Petang tadi saya teman my sis pergi beli barang. Macam biasa~ kalau my sis.. bersiap pukul 4, pukul 6 baru jalan. Jadi sempatlah saya membuta kejap. Letih puasa katanya...
Keluar tu.. mula2 cari rezeki dulu. Penting tau~ Xder rezeki xleh membeli.. kan.. So selepas naik 3 bonggol ditambah 4 lagi yang maha azab besar~ Dapatlah kitorang rezeki untuk sesuap nasi petang tu. Best!! Tetiba rasa macam akulah manusia paling kaya!! Walaupun sah2 naik Camry pinjam jer.. Uhuhu...
Selesai cari rezeki, terus pecut kereta masuk KB. Destinasi? Kedai... err xingat nama. Tapi yang sure kedai tu jual barang plastik. Tujuan pergi kedai tu pulak, nak belikan besen basuh baju kat maa. Padah curi besen dia buat kolam kura2 katakan. Hihihi..
Now.. masuk acara jalan2 cari pasal. Besen xjumpa lagi my sis dah siap berkenan ngan bekas air kat tangga tuh. Rosak rancangan. Daripada nak beli besen yang harga 26++.. bill last tetap jadi 100++. Tu pun xmasuk lagi ada satu barang yang tertinggal. Nasib~
Balik rumah terus humban besen dalam bilik air. Maa nak basuh baju katanyaa.. Then saya sambung buat kerja suri rumah. Kemas situ sini.. Buat2 rajin situ sini.. hehehe
Mula2 maa memangla bersemangat guna besen baru. Tapi ingat yaa.. mula2.. Yang xbertahan setengah jam pun. Siap ajer basuh baju, dia terus komplen besen tu besar. Berat nak angkat bila dah isi air. Terus saya pandang muka abah yang otomatik pandang jugak muka saya. Tersenyum...
"Aiyoo nyonya~ tadi lu cakap mau itu besen lagi besar dari lu dulu punya besen maa.. Sulah la itu harga manyak mahal.. Sikalang lu komplen itu macam aaa.. Sangat2 tidak syukur loo.. Lezeki olang bagi telima saja sudahla.. Aoyoh!!!"
Kata saya dalam hati la.. Depan2 mau nak kena leter balik ngan nyonyakah? Xrela saya...
Kalau saya beli yang camni~ Sumpah nyonya basuh baju guna mesin terus! Hahaha!!
Habis yang petang. Masuk bahagian yang malam pulak.
Kali ni saya dan my sis turut disertai anak my sis dan jugak Encik Umar..
Tapi sebelum saya cerita apa aktivitinya.. Mari saya bawa anda kepada perbualan ringkas saya dan my sis di dapur sebelum kitorang keluar ya...
My sis : Adik, tadi aku cakap ngan lubuk emas. Aku cakap la kita nak keluar ni.. Beli barang anak aku. Dia nak ikut.
Aku : So?
My sis : Aku cakaplah Encik Umar ada skali. Dia pun merajuk la! Terus dia cakap.." pergilah tuan hamba semua berpesta. Tinggalkan hamba kelonelyan disini seorang diri."
Aku : Siyes? Pastu?
My sis : Aku cakapla.. "Bukan apa.. Kan awak bergaduh ngan Encik Umar~ Ni dia balik skali skala.. Bawak la dia jalan2.. Kang karang kita nak keluar makan. Saya hantar la dia balik dulu.. Okay?" Pujuk kau.. takut lubuk xberoleh rezeki malam ni..
Aku : Oooo.. so camner ni?
My sis : Natilah dulu! Let me finish my story first~ Dia pun cakapla.. Bila masa dia bergaduh ngan Encik Umar? Xder hallah! Dah nak pergi beli barang tu.. gilah dulu.. Nanti selesai semua kita gi makan la kat Abang Bulan sekali.
Aku : Oooo.. Jadi Encik Umar ikut skali la upacara pam lubuk nanti?
My sis : Yup!
Tamat cerita.
Saya pun keluarlah kat ruang tamu ngan muka slumber balada. Berlakon okeyh!! No one need to know about our plan. Including abah dan Encik Smoker yang berlubang kerusi hitam legam dek jasa rokok hijaunya itu.. Takut kena pow kata my sis~ Hehehe..
Jadi bermulalah pula pengembaraan kami untuk belah malam...
Bestkah? Nantikan sambungannya selepas ini. Sekarang saya nak melepak dalam tandas jap. Bilik saya pun dah berbau harum semerbak dek bau ni.. Kui3....
Bestkah? Nantikan sambungannya selepas ini. Sekarang saya nak melepak dalam tandas jap. Bilik saya pun dah berbau harum semerbak dek bau ni.. Kui3....
p/s : kucing saya buat derk kalau orang lain marah tapi akan menangis bila saya tinggikan suara. Macam tu pun xhebat lagi? Ish ish ish....
No comments:
Post a Comment