Pages

Monday, February 28, 2011

My so-so 'Pekak' Story



Hai adik-adik!!! *perasan tua kojap...* Hari ini abang *abang tu! biasa aku yang jadi adiknya!* ingin berkongsi kasih sayang dengan adik2 semua ya.. Jadi bagi sesiapa yang lapar kasih sayang tu.. Sila2 lah add abang di fb yer...


Nilah menu dinner kita yer adik2..
'Sepinggan kasih bertaut sayang' namanya...


Hahaha...
Xder motif sangat kan? Biasalah bro.. pakcik ni perangai macam budak2.. Bukan macam makcik.. Ala2 ketua wanita bahagian gitu kekdahnya... : P *cari nahas di pagi hari motifnya..*
Anyway! Hari ni pakcik sebetulnya nak share pasal pengalaman pakcik meng'handle' customer yang mulut macam j*** masam gitu.. ^^


Alkisahnya hari tu.. pakcik tengah kerja.. Masa ni x jadi manager lagi. Still kuli batak la kekdahnya. Haritu pulak pakcik kerja department cashier. So.. memang kena mengadap direct la ngan customer2 ni..


Petang tu.. termasuk pakcik hanya dua counter jer bukak. Nasib x busy.. *pakcik jer busy body bergosip!* Kiranya rilek la...
Tiba2.. *tiba2 siap! padahal pakcik siap bertongkat dagu tunggu customer tau!* datang 2 orang adik manis ni nak mengorder. Pakcik pun treat la macam biasa... Sapa dengan senyuman seikhlas mungkin gitu..


"Selamat datang.. Boleh saya bantu. Order?" 
"Saya nak order yang voucher ni.." Si adik yang bertuding ni hulur la sekeping voucher ni kat pakcik. Tapi dinch pakcik xingat set apa.. 
So, pakcik pun tanya la.. "Makan kat sini ker bungkus ni?" 
Yang menghulur voucher tu buat dunno jer tau sesambil berbual ngan kawan dia. Pakcik pun tanya la lagi sekali. 
"Makan kat sini ker bungkus ni kak?" 
"Makan" jawabnya sesambil terus berbual apa ntah ngan kawan dia tu. Muka pakcik pun dia tak pandang masa tu. Tapi pakcik xkisah la sangat.. Janji aku dah confirm order...


Masa ni si kawan pakcik, Cik Mira barbiedoll ada la kat sebelah. Just dia tak tolong jer sebab order sikit. Lagipun we all ni actually antara cashier terpantas abad itu.. Setakat order skit2 ni.. Pejam mata jer bro..


Siap2 tu pakcik pun letak lah atas tray kat kaunter.. Then pakcik pun cakap la harga dia.. Masa nilah baru budak perempuan tu pandang pakcik. Nak tahu apa dia cakap kat pakcik masa ni?
"Eh, saya kan order bungkus? Apsal awak buat makan sini. Pekak ker?" Berkerut siap muka dia. Kawan dia kat sebelah tu pulak diam jer.. Mungkin terkejut kut dengar kawan dia cakap macam tu.. Pakcik agak la..


Pakcik pulak memang dah confirm la terkesima. Cik Mira Barbiedoll outomatik jer pegi sepak kaki pakcik. Sebabnya? Pakcik ni ada ilmu angin kus2 gitu... Jadi dia macam nak mengingatkan pakcik ler tu.. Kang x pepasal aku buat ribut tropika pulekkk


Pakcik kemudian tarik nafas dalam2 then hembus balik. Sesambil senyum, pakcik pun cakap la kat dia...
"Tadi saya tanya... awak cakap makan sini.. 2 kali pulak tu saya tanya.. Then kalau saya silap.. Kenapa masa tengah siapkan order tu awak x cakap.. At least boleh saya betulkan terus.." Ala2 berdiplomasi la... Tapi tangan toksah cakap la.. Terketar2 tahan marah. Tapi pakcik buat2 tekan skrin menu. Konon2 nak control la..


Then pakcik pun sambung lagi.. "Tapi takperlah.. benda saya boleh buat balik... Bukan susah pun.." 

Sesi counter attack pun bermula.. Kalau biasa kan.. Korang pergi KFC.. packing spot dia tu dekat packing table yang tempat ada makanan tu kan.. Finishing order jer yang akan ada atas counter cashier.. Betul tak?


Tapi aritu.. Pakcik ambik kotak semua.. Pakcik packing balik order dia tu atas counter cashier. Konon2 nak bagi dia nampak betapa 'mudahnya' kerja pakcik. Siap2 tu.. pakcik pun ambik duit then cashkan... Paling lawak.. Pakcik gelak siot! Budak perempuan tu xyah cakap la.. Memang pucat dah muka dia...


Masa bagi baki tu.. Sempat lagi pakcik tambah. Tapi kali ni dekat kawan dia yang sebelah tu.. "Maaflah yer sebab saya salah buat order. Tapi kawan awak ni kurang ajar sangat. Kalau boleh tolong la ingatkan dia pasal adab yer.. Kalau tak.. saya tak jamin lah lepas ni dia boleh makan lagi tak kat sini.." Blur gila muka budak tu.. Tapi pakcik pun bukan niat nak sound dia. At least kawan dia dengar masa tu kan...


Keluar jer budak tu.. Habis semua staf kat dining datang jumpa pakcik. Nak tanya apa hal tadi. So pakcik bagi tugas bercerita tu kat Cik Mira Barbiedoll ittuw. Maklumlah.. masa tu tangan still shaking. Kang x pepasal ada yang jadi mangsa kekejaman ku pulak.


What? Berani ngko sound pakcik? Nak rasa jalur adidas kat muka ke hapa?!


Sekarang ni cuba korang pikir balik.. Boleh dia pergi sound pakcik ni pekak? Motif? Padahal 2 kali dah aku confirm order tu ngan dia. Datang bulan ke apa minah ni? Tak tahannya.. student USM Kubang Kerian woo.. *pakcik tahu pun sebab dia selalu datang ngan kengkawan dia lepas kejadian tu.. tapi mampus x order ngan pakcik.* Bakal doktor. Tapi sopan santun xder lansum. Nahas la sapa jadi patient dia nanti..


