Hah! Banyak la ko punya mission impossible! Sekali kena ayat abah terus pitam jadi Kim Possible. Hahaha!!
Alkisahnya kitorang yang merangkumi my sis, Cheya, Chesu and of cozlah aku *hello?!* tengah berkeluh kesah memikirkan keadaan abah yang xberapa nak sihat seminggu dua ni.
So selepas abah curi2 gi buat checkup kat klinik satu malam ni~ tahulah kitorang yg abah sebenarnya memang xberapa sihat. Kemuncaknya, doc kat klinik tu nasihatkan abah untuk dapatkan full med checkup kat hospital terus.
One thing pasal abah ni.. kalau boleh dia xnak orang keliling dia tahu pasal dia. Xnak menyusahkan katanya. So bila Si Tenuk yang malam tu menemani dia ke klinik gi buat2 prihatin depan my sis. The End. Terus terbongkar. Hahaha!!
So kitorang berempat pun teruslah rangka satu misi bersama iaitu 'misi ikut abah gi hospital sesambil buat2 menyebok.' Kan~ panjang tapi xkelas langsung nama misi itu. Ahaks!
Tapi macam aku ceritalah. Abah ni degil tau! Xnak bagi sesapa ikut. Habis misi senang jadi mission impossible terus. Haiyohh..
At first.. untuk cover line. Kitorang pakat2 suh Si Tenuk tu ikut. Yerla~ dia orang luar. Sah2 abah bagi. Kalau aku? Wajib abah suh bagi alasan macam2 sebab nak mengikut tuh. Hishhh
But tenuk will always be tenuk. Orang tua tu pukul 10.30 pagi dah terpacak depan hospital ko xbangun tido lagi. Apakes?! Jahanam misi weolls uols! Urghh...
But Alhamdulillah... Tengahari tu abah balik kejap. Katanya doc suh gi balik kul 2 pulak untuk ECG. Sepagi tu cuma sempat buat Brain MRI kekdahnya.
Ha... aku apalagi. Teruslah buat feeling2 manja nak mengikut.
Banyak lah aku reka cerita. Kata nak beli makanan kucing la~ Nak beli komik la~ Macam2!
Dan bila abah senyap *tanda xberapa nak bagi lagi..* aku terus cakap yang aku tunggu luar jer.. xyah masuk pun masa abah jumpa doc tu. Feeling2 merasaa first time melawat hospital pakar la gamaknya yer~ Hahaha!!!
Alhamdulillah. Mujur kali ni abah setuju. Hiks suka!
Seperti yang telah kitorang rancangkan awal2 lagi... tugas aku mudah jer. Tengok apa jenis checkup yang abah buat.. nama doc yang terbabit.. senang Chesu nak buat rujukan lepas ni.. and of cozla curi2 dengar perbualan abah dan Si Doc itu.. Hohoho!!! *matilaa tercekik asyik nak ketawa!*
Maka bila sampai jer kat sana tu kan... tangan aku terus cepat menaip2 semua yang perlu. Kena buat note okeyh!! Ko hengat aku ni suka menghafal ker?
Mula2 teman abah gi bilik nak buat ECG tu. Aku yang memang benak ngat bab2 perubatan ni terusla kepoh2 bertanya abah pasal benda alah ni. Nasib abah penyayang. Terus panjang dia bercerita.
Dan masa kat bilik doktor tu, semua aku catit tau! Nama penuh doc sekali ngan bin and of coz jawatan dia. Mudah kerja Chesu nak refer. Siap pembantu doc tu pun aku ushar nama dia tau! Mwahaha!!!
Masa abah buat sesi konsultansi tu pulak, aku bertenggek menunggu kat luar bilik. Kekdahnya.. kerusi aku duduk tu bersebelahan ngan meja kopi yang betul2 terletak tepi pintu bilik doc tu ha.. Apalagi~ terus aku menongkat siku atas meja tu sesambil pasang telinga. Hahaha!! Dahsyat! Cari nahas betul!
Selesai acara, abah keluar bergaya. Ala2 xder apa2 berlaku la..
Chewah!!! Nak tipu la tuw! Apa dia ingat aku xdengar apa doc tu bercerita. Gara2 berlagak jadi ejen talam bermuka2 tu, habis berserabai rambut ala korea aku ni tau! Huff.. *aksi tiup rambut Hyunbin. Hoho!*
Sampai jer ke rumah lewat petang tu.. Terus buat report lengkap hantar KL. Dahla kena buat 2 salinan. Campur satu jawapan lisan, cukup tiga.
So now, tugas2 seterusnya dah diagihkan. Aku, my sis, Cheya and Chesu.
Yang pasti, kitorang dah xboleh biar abah buat apa sorang2.. Everything kena berteman. Kalau aku xder.. Si Tenuk atau Si Bab! kena ikut. Terdesak sangat pun... Cik Demi pun kena join skali.
Abah adalah segalanya.
Ayah, kawan, cikgu, chef, commentator.. semua!
We love you Abah! Muacksss!!!
Lagipun kitorang xnak rasa terkilan kalau apa2 terjadi kat abah. Selama ni semua benda dia yang sediakan. Dialah cikgu dalam rumah. Jadi sekarang, dah masanya untuk abah rehatkan tubuh dia tu. Kurangkan rokok.. kurangkan minum air2 yang xperlu.. berjaga malam.. semualah.
Senangnya kitorang nak abah sihat. Sihat tubuh badan, sihat akal fikiran. Cam aku selalu cakap kat abah. Bila abah hepi, kami pun hepi! Yippie!!! =)
p/s : Pecah rahsia yang rupanya Si Tenuk pernah marah2 aku depan Cik Demi sbb aku suruh Cik Demi simpan baju dalam almari dia. Eh hello?! Tu baju Cik Demi. Almari Cik Demi. Pompuan. Aku ni lelaki. Abang. Kena ada batasnya tau!
Bukan macam kau! 24jam ada peluang nak masuk berlingkar atas katil my sis. Wadehek?! Ko sapa ha?! Aku yang duk serumah ni pun jarang sekali masuk bilik tu. Ni kau sesuka sesedap rasa jer buat hal. Aiyoh! Bodoh punya tenuk!