Pages

Wednesday, August 17, 2011

Kucingku... (xder tajuk nak letak dah~)

Di pagi hari yang...... indah ker? Tak taulah saya~ Dalam bilik ni gelap xnampak hapa2..
Saya nak bercerita la sikit pasal kucing peliharaan saya.

Mengikut surat kelahiran yang xsempat nak copy.. Nama penuh dia  bermula dengan Princess. Princess apa tu xtahu la pulak. Mungkin Princess D'Mobil Ku Berlari kut. Maklumlah.. kecik2 dulu kutip kat stesen minyak jer kan. Yang penting skrang ni guna nama glemer lagi senang. Pise. Kalau nak kelas sikit 'e' kat blakang tu tarik panjang skit.. 'eeeeyy' Ala2 cina bukit punya pronounciation.. Ahaks!

Zaman hingusan~ Layan klip video Miss A kat Youtube lagi.
Berangan nak tiru la tuw!

Okay.. Back tu story mory of the day.
Kucing saya ni cukup lincah. Pantang nampak ada kucing masuk rumah. Semua dia kejar. Tapi sampai muka pintu jerla~ Kalau lepas pintu tu.. alamatnya dia la yang dikejar pulak.. Hehehe..
Kalau bab tangkap tikus pulak. Huish~ memang pro! Siap dia buat demo depan kitorang ngan anak tikus x berdosa tu. Kesian tau! Nasibla ko makhluk perosak kan!

Jadi.. bila hari2 dok membesar depan mata ni.. Saya ngan my sis xsedar.. Rupanya dah besar Si Pise kitorang ni. Bak kata orang tua~ Makin besar.. makin menggatal la ia. Kan.. Jangan ditanya mana saya dapat ayat ni. Main redah belukar jer sebenarnya. Hehehe....

Maka pada hari Jumaat yang lepas.. tibalah masa Si Pise ni mengakhiri zaman anak daranya. Mula2 tu.. saya pun xperasan.. Tapi bila tabiat dia berubah. Saya peliklaa..
Sebelum ni.. penuh gaya ketimuran.. Mengiau pun halusss jer. Kadang2 bukak mulut xkeluar suara pun. Sekarang ni.. riuh sekampung suara dia. Dahsyat...

Tu xmasuk bab tonggeng menonggeng depan orang ramai. Saya ni.. kalau manusia~ biasalah kalau aksi2 cam gitu. Tapi ni kucing. Isyy.. musykil lah! Ni kita tiru binatang ker.. binatang ni yang tiru kita? Pelik pelik...

Selepas mendapatkan nasihat pakar.. iaitu abah. Saya pun berpesan la sepatah dua kata kat kucing saya tu.. Pesanan terakhir sebelum pecah dara temanya..
"Ko.. nak cari laki.. Cari yang cantik~ Ekor panjang, bulu tebal, muka cute. Mamat ko jangan letak dalam list tau!" Merujuk kepada seekor lagi kucing rumah saya ni. Ahaks!
Lalu bermulalah perjalanan Si Pise menempuh alam berumah tangga pulak.. Kan..

Ingatkan kitorang sebuah rumah ajer yang busy body pasal benda ni. Rupa2nya.. auntie sebelah pun ikut sama menyebok tau! Auntie tu cakap kat abah.....
"Lu punya kucing sama itu bapak kelabu satu hari BERGOZA depan rumah saya tau! Free public viewing gituh.." Goza? Yup.. Istilah yang sering digunapakai my sis untuk menerangkan situasi itu kepada anak perempuannya. Ala~ ayat manja budak2 sekolah kan..

Masa ni.. saya tersenyum sorang. Yalah~ xsangka kucing saya dengar nasihat. Biasa dia gigit hidung jer pandai. Hiks! 
Tapi sedih la jugak.. Sejak2 dah berumahtangga ni.. Jarang dia balik. Kalau balik pun.. Sekadar jenguk bilik air jer~ Motif apa pun saya tatau.

Pagi kelmarin dia keluar. Buat aksi lompat pagar lagi. 2 hari saya cari tau. Baru pagi ni nampak muka. Tu pun sebab dia mengiau kuat sangat sbb gayat xleh turun dari bumbung.
Nasib saya ni seorang yang prihatin. Usaha la panjat almari bilik stor tu kerana kucing sekor. Mana nak cari zaman sekarang orang yang prihatin bab2 gini ni kan?! Eh eh.. terlari topik pulak..

Zaman anak dara. Ikut suka dia jer melepak depan pintu. Ingat model ke hapa?!

Masuk jer dalam rumah.. Terus saya geleng kepala. Bukan dangdut tau~ tapi terkejut. Terkejut sebab kucing saya yang putih tu dah bertukar kaler cam arang batu. Yang dulu gemuk.. nampak makin slim. Hishh.. Laki kau x mandikan ker? Kurus ni.. mesti kes kena buli ngan mertua xnak bagi makan kan? Terus saya sumpah tuan kucing kelabu tu.. 
Dalam hati~ "Siapla ko kelabu.. Ko bawak kucing aku lari nikah seberang~ tapi ko xjaga baik ek.. Tunggula aku dapat peluang. Confirm kena libas ngan selipar tebal 4 inci my sis muka cute ko tu kucing." Feeling2 tuan prihatin menjelma dalam diri gituh...

My sis pulak masa tengah kemas dapur lepas sahur tadi bagi soklan sains darjah 6 kat saya..
"Kucing mengandung xlama kan? Bukan macam manusia kan?"
Dengan konfiden berdasarkan pengalaman jadi bidan kucing masa umur 9 10 tahun dulu.. saya pun jawablah.. "Xla~ sebulan dua jer" Nak tambah konfiden, saya tambah lagi contoh. "Ko tengok kucing kat depan tuh.. Ni dah masuk kali ke-3 dia beranak tahun ni. Tapi sayang ibu jer bengap bodo xpandai jaga anak!" Merasa jadi  menteri hal ehwal komuniti kucing benterrr..

Sementara menunggu masa Si Pise tu nak jadi ibu.. saya pun suggest la kat my sis untuk hantar Si Pise tu gi kursus asas2 keibuan. Xjauh pun.. Belakang rumah jer. Ngan si nenek tua yang garang tapi hidup harmoni anak beranak tu.. 
Lepas semua setuju.. saya pun carilah kucing saya yang baru balik tu.. Cari punya cari xjumpa. Saya panggil xdatang. aihh.. mana pulak kucing nih?

Rupa2nya dalam diam dia lari balik pergi rumah mertua dia. Konon2 xdapat nak berpisah ngan balak dia ler tu. Saya terus kelu sorang2 depan pagar rumah ditemani irama lagu Jangan Pisahkan yang ntah dari mana tiba2 sayup kedengaran.
Hai.. kucing kucing~

p/s : Masih dalam mood hepi makan eskrim mcD~ Tu pasal rajin sampai buat 4 entri tuh. 2 sini.. 1 kat xlehnakspot and another one yang xsudah kat Kundur~ ahaks!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...