And yes.. lepas kejadian itu.. Memang dia x pernah dah nak order ngan pakcik. Mungkin dia takut kot. Yalah.. ayat2 terakhir pakcik tu ada berbau ugutan jugak la kan.. Ala2 along kutip hutang kan? Hahaha....


Tapi tu la kan.. Customer Is Always Right. Betul yang kadang2 terlampau sangat untuk dibiarkan. Sebab tu kadang2 pakcik suka educate diorang.. Tapi buat dengan senyuman.  Confirm orang x marahnya.. Tapi bagi situasi2 macam pakcik cerita ni.. Xsalah la kalau setakat nak smash pown... Tak ruginya beras dik oi!!!



Friday, February 25, 2011

Sesi Luah Rasa ( Ku Menangggisss~ )



Pakcik sebenarnya taknak dah bercakap pasal ni. Eh silap.. menulis eksyeli. Tapi nak wat camner kan. Tiba2 jer rasa tergerak hati kudus dan suciku ini untuk mencoret sepatah dua kata. Sekadar melepaskan batuk di tangga gituw... *apakejadah ntah aku buat ayat!*

Alkisahnya begini.. aku terjumpa la profile kawan baik kakak aku kat FB. So aku pun add lah. Maklumlah.. kenalan lama katakan. Dulu dia ni.. kira seangkatan la ngan aku dalam bab bomoh2 siam ni... *wah!! tetiba keluar cerita jahat seyh~* Bila aku kerja KFC pulak.. dia jugaklah yang jadi regular customer aku. So memang rapat sesangat la kitorang ni...*padehal mintak spedo KFC free. Mampus aku tetiap bulan.*

Mula2 tu dia just main komen2 like2 jer wall FB aku. Maklumler.. nak berseloroh pelik2 takut pecah lobang... Hehehe..
Tapi semalam.. dia tegur aku kat chatbox. Mau tak tergezzut pakcik! Apakehal dia ni tegur aku plak? Aku pun.. xkanlah nak buat senyap bodo camtu jer kan.. So aku balas la balik.. Antara sedutan2 awal nya...

Si Dia : Pokdik!!! *nicks zaman aku jadi penjahat duluw..* I miss U!! Kau duk kat mana skang? Lama la x jumpa..
Pakcik : I miss U too.. *sesambil memoncong molot depan laptop* Orang ada cari kak aritu.. Tapi kak dah pindah.. 
Si dia : Betul ker kau cari? Erm.. kak dah pindah dah.. Skang duk rumah lain pulak...

Okay.. skip part sesi tepuk tampar. Kang meluat ngan aku2 sekali.. Kita masuk terus main part arini.

Si Dia : Pokdik. Aku dengar2 ngko bergaduh dengan $#&@. Betul ker? Lepas tu ngkau xbalik
rumah. @&#%$ mintak aku cari ngko. Katanya ayah selalu duk tanya pasal ngko skang.
Pakcik : *sesambil tersenyum sinis* Cari orang kak? Hahaha.. Lawak2.. Kenapa nak susah2 kan ngkau plak kak? Bukan &@%#$ xkenal pun tempat orang stay ni. Even dulu dia jugak kenalkan tempat ni...
Si Dia : Betul ke Pokdik? Ni aku nak tanya satu benda lagi.. Ngko kerja apa skang?
Pakcik : Tanam anggur sesambil jadi suri rumah kak oi~ 
Si Dia : Betul? Habis tu aku dengar2 engkau jual buah sekarang? Apa kes?
Pakcik : Jual buah? Hahaha!! Lawak la kak! Betul.. orang tak kerja.. Tapi orang xwat la benda2 cam tu. Rokok pun aku xreti nak hisap.. *okay.. part ni aku tipu...* Ni kan nak meniaga buah. Adoiya... ngkau percaya ke aku brani buat benda2 macam tu? Hahaha..
Si Dia : Kalau macam tu xpelah. Tapi aku pesan kat kau Pokdik.. Ape2hal sekalipun.. kau jangan buat benda tu. Kalau terdesak sangat.. Datang cari aku. Xpa.. Janji jangan kau sentuh benda tu sudah
Pakcik : Roger kak! Menurut perintah.

Terus pakcik off. Mampos aku kena soal siasat!

Pakcik buat muka takojut depan lappy bila diajukan soklan2 cepu cemas..

Untuk rekod..*ala2 buletin utama jap...* 'Buah' yang dimaksudkan disini.. bukanlah buah yang boleh korang jumpa kat tepi2 jalan.. di kebun2 tanaman ataupun belakang rumah encik Umar ya.. Ini 'buah' adalah benda yang membawa maksud.. bahan terlarang; yang sekiranya dimasukkan ke dalam tubuh, nescaya akan memberi kesan khayal, delusi, angan2 mat jenin dan sepupu sepapatnya sekali. Bahasa mudahnya DADAH, MUSUH NEGARA. *promote tuw!!!*

jadi.. aku sebagai penjual 'buah'. Nak cakap aku terkejut? Tak jugak kot.. Aku sendiri pun lama dah tahu... Cuma x ambik kisah jer.. Tapi bila melibatkan Si Dia, automatik lah benda ini sudah dikira kes besar! Yalah kan.. dulu2 area rumah jer cerita camni tersebar. Ni orang yang dok kat ujung dunia pun dah tau.. Apa kes?

Tapi pepehal, aku redha.. Biarlah orang nak cakap apa pun.. Tu mulut ngko. Mulut aku kau xdengar lagi~ Nanti aku jampi ngan pasir atas kubur baru tau! Hehehe.. xder ahh.. Gurau gurau.. Tapi kalau 5 tahun dulu.. Harap... = )

Cuma aku nak cakap kat sini.. Cukup2lah tu.. Dulu engkau tuduh aku lari rumah.. Aku xcerita pun hal sebenar kat orang. Aku kena cerca teruk2 pun.. Habis2 menitis air mata jer. Aku dah xder apa2 skang ni.. Nak kata berduit.. Acc aku skang ni pun ada 10.22 sen jer.. Nak draw pun xleh siot..

