Jom sedut2 sikit. Sluuuurrrpppp!!
"Tadi kan...." Fokus saya ketika itu hanya terarah kepada setiap baris perkataan yang akan di ucap my sis. Terus khusyuk disitu.....
.................................
"Si Matured call aku marah2 sebab kata aku menipu dia. Rupa2 nya dalam diam dia dah hantar makanan tu kat abah la~" Saya ternganga mendengar ucap kata my sis ketika itu.
"Hah? Habis tu? Ni apakes? Banyak kita order ni!" Saya menunjuk ke arah makanan di belakang. Bangang sungguh Si Matured fikir saya. Kalau diberitahunya awal2, tidak perlulah saya bersusah payah catwalk keluar masuk kedai itu walaupun dasarnya saya suka melakukannya.
"Ahh!! Skang ni xyah pikir apa2. Ada ker patut nak salahkan kita. Kan terang2 aku cakap... tolong order, nanti aku sendiri datang ambik. Skang apakes?" My sis membentak.
"So projek malam ni kira cancel la?" Saya terus ke topik penting. Risau kalau saya buat2 lapar bertanya, panjang pula cerita ni sambungannya.
"A'ah. Cancel. Buat sakit otak jer kalau kita keluar dengan perangai dia ntah hapa2 tu." My sis menekan telefon di ribanya. "Hah! Ko tengok nih!" Mengunjukkan telefon ke arah saya. "Tengok dia send aku mesej xpuas hati. Lantak ah ko bangang!" My sis memaki hamun telefonnya.
Saya ketawa kegelian hati. Macam budak2!
"Dahla! Baik kita balik. Kesian kat abah makan sorang2 nanti." Saya membetulkan duduk.
"Jap... aku nak balas mesej Si Matured ni. Kasi kow kow punya.. biar dia tahu kita ni macamana." My sis menekan2 pantas kekunci blackberrynya. Saya di sebelah cukup sekadar memerhati. Dari reaksi yang ditunjukkan my sis, saya yakin ayat2 yang digunanya cukup berbisa.
"Eh hello?! Yang ko menyebok kat sini apsal? Ikut suka la aku nak kluar ngan sesapa pown! Ko hengat ko hensem sangatkah? Oh pleasee~" Gituh... gambar xder kaitan ngan entri okay! :)
Di satu ceruk tempat yang xtahu macamana saya nak describe, seorang lelaki kelihatan lesu mengenangkan nasibnya...
Telefon di tangan digenggam kemas. Fikirannya jauh memikirkan langkah2 yang harus dilakukan seterusnya. Sesungguhnya dia sudah tidak mampu menahan rasa melihat mesej2 yang dihantar buah hati pengarang jantungnya itu. Ibarat luka ditusuk buluh, dia membaca setiap sumpah maki yang ditulis penuh dengan rasa benci yang sukar dijelaskan dengan kata2 itu.
Dia akhirnya nekad. Perkara ini perlu berakhir. Dan orang yang paling sesuai untuk meletakkan noktah itu adalah Abah. Nombor warga emas itu segera dicari.
"Hello~" Suara Abah kedengaran di hujung talian. Dari bunyi latar yang kuat bergema itu, dapatlah diagak yang Abah sedang bermain poker kekdahnya. Meja Sit N Go barangkali?
"Hello Bah..." Lelaki itu menelan air liur. "Kita ada benda nak cakap sikit ngan Abah ni..." Pahit terasa di kerongkong lelaki itu sebaik memulakan bicara. Padah minum air ketum buat ubat sebentar tadi.
"Ya ya... gerangan apakah ceritanya? Setahu Abah hari ni xder nombor... Hehehe.." Abah dengan gurauannya. Lelaki itu hanya mampu tersenyum kelat. Pedulikan.. macamlah Abah boleh nampak! Kata saya la selaku narrator...:P
"Tak bah.. kita cuma nak bagitau Abah..." Lelaki itu berhenti seketika untuk cuba menahan sebak di dada.. "Kita dengan anak Abah dah xder apa2.. Kita rasa dah xtahan bah. Daripada terus berlanjutan begini~ Baik kita hentikan terus segalanya.." Lelaki itu menarik nafas sedalam2nya sebaik selesai meluahkan isi hatinya kepada warga emas itu.
Abah di hujung talian diam. Mungkin memikirkan kata2 yang sesuai untuk diucap atau... mengira2 perlu raise atau fold daun pokernya. Hihihi...
"Ginilah..." Abah memulakan bicara selepas menge-fold daunnya. Sayang cip sungguh! "Dah jodoh dengan anak Abah tu sampai situ~ biarlah. Cuma Abah mintak.. Jangan berdendam. Yang berlalu biarkan berlalu. Yang penting.. kita tetap boleh berkawan." Abah berdiplomasi. Langkah yang hebat sekalih!
"Erm.. xperlah bah. Yang tu Abah jangan risau. InsyaAllah..." Lelaki itu memberikan jaminan.
Perbualan itu berlanjutan untuk beberapa ketika lagi. Detailnya tak perlu saya nak tulis. Cukup buat simpanan sendiri.
Yang pasti.. lelaki itu, Si Matured lega. Baginya segala rasa yang terpendam di hati sudah terlerai sudah. Hidup mesti diteruskan.
Bye2 kekasihku.. Moga sakura nan layu akan tetap bersamamu....
Maka dengan berakhirnya babak2 terakhir itu, tamatlah legasi Si Matured dalam kehidupan my sis. Sayonara. Moga xjumpa lagi getus hati hitam saya. Babai... Adios... Gudbye~...........
TAMAT
p/s : Terpaksa skip plot2 tertentu sebab nak habiskan cerita ni cepat2. Ko hengat aku rajin sangatkah?!
No comments:
Post a Comment