Pages

Wednesday, November 9, 2011

Life. Chapter 9

Dulu... suatu ketika dulu.. aku pernah janji yang xkan jejak kaki dah lagi ke tempat ni.
Kenapa dan mengapa.. biarlah aku simpan dalam sebagai rahsia sulit persendirian. *alaa.. habis2 nanti aku dedah gak kat 1001 macam the series tuhh..*

Tapi semalam.. masa kitorang kat atas KB Mall.. my sis berkenan ngan sehelai short dress ni. Jujurnya.. aku sendiri memang turut sama terpesona masa tu. Warna putih dengan jahitan kelopak ros di bahagian bawahnya. Such a nice structure for a short dress like that u see!

My sis pun tiba2 cakaplaa...

"Krismas ni aku nak pakai dress ni dan bawak kau gi sana sangat2."

Aku masa ni hanya mampu senyum xkata apa2..Yang penting sekarang ni.. dia nak beli ke tak baju tu.. and of coz lah.. kemudiannya baju raya aku pulak~

And talking about my sis, dia memang faham bila aku xselesa dengan perkara yang dia nak buat tu. Terutama bila aku akan join sekali. So sekali lagi kat rumah.. dia luahkan kata2 ini..

"Aku nak bawak kau pergi nanti sekadar mengenal tempat..
Tapi pasal benda lain~ aku xkan ajar.. jauh sekali nak 
kau cuba.
Yang tu.. atas kehendak kau sendiri lah. So pikir2 lah k."

Aku bab berfikir memang fail. So teruslah Cik Zee dicari. Urgent and important. 
Aku pun cerita kat dia apa yang bersarang kat benak rama2 aku ni. Dan selepas berfikir panjang.. Cik Zee bagi ayat ni kat aku..

"Saya xkan kata apa2 untuk menghalang ataupun menggalakkan awak.
Cuma.. jangan bebankan diri.
Kalau awak rasa yang awak okay.. go on.
Tapi kalau x~ anggap saja pelawaan dia tu bukan lagi masanya untuk awak terima."

Dan tentang cerita lampau.. Ini pula kata Cik Zee..

"Yang tu.. antara awak dan keluarga awak. Benda yang xpatut saya campur.
Bagi saya.. yang lalu tu dahpun jadi sejarah.
Dan jika 'sejarah' tu menyekat kita dari menjadi diri kita~ saya rasa awak perlu belajar untuk melupakannya. 
Ingat.. xsemua benda tu harus disimpan selamanya dalam hati Ajib."

Terima kasih Zee.. Kata2 awak banyak membuatkan saya mula memikirkan semula perkara yang berlaku sebelum ini.

Jadi sekarang ni... saya memang masih xboleh beri kata putus. Walaupun kata2 Zee berjaya mencelikkan mata saya.. Ada seseorang lagi yang perlu saya dapatkan pendapat iaitu Abah.
So for now.. benda ni akan tetap tergantung disini. 

p/s : Saya xtakutkan keluarga~ tapi saya takutkan pengaruh kuat mereka disana.. Thanx Cik Zee!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...