So please.. hiduplah ngan gembira. Tapi jangan dengan menjatuhkan orang... Dan xyahla kerah orang cari aku. Aku dah hilang punca sekarang ni. Cukup2 lah ek. 
Pasal ayah tu pulak.. Maaf.. Aku terlalu banyak terasa hati. Cukuplah aku jadi just.. ZAKIYUDIN. Dan ibu aku.. MUNAH. Bukan nak menidakkan seorang bapa tapi.. .. .. tapi aku ni anak mak. Dan aku semat dalam2 kisah 20 tahun tu. 20 tahun yang cukup lama untuk aku tempuh. : )



Sunday, February 20, 2011

A Fish Called Nemo



Sai Gorilla Zouuu!!!!

Bunyi deringan mesej telefon mengejutkan terus aku dari lamunan. Lantas segera telefon yang tadinya ku simpan di dalam poket dicapai. Aku acuh tidak acuh.

Paparan skrin telefon ku tatap. Ah! Mesej dari my sis? Aku cukup cam dengan gambar yang telah aku setkan bersama nombor itu. Gambar wanita gemuk memakai baju bowling sambil menghisap sisha *sisha ke syisya? hentam jer la..* ku tenung untuk pengesahan. 

Segera cermin pandang belakang ku lihat. My sis tidak menampakkan sebarang reaksi. Dia kelihatan masih leka memandu. Nemo di sebelahnya kulihat masih asyik mengelamun. Mungkin sedang berfikir sesuatu agakku.

Butang papar segera ku tekan. Hatiku meronta-ronta ingin mengetahui isi kandungan mesej itu. Barangkali ada sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan my sis. 

AKU CAKAP NAK KE SABAH UNTUK CASTING. ENGKAU TANYA LA BILA

Aku terpinga. Sabah? Casting? Otakku ligat berfikir. Casting untuk apa? Bukankah Contest Modelling tahun lepas tidak disertainya? Jadi yang mana satu? Mungkin ada yang tidak aku ketahui barangkali.. Tapi itu tidak mungkin... Selaku pembantu merangkap pengurus tidak bertauliah dan tanpa gaji, aku cukup tahu tentang pergerakan my sis. Malah bunyi gelang kakinya saja sudah boleh menyedarkan ku dari tidur. Inikan pula bercakap mengenai ingin ke Sabah. Aku kebingungan.

Argh!! Persetankan semua itu. Lakukan saja apa yang disuruh. Kamu sepatutnya bertindak mengikut arahan. Ikut anginnya! Kalau tidak... bila2 pun kamu takkan sampai ke destinasinya Zaki... *Okay.. sumpah I fail subjek komsas* Suara halus bertiup di cuping telingaku.

Aku akur...
"Eh ***. Yang contest tahun lepas tu macamana? Dah dapat information?" Aku memulakan kata2 memecah keheningan di dalam kereta itu. Lagu Tuhan Tolong nyanyian Duo Derby langsung tidak membantu menenangkan getar dalam ritma suaraku ketika itu. 

"Dah... actually aku dapat masuk untuk next round. Minggu depan kat Sabah. Maybe seminggu aku duduk kat sana untuk casting pulak. Pasal flight dan hal2 lain.. diorang dah siapkan." My sis menjawab.
Aku terkedu... Apakena ngan aku ni? Kenapa ditanya pasal pertandingan sedangkan jawapannya tentang casting? Argh!! Selamatkan aku!!!

"Baby pergi buat apa kat sana?" Nemo mula bertanya. Ternyata isu tentang my sis ingin ke Sabah menarik perhatiannya. 

"Ooo.. saya kena casting untuk model magazine kat sana.... Dulu lagi dia dah buat.. Ni kira final stage la.. Tapi tulah. Nak pergi ke tak ni.." My sis sedikit menarik nada di hujung kata-katanya. Suatu isyarat yang cukup aku fahami

"Sabah.... best aaa.. Tapi diorang sponsor semua kan?" Aku mula yakin untuk menari-nari di pentas itu. Aku semakin yakin untuk mula memutar belit kata-kataku. *kejap dancing kejap talking. damn! memang x pandai!*

"Kenapa? Engkau nak ikut? Nanti aku tengok macamana ek. Tapi yang hari tu masa kat Penang kan engkau dah ikut... So kali ni takder hal kut. Pasal tiket. Sampai rumah ni nanti engkau check la.. Then inform aku"

"Okay..." aku mematikan kata-kataku disitu. Membiarkan mereka berdua terus hanyut dalam cerita rekaan yang sesekali di selit dengan fakta yang aku sendiri tidak fahami.

Pakcik konpius nak terjun belah mano. So pakcik dok jerla atas ni.. Boley..?

Aku melontarkan pandangan ke luar. Memerharti gelap malam sambil tersenyum. Penang? Bukan imbasan tentang pertandingan modelling yang terlintas difikiran. Cuma Hard Rock dan peritiwa sesat mencari restoran untuk makan malam menggamit memoriku kini. Punat telefon di tangan ku tekan. Cuba mengalihkan perhatian dari mengingati peristiwa-peristiwa itu.

Kini saraf-saraf otakku mula berfungsi seperti biasa. Memahami tujuan sebenar di balik mesej dari my sis itu. Dari tempat dudukku di belakang, wajah nemo ku imbas sekilas. Keluhan berserta senyuman terus mekar di bibirku. 
"Hai... padan la engko nemo.. Hari engkau dah tiba agaknya..." 

Sampai sahaja di rumah. Aku bergegas menuju ke bilik. Laptopku dipasang lantas dicari butang skype. Aku sudah tidak sabar2 lagi untuk bercerita kepada Zee. Kepohkah aku? Mungkin.. Tapi sebenarnya.. AKU X KESAH POWN!!!! Hahahaha...

PFK : Tajuk tu.. actually nama movie. A Fish Called Wanda. Citer pasal apa dinch pakcik tatau. Ni kira kes tangkap muat jer la ek.....


