Pages

Sunday, November 6, 2011

Cerita Malam Raya :: SELAMAT HARI RAYA!! ::

Balik jer dari sembahyang raya tadi, saya terus feeling2 bergambar ngan my sis sesambil melantak satay. Best!!! 
Dan sekarang ni.. lepas dah balun tido cukup2.. barula saya merasa nak tulis entry pasal semalam yang sudah berlalu itu. So let's go bebeh!!

Kekdahnya hari kami bermula agak lewat semalam. Tu pun gara2 ada sorang tua yang teramat berangan nak membantu, tapi walhal xlebih dari sekadar datang mencanang cerita kekdahnya~
So dinch jer la dia kita tolak tepi k!

Saya, my sis dan Cik Demi pun keluarla mengukur jalan. First thing first... beli makanan kucing. Kesian anak berlima tu.. Sampai tahap gigit kaki saya dah sebab lapar. Nak2 Si Se7en. Habis menyendeh, dia gigit. Bosan sangat dia buat acara mengurut pulak. Nasib sayang. Kalau x~ nahas saya kutip lempang. Sakit tau kena kuku dia.

Kemudian kitorang ke kedai kek dan roti pulak.. Walaupun orang kata sambut berempat jer.. Bab2 juadah hidangan xleh nak miss tau! Nak2 pulak orang cam my sis... Katanya~

"Kita ni walaupun xraya.. Still kena sambut tau.
Bab juadah semua harusss ada. Kang nanti xpasal2 orang Kl kesiankan kita pulak~"

Saya hanya mampu setuju melihatkan bil yang dah pun mencapai RM 100 ++ ittuw...

Next stop, shopping barang2 dapur. Ni saya petik lagi kata2 my sis sebelum kitorang naik hypermarket petang semalam.

"Cut dulu yang mana xperlu. Ni bajet sendiri tau. Xder sponsor bagai~"

Tapi xder pun yang sbeenarnya ter-cut. Ter-add banyak ah. Lepas pusing2 cari barang lebih kurang sejam.. dan sejam lagi untuk beratur membayar.. Terbang jugakla RM 200++ petang itu. Pelik2~
Nasiblaa barang penuh bonet dah masa ni.

One thing I love about my sis.. dia xpernah lupa benda yang dia janjikan kat saya. So lepas kitorang order untuk makan malam kat satu restoran ni, teruslah kitorang 3 beranak memecut laju ke KB Mall pulak untuk shopping baju raya untuk saya. Hohoho!!

Now... cerita kat KB Mall tu.. saya nak buat satu entri khas. SPECIAL. Sebabnya.. selepas berchatting ngan Cik Zee semalam.. mungkin ada benda yang saya XNAK BUAT akan SAYA BUAT lepas ni. Wallahuallam. Kita tengok jer nanti ek!

Habis acara kat KB Mall tuh, kami terus pulang. Kat rumah banyak kerja lagi ni.. Saya satu pun xkemas. Matilaa kena buat semua dengan masa yang terbatas.

Selesai susun2 barang yang di-shopping tadi. Saya terus tukar uniform. Maid In Hell uniform. Tapi ni versi baik ikhlas suka membantu. Hahaha!!
Xnak mengarut dah.. saya terus kerjakan ruang tamu. Sofa2 saya mesin~ kabinet meja semua saya lap, ash tray semua saya letak dapur then my sis buang :), habis licin!

Oh.. disebakan tahun ni kami berempat.. Saya ngan my sis memang all out. Cik Demi sekadar menonton tv.. maklumlaa budak. Kang disuruh, buat spoil mood dia pulak. Pastu xpasal2 mood saya jugak turut sama spoil. Kes naya tu..
Si makhluk tu pulak. Bukak laptop main game jer reti. Tahlah.. dia xrasa lain kut tengok yang tua dan yang muda ni berpeluh menitik duk lalu depan muka dia semua tu. Ish.. ish.. ish....

Menjelang jam 2 pagi, semua kami dah settlekan. Seterusnya masa untuk saya melelapkan mata benterr.. Esok pagi nak gi semayang raya nih...
Dan my sis pulak.. lepas jer jerang air ngan ketupat, terus masuk bilik cakap fon. Kesian jugak kat dia~ biasa tak teruk mengemas.. Ni sebab kami berdua jer.. Matilaa membalun semua terus.

Lawaknya.. my sis cerita kat saya pagi tadi. Masa bangun nak gi sembahyang raya.
Si makhluk ni hah.. Cerek air tu bertempik pit pit pit!! pun dia boleh buat dunno xdengar. My sis pun hantarlah warkah berlagu amarah kat fb chat dia...

"Cuba gi tutup air jap. Lama dah dia bertempik tu."

Barulaa jalan.
Kemudiannya, ketupat. Disebabkan masa merebus ketupat yang agak lama.. My sis pun ikut sama cam saya terlelap. Bila dia sedar, bau semerbak dah dalam rumah.
Terkocoh2 dia gi intai ketupat. Ya ampun!! Hangit dah 2 pek. Kesian..

My sis pun cakapla kat saya...

"Boleh dia main game kat luar xbau ketupat tu hangit?!
Ya Ampun.. bukan susah pun. Tutup jer api ni. Xpun panggil aku.
Dahla air pun satu hal dah..."

Saya tersenyum dengan taik mata yang bertempek sebab xmandi lagi. Perkara dah boleh dijangka~ Jika sekali xboleh harap.. Berkali2 jangan nak mengharap. Hihihi... Indahkan peribahasa itu? Mana tah saya jumpa pun tatau.

Jadi begitulah hari pertama kami menyambut raya di rumah ni.. Anda pulak bagaimana?

Oh.. sebagai pentup entry ni.. Meh saya upload sekeping gambar yang kitorang sempat snap2 ngan Ipad tu ha..


Tada!! Inilah biskut hari raya kami. Sebekas cenggini pun mau harga dah dekat RM40 tau! Nasiblaaa feeling2 nak raya membukit... Hahaha!!!
So papai! See U all in my next entry okay! =)

p/s : Kami xjemput orang pun.. Tapi bagi yang tahu~ diorang sampaila.. Pintu ni sentiasa terbukak menerima tetamu.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...