Disebabkan entri ni ditulis di pagi hari dengan perasaan hati yang berbunga riang, maka haruslah saya menyatakan beberapa azam saya untuk hari raya haji yang bakal tiba ini. *ko hada angan2 cenggini?*
No SATU!
Paling penting... xbuat ko rugi. Eh silap. SAYA RUGI!
-kemas rumah. well~ macam hari2 biasa cuma kali ni ditambah ngan acara lap2 kipas, lampu, frame gambar, cermin dan semua jenis benda yang berhabuk kekdahnya.. *argh!! matilaa lelah!*
KEDUA.
Penting jugak!
- Shopping. Walaupun kami 3beranak termasuk seekor makhluk lagi tu jer beraya, shopping tetap jadi perkara wajib. Kata my sis..
"kita tetap kena buat feeling2 meja penuh pagi raya tu. pastu ambik gambar send kl nu hah.."
Cenggini la perangai anak2 bila ibubapa pergi beraya kat perantauan kan.. uhuk2.. T_T
KETIGA!
Masih lagi penting.
Masih lagi penting.
- Basuh baju yang terendam dalam bilik air tu ha. Kan motif saya nak beraya pakai jaket putih. Harusla kena basuh penuh adab ngan tertib. Sekali saya langgar pantang larang semua~ kuning la jaket baru ittuw~ Waa!! Xmo! Xmoo!!
KEEMPAT.
Four kata mat saleh. Masih lagi melibatkan baju. Tapi kali ni...
- Ambik baju my sis yang terlantar sakit kat dobi sejak sebulan yang lepas lagi tu haa.. Dibuatnya tukang dobi tu jual sebab xberambik kang mampus saya dikerjakan my sis esok!
KELIMA.
Hurmm jap dok tengah pikir.. Apa ek? Oh! Oh! Ingat dah!!!
- SEMBAHYANG RAYA!!! Matilaa wat2 lupa~ Tapi sebenarnya saya xder masalah.. makhluk sekor tu jer... orang Jumaat pun still berdengkur~ ni pulak suh bangun pagi.. hahaha!!
Tadi abah bagi pesanan sikit kat dia.. tu pun sebab abah wakilkan dia untuk korban tahun ni..
"ko bangun kul 8.30 tu.. pastu cepat2 gi tempat orang korban sana... ko jangan buat bangun tengahari pulak!"
Kan.. nak tau jawapan dia? Ini dia....
"bereh! lepas sembahyang raya tu orang gi slalu!"
Saya kat tepi hanya mampu menundukkan muka memandang lantai sesambil tersenyum sumbing... Ermmm......
KEENAM.
Six. Bukan sixth sense tau! Benda tu xder kena mengena lagi setakat ni.
- Senyum sepanjang hari. Yess... benda ni kena masuk dalam azam okay~ Saya sehari dua ni moody tau! So kalau boleh... hari tu saya nak jadi model colgate sepanjang hari. Boley?!
Habis ngan yang penting... Now kita masuk pulak.. Important but not urgent. Ehei!! Merasa cam buat report zaman kerja dulu.
TUJUH.
Seven. Nak kelas lagi.. Se7en. Cam nama kucing gothic saya tu ha.
- Mandi wajib. Matilaa statement. Haha! Well~ entri ni ditulis jam 2.15 am okay.. Harusla mencucikan diri apa yang patut kekdahnya... Hahaha!!!
Hujung belah kanan tu la se7en.. si minah gothic.
Paling manja.. 24 jam nak meyendeh ngan orang je kerja.
LAPAN.
Bukan lipan. Yang tu simpang bertingkat saya xnak junpa dalam bilik air. Geliss okay!
- Try jacket baru. Pastu feeling2 artis rookie baru nak naik. Mwahaha!! Bab berangan tetap important. =)
Next... beberapa perkara yang masih direnung dan ditenung saya. Yerla.. takut2 xjadi ker hapa... Naya. So ni benda xleh promise tapi kalau ada rezeki.. InsyaAllah terlaksana.
- Gi Redland.
- Raya rumah Cik Marina.
- Raya rumah kengkawan.
- Raya rumah mak angkat.
- Raya rumah mama.
- Raya ngan.. tett!!!
Hahaha!! Terukkan saya ni? Ada hati nak buat semua tu walaupun sen teramatlah ciput tahap gaban.
Untuk tidak mengeruhkan keadaan.. saya xjanji apa2. Kalau pergi.. sampailah. Kalau x.. raya depan matilaa saya kena sumbat ngan torpedo kat mama. Kan? Kan? Kan?? Cik Zee... anda hebat!
So peace. Babai!
p/s : Asal nak raya jer wajib ada santa bagi duit. Cutekah saya wahai Cik Santa?
Apa? Xcute? Jahanam sungguh Cik Santa ni. Tapi xperla.. sebab duit saya redha~ Hua3!!!
- matila entry xder kaitan ngan tajuk. Haha!
No comments:
Post a Comment