Friday, February 18, 2011

Sesi Luah Rasa ( Bila Aku Mula Meluat.. )



Mula2 aku nak ketawa dulu puas2! 

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!!

Okay done! Sekarang masa untuk mulut aku start mencarut.
 Erm... Nak start kat mana ek? Erm.. Okay.. kita skip bab pengenalan. Kang confirm aku mencarut panjang.

So, hari ni aku teman my sis pergi beli baju untuk someone. Baju yang murah yakni t-shirt untuk dipakai hari2 gitu.. Destinasi kitorang? Of course la pasar raya. Maklumlah... si polan ni tak pakai baju BUNDLE uols. Memilih sangat kan... Kalah pakcik yang pakai saiz L ini...

Yang lucunya.. budget 20 ringgit untuk 2 helai. Hahaha.. Mana cukup oi!!! Pasaraya ni time sale jer murah. Kalau tak... hazab dia kerat kepala tau! Jadinya memang lari budget terus la hari ni... 

At first 19.90 + 59.90 untuk baju si polan tu. Mula2 la.. tapi ada trick skit. Baju yang mahal tuw.. Dia bagi less. 50%. Tapi syaratnya kena keluar dulu 20 ringgit untuk produk2 lain. So lepas kow tim cukup2.. Aku pun rembat shelai untuk aku sendiri. Jadi last sekali kitorang dapat harga 19.90 + 59.90 (less 50%)+ 29.90 (baju aku) = Jumlanya korang kira sendiri yer. Aku takder mesin kira2 nih... Resit pun aku aku x ingat letak kat ner. Tapi confirm pembelian over budget yang masih bijak!

Now habis cerita atas pasaraya. Masa otw balik dalam kereta tu pulak.. My sis pun bukak la cerita pasal si polan ni. Mula2 tu dia puji la.. pandai bergaya.. bla bla bla.. *malas nak tulis. urgh...* Series aku memang x minat langsung nak dengar!
Why? Jeles? Maybe... Jeles pasal dia hensem. Jauh hensem dari aku yang debab ni. Tu memang aku mengaku. Tapi kalau bab dressing... Please.... GUA TAK HERAN BEB...

Yalah.. Kalau setakat kau pakai baju Armani Exchange yang lambang besar gedabak kat dada tu apehal? Nak tunjuk hero? Erm.. silap ayat.. Nak tunjuk duit banyak? Argh.. come on la.. Setakat Armani Exchange kat pasar malam Wakaf Che Yeh tu.. Baru 15 hinggit abang oi... Aku tak terliur langsung aaa...

Personally. Aku puji jenis yang memakai baju ikut keselesaan. I mean... Even kalau baju tu takder brand sekalipun. U can still look good wearing it. Itu memang wajib ditabik. Ni tak! "Cantiklah Ed Hardy ni.." "Sekarang ni fesyen tau~" Eh hello? Ed Hardy ciplak cantik? Fesyen? Eh! Ed Hardy tu untuk orang bawak moto besar2.. Ni kalau setakat Honda Cup.. Takyah berangan.. Even kalau korang google pun.. Ed Hardy tu tergolong dalam jenayah fesyen tahun lepas tau! So jangan nak berlagak pandai bab fesyen ngan pakcik. Panas tau!!!!

Tak nampak pakcik marah ni?! Kang cakar kang!

Habis bab dalam keta. Ni masuk part sampai rumah pulak.... 
Aku standardla... lepas selesai urusan makan minum kat dapur. Menonong terus masuk bilik. Tapi sejam kemudian, masa keluar minum air.. My sis aku pun cerita la.. Pasal si polan ni tak berkenan ngan baju yang kitorang pilih.. Sebabnya? Dia cakap baju tu besar. What?!?! Saiz M besar? Yang engkau dok bising cakap yang engkau pakai saiz tu selama ni apsal?! Nak cari gaduh ker hapa? Lepas tu dia komen pulak yang baju tu labuh. Sumpah! Tahap amaran darurat mencanak capai level jingga dah masa nih. Tunggu masa jer nak berperang tau!

Untuk rekod.. baju yang dia komplen tu.. Actually ala2 jersi budak basket pakai tu... yang xder lengan. Aku pun actually ada 2 helai.. tapi tertinggal kat rumah masa 'krisis menyelamatkan diri' dulu. So personally, aku langsung xfikir baju yang kitorang pilih tu besar. Manis jer kat bahu terletak. Even nak kata labuh pun takla jugak.. Aku rasa jersi basketball aku dulu lagilah... Hazab...

Tu skang ni aku bengang + pelik nih! Baju... untuk pakai dalam rumah.. Perlu ker kena ukur semua tu? Kenapa la nak memilih sangat ha.. Takleh ke at least ucap TERIMA KASIH. Tak berkenan pun.. Simpan jer la dalam hati.. Tu ikhlas orang bagi. Bukan sesen pun keluar duit engkau! Kalau engkau rasa baju engkau lagi cantik. Hah! Pergi balik... duduk dalam bilik engkau... Pakai jer baju dalam almari sendiri. Ni dahla datang sehelai sepinggan. Demand mengalahkan menteri! Urgh... Sumpah aku tak reti nak handle orang cenggini!

FPK : Datang duduk sebelah aku.. "Cantik dik baju ni?" sambil2 senyum. Aku? Sumpah tawar hati dah nak menjawab. Kepala otak aku ni penuh ngan ayat sumpahan jer tau!

Wednesday, February 16, 2011

Nasib Awak CUTE. Kalau tak.....

Awak cute! Hahaha..
Hah? Takder angin takder ribut awak puji saya ni apehal?
Ala.. saja.. Tak boleh?
Bukan tak boleh.. Pelik jer.. Selalu awak ajak saya bergaduh jer~
Aik?! Awak rindu nak bergaduh ngan saya ke?
Bukanlah maksud saya macam tu.. Tapi.. Pelik tau tak. PELIK
Hahaha.. Saja jer la.. Saya puas ni. Taktau nak buat apa.
Oooo

Senyap 15 minit. Aku pun tak ingat aku buat apa masa ni. Maybe tengah layan
lagu ABBA kut. 2 3 menjak ni rasa best pulak lagu diorang. : )

Awak!
Erm.... camner ek nak cakap.
Apa?
Kalau saya cakap.. Janji awak tak ketawa ek!
Kenapa? Lawak ke?
Bukanla lawak.. Tapi..
Tapi apa? Ceritala dulu.. Kalau tak camner saya nak tahu benda tu lucu ke tak..
Okay okay...

