Pages

Sunday, November 20, 2011

Ajib Show. 'Berlakon'

Perlu ke kita berlakon depan semua orang?

Itulah topik yang tetiba saya rasa nak ketengahkan hari ni. Jujur saya cakap.. kalau nak cakap secara ilmiah cam profesor.. memang saya xpandai aaa.. 
Tapi kalau setakat nak buat suka2 isi masa terluang. Haaa... tu memang saya pro.

So beginilah. Saya petik sedikit kata2 dari pengalaman lampau saya sendiri. Kang saya kutip dari pengalaman orang kan.. dituduh menipu pulak. Xsuka tau! 
Katanya...

"Alah.. kita berlakon ni tengok tempat jugak dik~ 
Ni kalau 24 jam ko nak buat kerja haram jadah tu apasal?
Hidup.. nak pura2 pun.. xleh selamanya.. Makan diri tahu!"

Kan.... sapa yang ucap ni pun saya dah xingat. Tapi peristiwa yang membuatkan orang tu mengucapkan kata2 sedemikian tu.. ingat pulak saya. Pelikkan?

Maka pada pendapat saya berhubung topik hari ni mudah ajer.
Berlakon tu perlu. Depan semua orang tu pulak.. tengok keadaan. Kalau dah sah2 dia baik tahap nak mendewakan kita~ xpayahla.. Tapi kalau jenis hanjeng semata2... berlakonlah penuh emosi biar orang tu tahu merasa.

Untuk menyenangkan lagi pemahaman. Rajin saya nak buat 2 situasi yang mencerminkan keperluan dan ketidak perluan untuk kita berlakon. So ramai2 sila tepuk yaaa.... Hehehe..

Situasi 1.
Sedang asyik Tuan Puteri mengipas Si Botak yang masih xhabis2 eksen dengan Samsung Galaxy Tab nya yang baru, masuk Si Dayang yang awalnya sedang asyik mengemas di dapur.
"Tengoklah wahai dayangku. Si Botak sungguh hensem dengan Samsung Galaxy Tab nya yang baru itu." Tuan Puteri tiba2 bertitah.
Si Dayang memandang muka Si Botak yang xhabis2 dengan sengihannya itu. Si Dayang lalu membuat muka. Muka yang ternyata xberkenan dengan perilaku Si Botak tika dan saat itu.
Si Dayang enggan berpura2.. terus menuturkan kata2 hikmahnya.
"Alah.. biarkan saja Tuan Puteri. Selagi dia boleh menunjuk bereksen. Biarr... Lagipun xrugi sesen pun kita seistana dengan perilakunya itu.." Lalu berlalu kembali ke dapur.
Si Puteri hanya kelu lidah mendengar tutur kata Si Dayangnya. Terus perkara itu dijadikan topik bualan hangat seminggu lebih kiranya...

Situasi 2.
"Adik!" Aku yang sedang asyik mengambil pesanan pelanggan segera berpaling.
"Cantik tak lipstick kak?" Aku yang membongkok di kaunter nyaris menghempapkan muka ke skrin sesentuh pesanan sebaik melihat ke arah mulut rakan sekerjaku yang merah dengan lipstick yang baru dipakai itu.
"Erm merah!" Aku menjawab pendek sebelum kembali memandang ke arah pelanggan dan berpura2 sibuk. Kedengaran gelak ketawa di dapur sebaik sahaja mendengar jawapanku sebentar tadi.
"Weh! Apasal ko xpuji dia cantik tadi?" Seorang rakanku bertanya tentang situasi yang baru ku hadapi tadi.
"Ko gila! Muka cam tempayan pecah ada hati nak pakai lipstick merah cam Angelina Jolie? urgh.." Aku menggelengkan kepala.
"Laa.. xbaik tau kau cakap gitu. Kang terasa hati pulak kalau dia tahu nanti.." 
"Sebab tu aku cakap camtu.. Aku xpuji dia.. tapi cakap lipstick tu merah~ Aku pun tahu la nak jaga perasaan orang... Kang xpepasal dia tinggal aku buat kerja sengsorang kat DT time jammed. Nahas tau kena hempap ngan spatula kat bos! Xmo ah!" Ujarku sebelum segera berlalu menyambung tugas.

Kan.. maka anda boleh buat kesimpulan sendiri berdasarkan situasi2 yang saya berikan itu..
Macam kawan saya cakap tu.. hidup penuh pura2 tu memakan diri.. Jadi dari semasa ke semasa.. Cubalah jugak menjadi diri sendiri.

Walaupun kekadang kesannya xelok.. menyakitkan.. Tapi tu hanya untuk sementara waktu. Dan jika kita belajar untuk memahami keadaan, nescaya kita akan dapat melihat apa yang bagus dengan tindakan kita itu.
Sekian.

*pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Ajib@JibamJaduya khas untuk peminat K-Pop sekalian.*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...