Pages

Saturday, October 15, 2011

Memory State. Memoria

Alkisahnya pada suatu malam yang sunyi hening xder bunyi. Adalaaa satu makhluk yang cantik paras rupa tapi fail bab gelak suka ajak Skype.. Ikutkan hati~ malas tau! Dahla selalu dikhianati bab janji2 ni. Busy kan..
Tapi memetik kata2 pujangga dulu kala, "kerana sayang hamba turutkan.." Saya on jugaklah. *padahal motif lain berlapis2. hiks!* 
Xnak intro pepanjang, jom layankan perbualan suam2 kuku kami berdua itu...


Awak!
Ya.. saya~
Ishh... cam xhepi jer bunyik?
*dalam hati, "memang pown! xreti?!"* Xderlah... biasa jer..

Oh.. *ni sengaja buat xreti atau memang confirm dia xreti2?* Eh.. awak ingat tak bila first skali kita jumpa?
Apsal? Kena buat assignment pasal tu ke pulak? 
*tetiba gelak. nyampah! mood masih marah ni tau!* Ahaha.. bukanlah~ saya baca draft lam dashboard tadi.. semua cerita awak yang dulu2.. Ingat lagi ek awak kat diorang semua tu?
Erk?! *pelik* Draft? Dashboard sapa? Saya?

Yerlah... yang awak tag ngan memoria tu..
Ooo.... *baru teringat. Haritu bagi password email kat dia. So of coz dia boleh bukak semua site yang associate ngan email tu~ tetiba rasa benak. Dang!*

So? Awak ingat tak?
Ermm....
Apa yang erm?
Ingat... *tersengih sorang2. dush!!*
Ingat... jadi kalau saya mintak awak tulis pasal tu boleh tak?
Haa?! Nak suh saya tulis pasal tu?  *terus soprano dalam selimut*
A'ah.. pasal tu. Pasal pertama kali kita jumpa. Pasal apa yang awak pikir pasal saya...
Ni..xmengamukkah? Kang ada cerita yang awak terkejut baca kang? *try memancing. hihihi..*
As long as awak stick pada benda tu jer.. xder hal. *terdengar ceria suaranya.* Saya pun nak tahu jugak camner awak masa mula2 tengok saya dulu... kikiki...

*senyum.. lupa dah pasal gaduh2 tu.* Okay~ tapi kalau saya cerita.. awak nak bagi apa?
Aik? Benda camni pun nak upah?
Yerlah... awak ingat cerita2 ni mudah ke nak imbas2 balik? urgh...
*diam... mungkin tengah fikir sesuatu.. xpun tengah baca buku. selalu nyerlah~..*
Okay2... apa kata kalau awak pun tulis benda sama. Apa yang awak fikir tentang saya. Buat versi awak. Nak?
Hah? Tapi saya busy la skrang.. Nak prepare untuk class semua ni..
*ceh ayat mengelak!* Takper.. take ur time. Kita tulis sama2.  Then bila dua2 dah siap, kita publish skali. Orait?

*Kali ni memang dia diam betul. Aku pulak sebab gaduh xbuat video call. sengal! xleh nak tengok dia buat muncong molot tu. :P*
Okay... tapi kalau cerita kita tak sama camner?
Biarlah! Nak wat camnerkan? Tapi satu lagi.. awak jangan bukak dashboard saya minggu ni tau! Kalau x batal projek.
Baik! Baik! Nanti awak tukar password ek!
So kira jadilah ni ek?
Yup. *aku senyum makin lebar. otak dah siap rangka plot semua ni tau~*

Scene2 seterusnya diteruskan macam biasa. Topik pulak of coz lah dah beralih ke benda lain pulak. Topik paling hangat, bab sembahyang. Gatal sangat mulut nak bergaduh ngan calon ustazah pilihan kekdahnya. Dalam diam, marah di hati hilang dimamah lunak suara orang jauh itu...

p/s: Oh matilah xder deadline. Xtau nak tulis camna nih. Terasa cam panjang gila babi jer entri tu nanti. Ahaks!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...