Pernah dengar misai kucing? Xpernah? Sila google.... *matilaa semua benda kena google.*
Skang ni aku nak crita sejenis lagi pohon yang ada kaitan jugak ngan kucing. Nama dia...
Pokok Akar Kucing Galak
Pernah dengar? Apa? Tak? Mampusss nak kena google lagi~
Tapi dun wori.. kali ni biar aku yang tolong cerita. Hehehe...
Pokok akar kucing galak (PAKG) ni sebenarnya adalah sepohon pokok yang digunakan oleh orang2 tua dulukala untuk menggalakkan mana2 kucing yang kurang sihat.
Cara dia senang sahaja.
Mula.. anda gi carilah PAKG ni yang boleh didapati kat mana2 dalam Malaysia ni. Oh dan rupanya cam gini haa..
Gambar digoogle. Hehehe...
"Ooo.. pokok ni.. Kat semak belakang rumah aku tu banyak.."
Kan... bukan setakat belakang rumah jer.. Even tepi2 jalan banyak dek non.. Aku ni ha.. Kutip depan rumah jiran tu jer.. *xkena gaya orang suspek aku buat jahat. haha!*
So apalagi.. Cepat2 gi ambik nuh!
Cara kegunaannya mudah. Time ambik tu.. cabut sekali ngan akar2 dia. Pastu korang hempas la kat pintu ker.. batu ker.. apa2lah akar tu sesambil nyanyi lagu Beyonce Single ladies tuh... Nak lagi power ko menari sekali. Hehehe...
Ohei!! Xderlah! Sebenarnya tujuan dia hanya nak buang tanah sajoss.. Kan nama dah akar kucing. Sah2 la kau nak bagi akar tu kat kucing kan? So.. pikirla.. xkan nak bagi ngan tanah penuh bertempek kot... Kena dibuatnya kucing korang cam Pise aku~ sekali dia buat muka xpuas hati.. Jawabnya berbekas jalur adidas la kat muka korang semua...
Gambar digoogle jugak.
Tengok berapa excitednya kucing2 tu bila dapat akar kucing galak ni? Hohoho..
Aku belajar pasal benda ni kecik2 lagi. Dulu arwah mek selalu berikan akar ni kat kucing2 kitorang yang tengah down atau sakit.
Mengikut pemerhatian aku.. Kucing ni bukannya makan sangat akar tu.. Cuma dia meneyeh muka jer.. kekadang ada yang sampai meleleh2 air liur tau! *take note. sekor lagi kucing aku. Mamat.*
Oh dan jangan risau jika kucing korang tu baka campuran atau apa~ Percayalah.. akar ni memang berkuasa. Ko letak jer.. asal mana2 kucing yang terbau akar dia tu akan turut sama menyebok busy body menumpang.
So pe2 hal.. pastikan stok korang banyak supaya tiada sebarang perang saudara berlaku cam yang dihadapi aku sekarang ni... Huhuhu...
No comments:
Post a Comment