Pages

Friday, May 20, 2011

CINA BUTA

Bukan entri perkauman okay~ Just nak share something yang ada hubung kait ngan tajuk yang aku guna tu..

Sebenarnya aku pun baru tahu pasal benda ni.. Mr. Bos yang share. You know me~ benda2 berfaedah gini harusss dikongsi gitu. Kalau setakat cerita pasal dadah bagai.. Sori. Wa x ambik port. Biarlah orang nak cakap sekadar mendengar pun.. But for me.. basic okay.. Kalau detail sangat. MAAF. NOT INTERESTED. 
Cukup dah ngan benda yang banyak bersarang dalam kepala otak ni..

Okay! Enough ngan benda2 mengarut tuh. Kita balik kepada main story kali ni.

Dulu.. aku mengaku yang aku tak tahu pun apa itu istilah 'cina buta'. Bagi aku.. 'cina buta' maksudnya orang cina yang buta lah. Kalau advance sikit pun~ Maybe aku anggap istilah tu diberikan kepada orang2 melayu yang belah2 ulu sana. You know.. I kan orang bandar.. So benda cam gini memang xambik port aaaa...

But that night, entah kenapa aku x ingat. Tetiba topik ni boleh terkeluar.
Aku pulak masa tu tubuh jer kat situ.. roh jauh di oversea nuh.. Kiasan aaa.. So bila dah sedar tuh, aku dengar abe ja sebut perkataan 'cina buta'. Aku yang gila blur masa tu otomatik bertanya soalan bodoh standard aku.
"Cina buta?"

Mr. Bos yang faham ngan tahap kebluran aku masa tu pun mulalah buat sesi penerangan..

Katanya istilah cina buta ni actually wujud bila satu pasangan yang berkahwin ni bercerai dengan cukup talak 3. Means.. diorang xkan dapat bersama lah selepas itu... HARAM

Tetapi orang melayu ni pro.. Untuk pasangan yang still ada hati sesama sendiri lagi.. Dan kira nak rujuk balik. Kaedah 'cina buta' ni diorang guna pakai~
Caranya seorang muallaf *saudara baru..* akan diminta untuk berkahwin dengan si perempuan yang janda itu. Tujuannya hanyalah satu.. supaya hubungan si janda ni dengan si bekas suaminya kembali kepada keadaan asal. Kosong dalam erti kata lain. 
So talak 3 yang jatuh diantara bekas suami isteri itu pada awalnya tidaklah diambil kira lagi.. Maka bila si muallaf tu menceraikan si janda itu, dapatlah dia gedik2 balik ke pangkuan bekas suaminya itu..
FAHAM??

Dan istilah 'cina buta' itu diberikan kepada pak sanggup yang turut sama terlibat dalam hal ini.. Tepatnya, si muallaf yang tak tahu hujung pangkal itu. Menurut sajoss macam aku. *Erk?! ada kena mengenakah?*

Wonder~ Kalau muallaf cina yang jadi pak sanggup digelar 'cina buta'.
What about orang India pulak? Adakah? Hurm~ 

So.. Sudah faham dan jelas sekarang? Apa? Benak? Ish ish ish.. Kesian~
Senang cerita.. Macam kes kahwin kontrak la.. Orang yang jadi pak sanggup itulah yang digelar 'cina buta'. Tapi kalau berkaitan kes takut pecah cerita anak luar nikah.. Maaflah yer~ Yang tu confirm dah jadi hal lain pulak...

Apa yang buat aku tersenyum pasal benda ni sebenarnya adalah tentang tahap kekreatifan orang melayu kita ni. Pandai buat fatwa sendiri kan? Hihihi...
Anyway~ Aku sempat gak riki2 kat internet. Kegiatan menggunakan 'cina buta' ni biasanya banyak dilakukan di selatan thai. You know what I mean by that rite~??

Dan berdasarkan apa yang aku faham.. Dari sudut pandangan Islam.. Benda ini dah dikira melanggar hukum.
Sebabnya senang.

1. Isteri yang sudah dinikahi dengan sah itu perlulah diperlakukan sepertimana yang sepatutnya walaupun dia bernikah bukan atas dasar suka sama suka sekalipun. You know~ Nafkah zahir batin.. *aku xreti nak describe.. korang cari ah!*
2. Perkara ini perlulah berlaku tanpa dirancang. Kiranya bukan perkahwinan yang diatur untuk menghalalkan hubungan suami isteri yang lebih awal telah jatuh talak 3 tu la...

Jadi? Apa lagi? Dah terang lagi bersuluh benda ni ditegah dalam Islam. Dahla digunakannya pulak saudara baru sebagai pak sanggup. Apa kes? Come onla... Ustaz dalam tibi tu hari2 dok nasihat.. 
Kita ni.. bila dengan saudara baru, mesti jadi pembimbing. Bukan perosak! Tunjukkan keindahan Islam itu. Bukan paksa mereka lakukan sesuatu yang kita sendiri tak tahu hukum dan akibatnya tau! Hah! Hambik ngko sekali aku membebel. Ada gaya cikgu disiplin x? Hehehe...

Erm.. Mata pun nampak dah mencemburui tanganku ini. Jadi kira aku gulung hujah kat sini jerlah ek!
Bagi yang still xberapa faham atau nak cari info yang lebih tepat. Aku sarankan korang tanya ngan tok imam ataupun juru nikah yang mana2 korang kenal kat kawasan korang tu.
Kalau rasa malu.. tiru jer aku.. Google sajork... Tapi make sure korang cari yang betul2 punya info k! Jangan kes yang main sebat dahla.

Akhir kata dari aku. Majulah 7E dengan gelas2 freenya sekali. Bye!!! :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...