Dekat 5 minit jugak la aku tuggu makcik reply.. Geram jer aku nak jerit2 dalam Skype. Nasib pintu bilik ni terbukak! 

Awak rasa perangai saya macam budak2 tak?
Ha?! Budak2? Kenapa? Awak ada buat benda pelik ke ***?
Takderla..
Habis tu? Cuba awak cakap straight to the point. Susah la main tarik tali ni.. : (
Gini... Awak kan tahu saya ni suka benda2 semulajadi ni..
Okay..
So semalam saya ajakla kawan saya temankan saya tengok bintang. Bukan apa..
At least hilang la sikit stress saya ni.
So?
Kawan saya ni marah2 pulak kat saya. Kata saya ni macam budak2 lah... Tak cerdik la.. Mengarut la.. Semua2lah!
Habis tu apa awak cakap kat dia?
Saya diam jer la..
Hah?! Awak diam? Biasa dengan saya awak kaki gaduh?
Dengan awak lain~ Ni ngan kawan2 kena la propa sikit.. : P

Makcik ni memang mengada2! Takperlah... Sebagai seorang yang prihatin dengan masalah orang lain. Aku kena la berlagak sikit..

Biarlah awak.. Nak buat macam mana.. Dah dia tak suka. Nak buat macam mana kan?
Erm...
Tapi awak boleh ajak orang lain lagi kan.. Ala.. lupakan jerla pasal ni.. Senyum k : )
Tapi yang lain pun sama. Diorang pun marah2 kat saya. Cakap benda sama gak!
Betul ke? Kenapa diorang cakap macam tu? Diorang semua ni perempuan jugakkan?
Aah.. Diorang cakap saya ni sengal la awak..
Sengal? Kenapa?
Sebab...
?!
Gila nak tengok bintang musim2 sejuk nih! Hahaha

Damn! Kenapa la aku boleh tak ingat!

Oooo.. Awak kenakan saya la ni sebenarnya~ Menci!
Padan muka! Sapa suruh awak percaya sangat! Skang ni suhu bawah -16 la kat tempat saya ni..
Nak tengok bintang? Mati beku la jawabnya...
Cesh xper xper.. Okay bye! Tunggu jer la saya counter attack balik nanti..
Hahaha.. Padan muka! Bye!
Buwek!!!!

Terkena jugak aku kali ni. Nasib la sayang. Kalau tak.. mahu segala jenis binatang dalam hutan mau keluar. Tunggu jerla.. Hutang duit dicari Along, Hutang bil TM of course we all cari Kundur.
Hufff...............


Monday, February 14, 2011

Aku Rindu Sayang Kamu








On Valentine's Day we think of those
Who make our lives worthwhile,
Those gracious, friendly people who
We think of with a smile.


I am fortunate to know you,
That's why I want to say,
To a rare and special person:
Happy Valentine's Day
!






Saturday, February 12, 2011

bila Hikmat Asura Putihku beraksi...




Hambik ngko!
Besar gedabak aku taruk picca

Nasib la ada yang baik hati tinggal link kat aku
Love u my fren!

For those yang kedekut
Thank you!
Berasap la korang kat forum aku maki nanti...
Kikiki..

Anyway..
Mari sama2 kita mengimbas zaman kanak2 ribena yang mantap duluw..
Layan.............~.....


Sesi Luah Rasa



"I ni jenis yang setia U..."
"Cukup sorang jer... saya mana reti nak pasang 2 3 ni.."
"Awak tak percaya ker saya sayang sangat2 kat awak ni.."

OMAIGOD!

Ada lagi spesies macam ni?
Jenis... lembut gigi daripada lidah. *yucks! better guna listerine guys~*
Urgh. Menyampah!

Okay okay...
Who am I to talk about this kind of crap rite?
Ahahaha
Ikut suka diorang la kan?
Mulut masing-masing..
Kalau dah si polan tu suka ngan kata2 tu.
Gasak jer la.. Dalam hati ada taman katakan... Haii~


Tapi selaku orang yang 'TER'dengar..
Aku tak pasang telinga ek! 'TER' je k, 'TER'
Sumpah naik menyampah!

Very not so matang! 
Kalau bercinta ngan budak sekolah tu aku tak kisah la..
Maklumlah.. maintanence pun tak la tinggi sangat..
Keropok singgit pun dah kira okay what~~

Tapi ni..
Dahla umur baru setahun jagung
Ada hati pulak nak ayat bulan di langit! 
Pastu sengaja pukul gendang sekampung semata2 nak suruh orang tahu pasal hasrat
di hati ituww...
Sangat la ol skool machaa... Even Dato' Bung pun xguna masa nak pikat Zizie tau!

So
Jangan la nak rasa pelik kalau tengok orang dah mula bertongkat dagu
masa kat meja makan tu ek......


Paham2 la...
Kalau tak berbulu mata.. bernanah telinga.. bermuram durja..
Tunggu jer la seminit dua..
Sah2 keluar kiasan berbisa.



FPK : Makcik berpesan... "bercinta dengan senyuman lagi baik dari dengan kata-kata yang akhirnya membawa sengketa." Erk?! Sila huraikan.. Jib tak paham.... :P

Friday, February 11, 2011

Dulu Saya Pernah Jadi Budak... ^^

Darjah 1
- Aku dapat A+ masa hari pertama gi sekolah. Hooray!!! 
- Ponteng sekolah sebab arwah mak tak prepare kanji untuk kelas seni aku. Kecik2 dah keras kepala tuw...
- Bergaduh ngan adik ipar abang aku yang darjah 3. Arwah mak pesan.."kalau bergaduh tu.. pukul ngan kayu terus!" Dan tu lah yang aku buat. Hehehe.. Dahla kat tangga sekolah. Gempak gila siot..

