Pages

Sunday, April 1, 2012

Jenna Jenny Jongjii........

Bangga jap bila ada orang puji bakat aku dalam 'menjahanamkan' blog ni. Dahla jarang2 update. Ni skali bila ada org puji pulak layout yg TERMATLAH JAHANAM itu, harus kembong perut terus. Mwahaha!!!

But anyway, cerita tu tunggu next punya entry. Now aku nak cerita pasal part 2 yg dalam BODOH PUNYA APRIL tu dulu. Jom!


Alkisahnya semalam... Tengah syok2 aku duk tenyeh menatang kertas tu nak buat contoh untuk sticker, sekali adalaa satu mesej masuk~
Aku pun macam biasa la... bukak.

Alangkah terkejutnya saya saat itu *tetiba~* apabila melihat mesej yg baru sahaja masuk itu rupa2nya datang dari abang ipar yg baru sahaja sah menjadi ahli keluarga kami baru2 ini. 
Jeng... jeng... jeng.... terus saya berdebar2. Apakehal beliau main mesej2 ngan saya ni? Nak korek cerita ker nak mengadu? 
Hurm.. ingin tahu jawapannya? Jom kita kupas isu kandungan mesej itu.

Tet.. tenet. tet.. tet... Selesai sudah menganalisis mesej dari beliau.
Lalu dengan pintu yg sedikit terkuak, saya memerhatikan my sis yg sedang leka menenyeh Ipadnya bermain bejeweled di luar.

"Oh gerangannya kekanda, apakah agaknya ada sebarang kesulitan dalam kerukunan rumahtangga kekanda sepurnama ini barangkali?" Saya bertanya penuh hemat. *ayat~walhal benda xsempat bulan penuh pun lagi...*
My sis mengerutkan dahinya kehairanan. "Mengapakah gerangannya adinda bertanya begitu? What the rock is cooking adinda?"

Saya lalu berjalan menghampirinya. Mesej abang ipar itu saya bacakan bak watikah penuh hormat darinya sultan. Walaupun begitu keadaannya, saya masih juga sempat ketawa berdekah2 sepanjang sesi pendengaran itu. Maklumlaa~ bukan selalu boleh baca mesej lawak cenggini...

Selesai berbincang, my sis lalu meminta jasa baik saya untuk segera membalas mesej husbandnya itu. Tangan lalu pantas menaip. Umpama Mashiro (Bakuman) saya menekan butang send dengan harapan hal itu tidak akan berpanjangan.

Kurang 10 minit kemudian, deringan Fantastic Baby dari telefon saya pula mengambil tempat. Tertera di skrin nama pemanggil yg tidak lain dan xbukan abang ipar saya. Dengan wajah kepucatan, saya dengan kelam kabutnya berlari mencari my sis yg kini sedang menghadap cermin mencabut uban. Pelik sungguh rutin harian manusia nan seorang ini. Haih....

"Weh! Dia call. Nak jawab ke tak ni?" Saya panik. Hilang segala formaliti yg diguna sebentar tadi.
"Cepat! Cepat angkat!" My sis juga turut sama panik.

Dengan penuh keayuan, saya lalu menekan butang hijau untuk menjawab.
"Hello~"
Ya.... dan 3 ayat pertama selepas helo itu sahaja yg boleh disiarkan tanpa sebarang penapisan dari pihak berkuasa. Nasiblaa saya dah biasa. Makanan halwa telinga katanya~ Hehehe....

Awalnya saya hanya mampu menjawab ya.. ya.. ya.. *Cover line la.. my sis sebelah nih...*
TETAPI!
Jeng.. jeng.. jeng... sekali lagi.
Ayat terakhir beliau berjaya membuatkan saya membeliakkan biji mata seluas2nya di dalam bilik my sis lalu pedih jap dek jasa aircond. 
Begini bunyinya ayat itu...

"Adik, siap2 la kita keluar makan roti bakar. 20 minit lagi abang sampai."

Saya terus bingung.
"Biar betul mamat nih? Bukan tadi still kat Kuantan ker? 20 minit lagi nak sampai? Aihh.. ko naik helikah?" Begitu.....
Ya.. sedikit fakta tentang abg ipar saya ini ya.. Dia adalah org Kuantan dan menetap disana. Disebabkan my sis tinggal di sini, di rumah ini, bersama saya, maka terpaksalaa abang ipar saya itu pulang melawat buah hati dia ini selalu. Dan biasanya lawatan itu tentulah dimaklumkan dahulu. Maklumlaa~ nak standby kompang semua kan...

Well~ cut the story shortla... 20 minit kemudian...


Beginilah keadaan di dalam kereta itu. Senyap................ Hanya alunan Dendang Tanjong Katong mengisi suasana.


Saya pula yg juga berdiam diri di belakang mengambil peluang mencuba segala bagai aneka butang yg tersusun cantik di panel pintu kereta. Huhuhu... Program suai kenal dengan kereta berharga RM1.1M pun bermula.....
Alhamdulilah sepanjang sesi itu tiada pihak yg tercedera atau rosak teruk dikerjakan. Syukur..

Oh, berkenaan hal mesej itu pula. Biarlah ia tergantung begitu saja disini. Diantara mereka pula, biarlah menjadi pengajaran dalam mematangkan hubungan itu.

Jadi untuk menutup entry saya kali ini pula, ingin saya catitkan kata2 abang ipar saya mengenai keberangkatan pulangnya secara tiba2 itu.

"Abang ni tekan minyak Dua 6 disebabkan kakak adik tu tau! Dahla kat Kemaman tadi ada accident. Abang xkira. Polis pun polislah! Pooommmm... abang masuk lorong bertentangan.
Kalau accident jatuh sungai ker hapa memang abang xpikir dahla masa tu.."

Tapi Alhamdulillah semuanya selamat kan? Oh dan saya jugak intai meter kereta itu. 
Yes.. confirm meter dia ada tulis 260. Kira xmain tipu arr... *ayat sadis seorg insan yg tatau bab kereta. Huhuhu...* 

Maka selepas acara push2 baby itu berakhir.. tamatlah sudah segalanya. Saya pun dapatlaa menyambung kembali tugas di rumah. Yippie!!!
So my wish for both of them. 
No more drama please~ Just love each other with respect and much trust. It's not an easy job to maintain a long distance relationship but believe me, someday, U will be grateful about it. And please.... guna jerla melayu Kelantan time mesej2 tu... Letih woo nak kena jadi translator niyh..... ;P

So papai uols~ Sayoooooonara!

p/s : Confirm akan dapat ubat tido esok. Hahaha!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...