkan boyfriend aku and at the same time.. aku dapat balik ngan that guy yang tengah menunggu tu~"
Aku tersengih. "Ko nak suruh aku pikir?" Si gadis mengangguk minta simpati. "Hadoi!!! Ko ni macam2 lah!" Aku segera menutup laci kaunter. Hasrat untuk menyiapkan tugasan yang dirahkan pengurusku terbantut seketika. Aku lalu berjalan menuju port kami mengumpat iaitu di kawasan peti aiskrim.

"Erm.. kau xleh nak postpone ke plan ngan mamat baru tuh?" Aku menongkatkan siku di atas peti aiskrim itu. Sejuk.
"Xleh la.. ko tahu dia dah menunggu aku dari kul 1 lagi tau!" Si gadis juga turut meniru aksiku. Wajah kami memandang satu sama lain. Buntu.
"Series? Patutla ko mintak nak duk Drive Thru pun malam ni~ Mesti banyak kali jantan tu lalu semata2 nak order pepsi then nak berbual ngan ko kan?" Aku cuba mengagak.
"Ehehe.. alah... cam ko x biasa..~" Si gadis menjelirkan lidah. Aku tergelak melihatkan reaksinya itu.

"Ohooo... erm~ Boyfriend ko dah datang belum nih?" Aku sekali lagi mengerling jam di dinding belakang. Kurang 15 minit lagi sebelum waktu kerja gadis itu berakhir. 
"Dia tengah minum ngan kawan2 dia~ Dia cakap, aku habis kerja call lah. Dia datang nanti." Si gadis membaling telefon bimbitnya di atas peti aiskrim itu. Aku memerhatikan mesej yang dihantar kekasihnya itu. Panjang. Berbunga lagi...
Aku berfikir sejenak. Rancangan perlu diatur seteliti mungkin risau jika akan berbangkit kemudian hari pula.
"Okay.. skang ko mesej boyfriend kau.. Cakap bos suh sambung sampai kul 5, tolong aku. Then ko kemas barang kau... cepat2 blah." Aku menolak kembali telefon bimbit itu ke arah si gadis.
"Hah? Pastu kalau boyfriend aku datang sini.. apakes? Naya tau kalau dia tahu aku balik ngan orang lain.. especially jantan..." Si gadis membuat spekulasi berani matinya.

"Ahh!! Yang tu kau jangan risau. Pandai la aku auta." Aku menyuarakan keyakinan. "Skang ni.. kalau boyfriend kau call.. cakap jer kau balik awal sebab kerja tak banyak. Then kalau dia tanya balik ngan sapa.. Ko cakap jer adik kau datang ambik sebab mama dah suruh. Alright?" Aku menunjukkan tanda bagus ke arah gadis itu.
"Beres! Tengkiu ki! Selesai satu masalah aku." Si gadis tersenyum riang. Tangannya segera menaip pantas mesej di telepfon. Enggan menganggu, aku segera beralih ke bahagian back-up mencari apa2 untuk dimakan. 

"Ki! Aku gerak dulu okay!" Si gadis menyarung beg di bahu lalu berjalan laju menuju pintu keluar.
"Jap jap.. ko nak gi ikut mana tu?" Aku yang masih belum habis mengunyah popcorn laju memintas si gadis.
"Baliklah." Menunjuk ke arah pintu. "Apsal pulak?" Si gadis kehairanan.
"Ko gunalah pintu belakang kak oi~ Kang sia2 plan aku.. Ko xnampak manusia kat luar tu.." Aku menjuihkan bibir memberi isyarat supaya si gadis mengalihkan pandangannya ke arah dining luar. "Tu kan geng2 boyfriend kau~ Nak cari masalahkah?" Aku menjegilkan mata.

"Haha! Sori aku tak perasan. Thanx ki! Koo lah penyelamat aku." Si gadis menepuk manja  bahuku.
"No hal~ Kita kan dah janji. Semua benda kena bersama~ Kubur jer asing.. mana tau salah sorang mati awal ke.."
"Hahaha!! Mati asing tapi last2 dua2 terhumban dalam neraka sekali. Orang lain gila nak buat kebaikan. Ni kita mengarut tah kemana.." Si gadis tergelak besar.
"No halnya... at least aku tunggu kau kat pintu neraka tu. After that, I jump, U jump. Sekali terus mudah.." Aku mengekori langkah si gadis menuju pintu belakang.
"Tu pun kalau aku nak jump. Kalau x?" Si gadis berpaling ke arahku semula.
"Kalau x.. aku tolak jer terus ko dalam tu.. pastu baru aku jump. Boleh?" Kami berdua ketawa serentak.

"Hahaha!!! Ko memang macam2 lah ki! K lah! Aku gerak dulu. Thanx again ya buddy!"
"No hal! My pleasure to assist U sista!" Aku memerhatikan langkah si gadis itu menghilang di dalam perut kereta. Selesai mengunci pintu belakang, aku kembali ke kaunter. Berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku.

....................................

Gituh... malas lah nak sambung panjang. Just sedikit cebisan kenangan insan2 yang pernah bertakhta di sanubari aku. Tanpa mereka.. aku xkan jadi Zaki, Adik ataupun... Sir Dik. Thanx!


Dan untuk si gadis, Hilyati namanya. Kaulah rakan subahatku yang terhebat. Sehebat aku menjaga line kau~ sehebat itulah kau membantu aku mengegarkan KKDT. Hiks!
Ooopss~ masih berpegangkah kamu dengan janji ke neraka  bersamaku itu? Kikiki..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...