Darjah 2
- Tertukar beg sekolah ngan kakak aku sebab design dengan kaler dia sama. Nasib satu sekolah.. Kalau tak haru~~
- Ada orang gila masuk kelas berlagak jadi cikgu. Siap ajar Alif Ba Ta woo.. Kitorang yang nak ambik exam aritu tiba2 jer rasa bodoh ya amat...
- Dimalukan depan satu sekolah sebab tidur dalam dewan masa orang bagi ceramah. Damn!
- Gigiku di simen... Buruk sangat ker gigi aku masa tu hah?!

Darjah 3
- Berlagak alim disebabkan nak jadi pengawas. Makan kat kantin jer.. time rehat pun x menggila nak main lompat tali. Just jadi penonton jer kat tepi padang.. Hehehe
- Tersenarai dalam top 10 untuk ambik PTS. Tiap2 hari ada kelas tambahan. Letih aa....
- Mula tahu aku berbakat dalam bidang seni. Chewah!!! Lukisan aku mesti confirm ada kat koridor utama sekolah. Bangga weyh!!
- Mencuba nasib untuk pertandingan nyanyian peringkat daerah. Wa bawak lagu Rahmat-Hanya Segenggam Setia. Feel toksah cakap la.. Memang kalah arr Faizal Tahir sekarang. Hehehe.. Tapi paling best.. of course duet Siti ngan 2by2-Mawarku yang akunyanyingan budak pompuan darjah 5. Ehehe... Gelenyarrr gila!

Darjah 4
- Bergusti dalam kelas. My alter ego, Road Dog. Femes gila masa tu..
- Kena marah kat cikgu KH sebab xsiapkan kerja sekolah yang kena kutip2 daun. Sampai sekarang aku tak tahu motif kenapa kutip daun bukan tangkap belalang or what-so-everrr. Huff...
- Mintak resign daripada jadi pengawas. Sebabnya? Hujung tahun tu nak pindah sekolah. Hahaha.. alasan yang takder kena mengena langsung. Tapi aku memang menangis gila-gila aaa masa first cakap
kat cikgu tu. :)

Darjah 5
- Sekolah baru. Bertukar kelas sebanyak 2 kali disebabkan gred aku yang terlampau bagusss... 
- Kena denda almost every week. Stokin x pakai la.. Nametag xder la.. Tapi periksa xpernah miss no 1 ngan 2. Even masa hari penyampaian anugerah cemerlang pun kena denda. Sial nyer pengawas!
- Berboria, bernasyid tapi xder satu pun aktiviti padang. Mak kan tak suka berpeluh uols... Kikiki..
- Menyanyi menggunakan mic yang aku tak tahu tengah on. Satu sekolah dengar suara aku. Dahla lagu Hindustan aku bedal masa tu. Bedebah punya kawan! Nasib sampai sekarang xder siapa yang mengaku sabotaj aku pasal insiden hari tu.

Darjah 6
- Jadi top student. Harapan sekolah untuk dapat 5A. Kalau tak pergi sekolah sehari pun wajib bising cikgu suruh sapa2 cari aku kat rumah. Susah gila nak ponteng!
- Dapat basikal baru. Yeay!!! Sekolah jauh katakan... Kakak aku pulak malas nak bangun pagi menghantar. So nasib aa.. Tu yang berpeluh kena kejar anjing tiap2 hari tu..
- Almari kelas 6C adalah hak mutlak aku. Kaedahnya senang aku nak simpan koleksi komik aku. Cakap jer nak apa. Pustaka Langit.. Wira Tunggal.. Parang Gila.. Guruh Badai.. Zakiyudin adalah supplier paling cambest masa tuw...
- Menjadi pengepow sejati.. 20 sen dari setiap pelajar pompuan yang aku kenal. Alaa~ bukan banyak pun.. Tapi kali ngan 10 orang sehari.. Korang congak la sendiri ek....


Antara penaja2 utama diriku duluw....~



Hahaha
Mungkin ada satu dua perkara yang aku carut kat atas ni..
Susah untuk orang terima.
Terutama yang kenal aku sekarang.

But hey!
Ini pengalaman aku 10, 11 tahun lepas..
Banyak benda dah berubah bro..
So korang paham2 lah yer~

Next entry aku akan share benda2 nakal yang pernah aku buat plak.
Sementara tu..
Korang kenang2 balik la yer apa yang pernah korang lalui selama ni.
Biarlah teruk mana sekali pun.
Yang penting benda tu jadi pengalaman berharga buat korang

Bye! Muacks!

FPK : terpaksa menipu untuk mengelak dipaksa menemani abang angkat aku kat rumah dia. Mampus aku kena bebel kat dia sebab x kerja lagi sampai sekarang. Urgh!!!!


Wednesday, February 9, 2011

A Game, A Pug & A Little Vader in Action



Apa yang best pasal SUPERBOWL tahun ni?
The game itself?
Okay.. kalau berminat. Tapi kalau tengok sorang2 cam aku ni.. Lama2 mengantuk gak kan?
Artis yang terkinja2 buat show? 
Erm.. BEP agak hancur la malam tu... And Christina. OMAIGOD!!! Lagu negara sendiri pun ngko lupa?! Nasib xdok Malaysia. Sah2 orang buat demonstrasi suruh lucut kerakyatan gituw.. Rakyat Malaysia kan berjiwa kenegaraan~ Kan kan kan....

So apa lagi yang tinggal?
Ehehe..
IKLAN jer la jawabnya!!

Tapi bukan la iklan kopi janda ke hapa tau..~
Ni iklan2 yang big budget yang confirm akan mencuit hati setiap penonton2 nya..
Ni tak.. asyik2 dok ulang "SUPER POWER!!!" Then menggatal berkejar masuk rumah. YUCKS!

