Pages

Tuesday, November 8, 2011

Ajib Show. 'Makan Mecap'

Entri saya hari ini adalah berkenaan satu tabiat yang boleh  kita jumpai kat mana2 ajer atas muka bumi ini. Iaitu...

"Makan Mecap"

Apakah itu makan mecap? Makan kicapkah?
Bukan.. makan mecap dalam bahasa ibunda pertiwi saya iaitu Kelantan membawa maksud makan dengan mengeluarkan bunyi. Nak senang lagi... makan sambil mengunyah keluar lagu cap! cap! cap! katanya..

Sebelum memanjangkan diskusi berbentuk karangan ini.. Ingin saya memetik kata2 my sis di suatu pagi yang hening ketika saya dan seorang lagi rakan menjamu sarapan bersamanya..

"Dalam ramai2 manusia yang pernah aku jumpa kan~ hanya kau ngan pablo ajer yang reti  makan xberbunyi. Xmecap."

Reaksi saya ketika itu amatlah teruja gembira. Siap main tutup bukak lubang hidung lagi..
Tapi sekarang ni bukanlah niat saya nak berbangga dengan pujian itu.. Saya cuma nak menyatakan apa yang saya fikir apabila my sis membangkitkan perkara ini..

Bagi saya... 'makan mecap' ni xelok.. Kenapa xelok? Sebab itu bukan adat orang melayu.. Saya pula sejak kecil memang dibesarkan penuh adat kemelayuan menular jauh di pelusuk sanubari. Tua2 ni jer tiba2 nak beradat Korea bagai~

Pengalaman saya.. dulu.. saya pernah ditampar kakak saya sendiri ketika mengeluarkan bunyi ketika makan. Katanya...

"Kau kenapa makan kena bunyi2? Xreti ker tutup mulut tuh?!
Apa ko ingat orang semua nak dengar bunyi kau mengunyah tuw?!?"

Satu peristiwa yang berjaya mengubah tatatertib saya di meja makan...
Dan sejak hari itu.. saya merasakan menjadi keperluan untuk saya tidak membuat bunyi2 aneh ketika makan ataupun mengunyah sesuatu. Kalau terkeluar jugak.. akan cuba saya usahakan untuk menutup mulut. 

Kini.. bila saya melihatkan ada sesiapa saja yang melakukan aksi 'makan mecap', secara automatik saya taruk label kat dahi dia xberadab. Pap!! bunyi label melekat.
Bayangkan.. dalam sepuluh yang duduk semeja... Sorang jer yang berbunyi mengalahkan tv yang bising orang duk tengok bola. Apa jadahnya~?!

Betul.. ada sesetengah negara menganggap perkara ini tak salah. Cuba tengok Jepun. Mengeluarkan bunyi ketika memakan ramen diibaratkan seperti anda berterima kasih dengan hidangan yang disediakan tu. Tapi tu jepun. Kita?

Selain daripada pernah dijajah dan selipar jepun.. Xder benda pun yang boleh kaitkan kita dengan mereka. Bak kata sorang rakan..

"Bagus menghormati dan mempelajari budaya orang.. tapi bila adat dan adab negara sendiri dilupakan... mana nilai jati diri seorang anak tuah di mata dunia?

Hebat sungguh kata2nya. Walaupun saya sendiri xberapa paham.. saya rasa kata2 dia ni sesuai nak ditaruk sekali kat sini kut... Jadi kita teruskan.

Akhir kata dari saya.. Bagi yang suka 'makan mecap' tu.. belajar2 lah untuk menutup mulut. Sayang jika paras rupa boleh dijual tapi adat segala xterjaga yer dak? Lagipun benda xsusah pun sebenarnya... lepas suap.. ngapp.. terus tutup mulut. Biar jer gigi buat kerja.. Siap2 telan. Selesai...

*pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Ajib@JibamJaduya khas untuk peminat2 k-pop sekalian.. Sekian.*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...