Pages

Wednesday, August 10, 2011

Program Sehari di SS3

Sebagai salah seorang admin group. aku ucapakan setinggi2 terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi terlibat. Walaupun xramai~ Kita tetap enjoy!!!

Antara yang sempat aku proses sepanjang hari tu. ^^
-Tterkejut bila dimaklumkan yang program berlangsung di dewan. Bukan di kelas seperti dimaklumkan awal dulu.
- Series malu nak jumpa cikgu2 lama. maklumlaa... rambut I merah U! haha
- Cikgu2 buat surprise kali kedua bila bagitau yang setiap seorang daripada kami kena perkenalkan diri kepada semua pelajar. Paling cuak. Aku. Paling sempoi~ Ustaz Juwe. Panjang koo di punya pengenalan diri..
- Drebar peribadiku juga turut tidak terlepas dari sesi suai kenal. "Abe blajar bawok kapal tebey~ Sapo sini nok blajar bawok kapal terbey?!" Wahh!! Respons ramai koo~ Jeles I!
- Admin paling hensem antara kami berempat, Cik Hakim. Tabik aaa!!
- Admin paling sengal, Pok Oak. ade jer benda dia nak kenakan aku!
- Admin merangkap orang paling busy berurusan dengan Guru Besar, Mr, Jude sama cuak dengan aku. Nak tahu macam mana aku perasan? Tengok mata dia, berkelip jer memanjang! Haha

"Idola abang Justin Bieber. Adik2 kenal x~"

- Senyap2 menyusup ke belakang dewan untuk cari anak sedara Zee. Nasib jumpa! Besar dah budak tu.. Kikiki.. Pe2 hal kem salam kat mama. Auw!!!
- Masuk aktiviti menjawab soalan, semua turun pentas untuk join. Let's go!
- Boleh dikatakan kami semua banyak berada di area belakang dalam dewan tu. Maklumlah.. ramai budak2 lemah subjek Matematik kat situ kan~
- Cik Yan hilang mood kejap bila Ustaz Juwe tersalah ajar teknik mengira pecahan kat bebudak tu. Ada ker 3/8 x 450 keluar 50. Konfiden betul Ustaz tu sorang. Haha!
- Ada budak tanya aku.. "abang kaler sendiri ker ramabut tu?" Siyes terkedu jap.
- Program berakhir dengan sesi pemberian cenderamata dari pihak sekolah berupa buah kurma. Awal2 lagi Pok Oak dah warning kat kitorang.. "Kurma tu biar sampai rumah dalam keadaan xterbukak lagi okay?!" Menurut perintah Tuan Doktor~

Head prefect dan head class yang memang big head zaman skola dulu~ Best student katakan..

Tetiba feeling2 nyanyi lagu sekolah. Nasib aku ingat lagi sikit...

- Sesi melawat kelas. Xtau pulak aku skarang ni kelas dah xpakai blackboard~ semua cuma ada whiteboard dan dilengkapi projektor khas untuk sesi belajar. Gempak siol!
- 6 Damai. Damaikah?! Aku rasa sama  havoc jer ngan kelas2 lain kut..

Bakal doktor dan jurutera kebanggaan Redland

- Sesi mesyuarat J/K reunion. Kerja yang melibatkan PR semua kena atas aku. Nasib ada Mr. Jude yang tawar diri untuk membantu. TQ!
- Sempat mengayat cikgu2 fardhu ain. Hahaha.. korang memang xberubah!
- Aek.. walaupun umur dia muda setahun dari aku. Tapi aku anggap dia macam abang dah. Asal Pok Oak sound jer, wajib aku mengadu kat dia. Kikiki...
- Berakhir dengan sesi bergambar lagi. Dah betul2 selesai semua, baru cabottt!!! 

Terima kasih buat cikgu2 yang memberi kami peluang untuk menabur bakti walaupun hanya sekelumit.
Untuk adik2.. selamat menempuh trial next week dan seterusnya the real battle lepas raya ni.
InsyaAllah kalau xder halangan, raya ke-3 ni kita jumpa lagi ok! 
SS3 sebagai wadah perjuangan semua pelajar. TERIMA KASIH.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...