Disebabkan aku tak jumpa last year Betty White punya performance untuk Snickers..
I think better aku taruk yang tahun ni jer la ek.. Tapi dari advertisers lain la pulak.
Lagipun kalau korang surf kat Youtube.. Snickers punya konsep for this year pun lebih kurang sama jer 
ngan last year. So keinterestingan nya tu a bit off la sikit.

Without further a due
Jom layan my top 2 ads campaign untuk tahun ni. Enjoy!
Oww... pause lagu kat tepi dulu ek! Kasi feel gitu...


Darth Vader versi cinonet.



Kata si anjing, "Jangan menghanjeng2 kan saya." Sekian.



Lawak gila kan iklan2 ni?
I love Volkswagen ads tu.. Teringat zaman kecik2.
Tapi takderlah sampai berangan jadi Darth Vader ke hapa.. Zaman aku dulu.. Kalau boleh main pedang 
yang ada bunyi2 tu pun dah kira ok what..~

Sekali sekala layan iklan2 macam ni best jugak kan?
Ni asyik duk layan iklan Petronas Primax sampaikan perkataan 'kilometer kallala..' tu dah jadi rutin wajib tiru time tengok news. I wonder la why iklan tu boleh tahan lama kan? 
Hohoho..~


Tuesday, February 8, 2011

Silly Me Silly



Cam biasa~
Apa motif letak picca bulan 4 tahun lepas ini disini?

Hehehe... 

Actually aku skang ni rindu sesangat ngan zaman aku masih berambut pendek ni dulu.
Tetiba terasa tua pulekkk.... *argh.. don't like that :(*

Entahlah. Nak potong kan sayang. Iyalah! Ni kali ketiga paling lama pernah aku simpan rambut. 1st masa dok dalam hutan kat Bukit Keluang nu, kena potong sebab nak naik Johor. Secondly masa jadi surirumah kat rumah kakak aku. Masa tu pulak kena potong sebab nak kerja. Bertahan la jugak 3 tahun rambut pendek cam dalam picca atas tu.. 

Tapi skang ni.. Takder komitmen dan xder orang larang. So I'm back bebeh! 

Back kepala hotak ngkau! Hahaha!

Semakin hari semakin tertekan adalah! Pernah tengok iklan Dove? Yang bangun pagi rambut cam singa tu? Haaa.. Lau rambut aku. Bukan setakat bangun pagi, asal kering jer terus dia menyinga. Dassat aaa~

Dahla segala jenis style aku wat xjadi. Cakap jer.. semua aku dah try tau! Harap kaler jer cool. Hairstyle? Hancusss. Dan tambah menyengatkan kepala otak aku. After dah 4 bulan aku pakai sculpting lotion brand Shurei tu.. baru aku perasan kat botol tu dia ada tulis, 'CURLY HAIR'. Damn! Patutlah rambut aku macam ikal semacam jer. Ingatkan sebab genetik famili aku yang ada darah arab + mamak tu. Damn dumb! Babun U!

Skang ni.. aku hanya ada  beberapa pilihan jer. Antaranya.. *antara hotak hang! memang ni jer yang ada pun..*

1. Potong pendek (cadangan aku sendiri) - Mengurangkan rasa sakit kepala aku ni. Kalau tak hari2 kena berteman ngan actifast. Apa kes pun aku xsure. Urgh.. Go away! I don't like U!

2. Stay cam skang (cadangaa aku jugak) - Buat apa susah2 kan? Biarkan jerla... Dulu engkau yang nak kan? So tanggung lah brader~

3. Pakai headband (cadangan 2 kuasa veto dalam hidup aku skang. Aku? Erm.. jerla. ) - Gegurl sangat kan? Auw?!?!? Ehehe... Tapi skang ni tangan aku memang 24 jam dok cekak rambut sebenarnya. Kira nak ambik feel la kalau kena paksa tu. Like it? Mungkin...

Yang mana satu~ pilihan kalbu~

Anyway cadangan headband tu bukanla teruk sangat kan? Bak kata makcik, "Beckham pun pakai apa..." Aha~ Tu Beckham makcik oi.. Takleh ker bagi example yang dekat2 sikit ngan diriku ini~ *tiba2 patik rasa macam pacal yang hina uols..*

Oooo... luv the hair and the tattoo. Me? Oneday.....~~ Kikiki..

Argh... senang cerita kali ni aku ikut telunjuk orang dulu. Then kalau xseswai, kita pilih jalan belakang. Eh silap, jalan lain. Maklumlah.. jalan shortcut ni polis suka buat operasi. Xbest aaa... 

FPK : Terima kasih kepada Encik Umar sebab ajar guna photoshop. Kalau tak buat menyemak jer benda alah ni dalam laptop aku. Balasannya? Nati aku promote ngko punya blog kat forum2 yang aku join ek! :) *komik punya forum pun aku taruk link siot!!!*



Sunday, February 6, 2011

The Curious Case of Me [Part 2]

Taknak mengarut panjang2,
meh aku sambung balik pasal cerita2 zaman kanak-kanak ribena aku.
Hohoho!!
kalau dalam part 1, aku bercerita pasal live action punya kartun..
Yakni yang include Power Rangers bagai..
Kali ni aku akan compile plak kartun2 yang sebetulnya kartun gitu.. *paham tak tu korang 
punya pasal. hehe...*



Panel kartun no 1
Tomatoman


Kartun paling susah nak lupa. Manakan tak.. lagu dia ajer dok main ulang perkataan tomato jer memanjang. Even baby baru start nak bercakap pun boleh hafal tau. 
Mengisahkan pasal adiwira tomato... err... actually aku tak ingat sangat pasal storyline dia. So pass jer la part review ek! Yang aku tahu.. umur aku 18tahun baru aku boleh makan tomato. Sebabnya? Korang pikir la...

