Pages

Monday, November 7, 2011

Cerita Raya Pertama

Balik jer sembahyang raya, saya xtahan dah nak berdengkur. Maka selesai membalun satay semua, terus sofa merah tu jadi tempat persinggahan.
Alangkah bahagianya saya saat itu~ Hohoho... Nak2 si makhluk pulak xder sebab jadi wakil abah untuk korban kat kampung Si Asek. Suka tau!

Petang pukul 2 lebih saya dah terjaga. Abah call. Katanya~

"Adik! Nanti ayah long nak hantar daging korban tu."

Aduhh... tapi xperlah. Lagipun saya cuma qada tidur. Maka beronline skype dan fb saya sepetang itu.. Temanya sama. Masih cuba menyakinkan diri sendiri untuk menerima pelawaan my sis ketika di KB Mall semalam.

Balik si makhluk, sibuklah dia bercerita pasal korban yang dilakukan tadi. Katanya....

"Letih la.. sekor sorang kerjakan perut lembu kat sungai tadi!
Ingatkan ada yang nak tolong. Rupanya sorang habuk tarak!"

Ohoo.. dia ni xder pengalaman atau xpernah nak belajar dari pengalaman sebenarnya~
Kita.. kalau melakukan sesuatu.. jangan nak mengharap sangat dengan orang lain. Nak2 pulak bila orang yang jenis blue's clues memanjang. Pengakhirannya.. kitalah jugak yang sakit hati tau. Sekian saya buat mesej komuniti...

Dalam pukul 6 lebih, Mr. Pzie datang rumah. Beraya.. 
Bagus sungguh abang sorang ni. Reti menghargai kawan2.. Sehari suntuk dia ke hulu ke hilir beraya. Kagum sungguh dengan semangatnya itu.

Oh.. kehadirannya juga berhajat untuk menjemput kami 3 beranak beraya di rumah salah seorang rakannya. Saya seperti biasa menurut. Tapi sebelum turun rumah itu.. sempat laa kami bergambar sekeping dua sebagai tanda berhari raya..

Nice and simple.. baju raya recycle.. janji bahagieee..

Sampai sahaja rumah yang ingin dilawati, alangkah terkejut beruknya saya apabila melihat begitu ramai orang di sana. Terus saya mengomel di kerusi belakang.

"Apasal la aku datang ni? Aiyohh.. ramai orang eyy~"

Maka malu2 kucing kami bertiga melangkah masuk ke rumah yang tersergam gah itu. Nasibla kehadiran kami tidak berapa dipedulikan. Asyik menonton maharaja lawak mega kekdahnya seisi keluarga ketika itu.

Hidangannya ringkas namun dengan kelazatannya yang begitu hebat, tidak mampu saya menahan rasa. Duduklah kami berempat membalun apa yang patut.
Dari nasi minyak ke pajeri nenas.. licin! Hahaha!! 

Aksi saya yang sedang meniru peserta maharaja lawak mega yang berjaya dirakam lensa jurugambar...

Kami seterusnya menyambung acara di ruang tamu tetamu pula...

Muka saya yang teramat hepi apabila berjaya membuka bekas biskut tart itu..

Feeling2 bergambar dengan bunga jadi focal point. Matilaa~

Semasa kami berada disini, di ruang tamu berbincang berkenaan pelbagai isu dalam negara, telefon my sis dihujani banyak mesej dan panggilan. Temanya nak datang beraya di rumah. Walhal jam dah pun pukul 10. 
Bodoh sungguh! Tidakkah mereka tahu.. KFC pun dah nak tutup operasi masa tu. Ni kan pula rumah. Dan kalau setakat datang nak tunjuk yang diorang masih lagi ingat kat kami, xperlulah fikir saya.

Bukan apa.. setakat mesej dan panggilan kepada kami pun dah kira okay sebenarnya.. Syukur yang masih ada orang ingat. Ni kalau xkira time nak datang~ kang takut jadi salah faham di pihak kami menuduh mereka2 mengendeng nakkan sesuatu pula. Xbaik tau... xpepasal kami tambah dosa.

Oh.. dan sebelum saya menutup entri ini.. Ingin saya upload sekeping gambar yang kami rakan di KFC Kok Lanas tadi.

Rehat sebentar bersama kit kat. =)

Gelapkan gambar? Xperlah.. lagipun cerita pasalnya akan saya tulis dalam entri khas. MEMORIA. Siapakah pula mangsa saya kali ini? Sama2 lah kita tunggu....

p/s : Suka tengok gambar Cik Zee beraya. Hehehe.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...