Aku sebenarnya xsuka dah menulis macam ni. Yang lepas.. biar lepaslah. Benda xhepi ni bukannya best sangat kalau nak diceritakan. Menambahkan sakit hati yang masih tersisa dalam hati adalah.
Kawan.. sapa x sayang kawan kan? Orang cakap selain family, kawanlah turutan seterusnya untuk kita jaga. Jaga hubungan, dan jugak perasaan. Betul tak? Xcaya sila check buku teks sekolah rendah. Confirm ada laaa bab ni.
Tapi yang menjadi masalahnya sekarang. Bila kawan yang kita anggap dah macam family, pernah susah payah bersama, makan sepinggan, tidur kepala berlaga siap tiba2 berubah.
Kalau ke arah kebaikan tu.. xkisahla. Ni makin buruk. Buruk yang kadang2 membuatkan kita terfikir.. wajarkah kita terus anggap dia sebagai seorang kawan? Hurmm..
Terus terang.. aku ni jenis yang mudah terasa. Entahlah. Nak kata sensitif~ Kadang2 aku pun main lepas ikut suka jer. Tapi aku rasa la.. lepas aku pun~ Aku masih lagi cuba menjaga perasaan orang.
Kalau seorang kawan mengutuk kata aku lembut. Biarlah... at least tu karekter aku. Cuba korang berada di tempat aku. Tengok dari sisi hidup aku ni. Korang rasa korang mampu ker?
Kalau seorang kawan kata aku ni meyusahkan. Biarlah... Setakat aku susah ni.. jarang sangat aku guna perkataan tolong. Sebabnya? Aku xnak terhutang budi. Bagi yang betul2 faham.. diorang ikhlas tawarkan bantuan. Bagi yang tak faham.. xper. Aku still ada kaki untuk berdiri sendiri. Susah pun susahlah. Janji aku hepi!
Kalau seorang kawan tiba2 nak menjauhkan diri dari aku. 2 langkah dia berundur.. sepuluh langkah aku dah berlari ke belakang. Buat apa kita sibuk mengejar orang yang x sudi kan? Lagipun x berbaloi menebalkan muka untuk seseorang yang x mengerti makna sebuah persahabatan ni. Buang masa jer.
Bagi semua yang pernah aku suarakan permintaan sepanjang minggu lepas. MAAF. Aku betul2 terdesak masa tu. Terdesak yang menyebabkan aku terpaksa suarakan jugak masalah tu untuk korang tolong aku. Ingat~ Korang bukan pilihan pertama aku, tetapi TERAKHIR.
Kalau xkerana semua rancangan aku tak menjadi di saat2 akhir, aku xkan susah payah mencari korang. Aku pun ada harga diri yang nak dijaga. Jangan fikir kepala otak korang jer.
Kalau xboleh.. cakap jer xboleh. Aku bukannya bodoh sampai xboleh terima. Ni dahla korang lengah2kan masa aku, lepas tu jaja pulak cerita pasal aku terpaksa sembah kaki korang untuk sedikit belas.
Come on...
Sejauh korang kenal aku.. sejauh tu jugak aku kenal korang semua. So xpayah nak berlindung atas nama menjaga hati kawan. Fikirla.. xkan kerana seorang perempuan korang semua nak jadikan aku musuh kut~ Grow up la bai~
Pesan akhir aku.. kirim salam kat dia. Kalau dia dah terasa hebat. Silakan. Add aku kat Facebook. Xpayah pasang spy2 semua. Aku malas nak menjawab soalan2 reporter2 dia tu. Kalau dia rasa dah hebat sangat, jom kita tengok siapa yang last2 akan dapat title babi tu. Okay?
p/s : kenapalah aku layankan jugak korang semua ek?! Hadoi!!!
No comments:
Post a Comment