Panel kartun no 2
Dash Yankuro

Seingat memori aku la... Kartun ni popular masa aku umur 11 atau 12 tahun gitu. Sebabnya, tiap2 minggu aku jadi pembekal keter2 mainan untuk kawan2 aku masa tu. Maklumlah.. kakak I kerja supermarket kan. Ambik kesempatan ler jawabnya.. Dan aku sendiri pun ada 3 buah tau. Yang last aku ada.. warna hitam ngan corak spider web kat atas dia. Cun seyh!!
Tapi yang lagi cun.. belakang rumah aku dulu ada satu court yang jarang orang guna. Jadi kitorang yg kreatif ni, kutip kayu2 untuk dibuat litar gitu. Nak beli mahal lo... so gunakanlah daya imaginasi sendiri. Hebat apa...~

Panel kartun no 3
Sailor Moon :P




Awal sebelum Wondergirl ada, nilah yang orang seluruh dunia dok gila. 5 pompuan cantik yang pakai baju sekolah tapi selalu sangat ponteng sebab nak menyelamatkan dunia. Pagi kul 9 wajib kena tunggu depan tv. Show wajib tonton setiap hujung minggu. Hohoho.. Kelabu mata aku jap!



Panel kartun no 4
Dragonball


Disebabkan kartun nilah ramai budak ponteng sekolah. Jangan salahkan kami! Salahkan tv yang bengap sangat gi tayang hari Ahad. Dahla pagi! Kitorang kat Kelantan ni sekola la... 
Tapi ada sesetengah sekolah tu.. adalah ambik inisiatif sikit.. Pasang tv kat kantin. Tapi yang sentapnya. Budak tingkat 3 mana nampak! Aras bawah xper ah. Boleh ngendap celah tingkap. Citt!



Panel kartun no 5
Oggy & the Cockroaches


Sapa tak kenal kucing yang selalu kena buli ngan lipas ni kan? Aksi kejar mengajar paling ganas dan paling panjang dalam sejarah kartun. *Xpaham? Cuba korang bayang rumah Oggy luas mana. Kalah Penjara Pudu dia punya luas tau!*
Yang cheekynya.. masa aku masuk f1, dok asrama. Ada budak f5 main kejar2 depan dorm aku. Siap ada penyanyi latar buat persembahan lagu tema kartun Oggy ni. Hahaha.. I miss my big bro masa tu. Lucu gila babi!

Panel kartun no 6
Keluangman

Dia datang curi malam malam tiba~ lalalala... *uuu.. xingat!* Keluangman keluangman kee~luangman~~
Aku ingat lagi masa dia mula2 kena hantar spital gila. Then dia jumpa kostum Keluangman tu.. then dia start ada sidekick si Tiongman tu. Memang ingat ah semua! 
Best.. Walaupun ramai orang anggap Malaysia punya kartun xder kualiti. Tapi Keluangman terkecuali. Tapi still ramai gak yang tengok kartun ni kan? Even lagu dia buat ringtone lagi... 


Ni pun actually sebahagian jer dari cerita zaman kanak-kanak aku. Rasanya tak sampai separuh pun lagi kut... Iyalah, zaman dulu kita membesar depan tv. Sekarang ni depan skrin komputer. So lain la cerita ngan feel dia tu kan... 
Skang ni yang penting... cari link nak download citer Ultraman Akoto Minami dulu. Chow walabis guys!



Saturday, February 5, 2011

Berita Wilayah Edisi Tak Sempat Siasat



PCB - Malam semalam telah diadakan satu majlis kecil-kecilan untuk menyambut genapnya usia Puteri Vass Not The Pasu yang ke 33. *Oops..slow skit tang umur tu..* Majlis telah diadakan di atas kerusi batu yang ala-ala kayu di sebuah resort tepi pantai di sini. 

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, majlis ini hanya dihadiri kenalan rapat atau bahasa kasarnya 'orang dalam' Puteri itu sahaja. Majlis yang berlangsung hampir 2 jam itu juga turut dimeriahkan oleh kehadiran PG The Pocoyo yang turut membawa hadiah bersamanya. Sumber mengesahkan itulah satu-satunya hadiah malam itu. *Hohoho..*

Ihsan paparazzi atas KB Mall. No wonder hadiah tak banyak eh...
Dapat BAPAK punya hadiah dah tuw!!


Sumber juga memaklumkan majlis turut diselitkan dengan aktiviti suap menyuap kek, umpat mengumpat, ketawa mengilai dan juga sesi pujuk memujuk dengan mata air. Yang pasti, acara selingan terakhir itu yang melibatkan sesi 'engkau merajuk aku pujuk' itu hanya melibatkan tetamu dan tiada kaitan dengan bintang majlis itu.

Oleh itu, kami di bilik berita *termasuk bear2 yang duk atas rak tu..* mendoakan agar Puteri Vass Not The Pasu akan terus maju tak mundur mundur selepas ini. Bak kata pepatah moden. Majulah Gen2 kalau lampu hijau. Sekian.

Antara tetamu yang diangkut untuk hadir malam itu.

Kek harijadi yang tidak pun habis RM20. *kata nyer la...*

Sesi menyuap paling tidak ikhlas yang berjaya dirakam.
Gila kamera la katakan....

Tetamu yang tidak turut serta malam itu. "Lapar..." katanya.
Suratkhabar itu terpkasa digunakan untuk melapik mulut beliau yang tak 
henti2 keluar air liur basi. *Dahsat aaa kucing ni..


Jibam melaporkan terus dari meja poker kepada anda. :)


Wednesday, February 2, 2011

Special Entry [Happy Birthday]



HAPPY BIRTHDAY SIS!


Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki *part ni kena share* dan ditemukan
jodoh terbaik dari golongan yang terpuji. *audition aku jadi juri k!*

Dan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi jaga aku yang
dah besar panjang ni. Sudi bawak pusing sini sana dan sudi menerima masa aku 
amat memerlukan seseorang disisi. TERIMA KASIH


Hehehe.. sowwy.. Gambar jer k. Nak bagi yang betul sen xder. So yang kesian tu...
Paham2 lah yer.. Rajin2 kan diri anda menekan iklan kat sebelah tu ek.

One more thing
Tak lengkap sesebuah sambutan kalau xder lagu kan?
So korang humminglah sendiri melodi dia k.
Aku bagi lirik jer kat bawah ni okay.... :)

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Ikhlas : JibamJaduya 1.25am-02/02/2011


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...