Pages

Thursday, January 12, 2012

Bilamana Dayang Ber-'CerPan'

Semalam dayang rasa pelik sangat2... Kenapalaa tuan puteri ni rajin sangat menggosok baju. Dahla kemeja warna merah. Garang seyh.. apa cerita pun dayang xtau...
Bila siap2 mandi bersiap semua, barulaa tuan puteri bukak suara...

"Tidak mahukah gerangannya dayang mengikut tuan puteri
keluar bersiar2?"

Kan... motif bersiar2 la sangat~ Rupa2nya tuan puteri ni ada agenda nak melawat bakal mak mertua rupanya.. Aih.. 
Problemnya skang ni.. dayang xberapa nak ikut pun sebenarnya. Mengenangkan first time ke sana aritu.. Dinchla dayang berani okay!

Tapi tuan puteri bagi jaminan.. "Ala.. ni kan dah petang.. So kejap jerla.. Before maghrib kita balik.."
Dayang nak wat camnerkan? Bila dah terpaksa menghadapi situasi cenggini.. angguk jerlah. Bak kata orang melayu lama yang dimodenkan sikit... Ditelan sakit tekak, diluah malu muka. So terpaksalaa telan jugak kan.. *kelazz ko ayat!!!*

Maka berangkatlaa dayang dan tuan puteri kesana... Kali ni kitorang xdrive sendiri, tapi Si Jejaka datang ambik. Dahla sepanjang perjalanan tu asyik duk sebok bercerita pasal bini dia. Ko apakes? Asal jumpa jer cerita sama keluar. Boring tau! Pasal ko ngan bini ko.. simpan dalam poketla. Meluat dayang duk blakang kena tadah telinga. Cam xder cerita lain yang lebih interesting nak buat topik. Urgh.. 
Kemuncaknya~ dayang warning kat tuan puteri sebelum kitorang turun kereta depan rumah bakal mak mertua dia tu..

"Tobat dah dayang xmo mengikut lepas ni tuan puteri. Boring tau!
Menyakitkan saraf tunjang jer dayang dengar dia bercerita pasal rumahtangga dia. Eh hello?! Tu bini dia ke bini kita?!"

Wah.. dayang mengamuk! Tapi betul apa~ Setakat nak berkongsi suka duka xperla.. Ni semua benda kutip cerita. Tolak yang atas katil jer xdisebut lagi.. *tett!!*

Now balik cerita sesampainya kitorang ke sana. Tuan puteri jejak jer kaki kat sana~ terus feeling2 hepi. Meliuk lentok ala2 anak remaja baru lepas PLKN lagaknya. Dayang kat belakang muka dah xkeruan nih. Tapi mengenangkan janji my sis sebelum turun tadi.. dayang gagahkan jugak otot2 muka untuk buat ekspresi gembira. Bak kata boboiboy.. 'Terbaik..." :P

Dari setengah jam.. sejam.. Lepas sejam... sejam... Last2 masuk maghrib. Tuan puteri still dengan lakonan dia. High school drama tuh! Tanda2 awal nak berangkat balik langsung xkelihatan.
Tuan rumah siap mengajak solat berjemaah bagai dah. Dayang memang mood gila2 nak langgar dinding dah ni. Boleh tuan puteri buat isyarat suh dayang turut serta. Dia boleh pulak bagi alasan masalah wanita. Ni memang dayang kurengg...

Dayang dahla kena tipu dari awal2 lagi.. Ni nak solat berjemaah.. Xselesa tau! Seluar dayang pakai ni dahla xselesa nak duduk. Kang dibuatnya terkoyak time sujud.. mampus aku!
Bakal mak mertua dayang ada la jugak tawarkan kain pelikat.. tapi dalam keadaan acuh xacuh.. Dahla bilik sembahyang tu sempit. Celah mana dayang nak salin seluar pun tatau... So nak xnak.. dayang gasak jer.. Alhamdulilah... xder apa2 yang berlaku... Syukur...

Kan... motif dayang hilangkan bosan..
4 cawan teh okay! Mwahaha!!!

Selesai satu hal... Keluar bilik, Tuan Puteri pulak feeling2 jadi calon menantu pilihan~ Haihh... susah la ngan minah sorang nih!
Orang.. kalau nak rajin~ berpada2 la.. Ni siap dapur rumah orang tu sekali ngan barang dalam almari dia kutip simpan kemas tau! Apahal la Cik Melah ni sorang heyy! Nak mengemas.. dalam bilik tuan puteri kat rumah nu haa.. RUmah orang xpyah buatla... Hadoi...

Masa ni dayang xkira dah. Janji tetap janji. Dah berjam2 ni dayang tahan sabar. Harus mau meletup okeyh! Sesi buat muka letih mengantuk semua bermula.
Nasib tuan puteri paham.. tapi stillla kena menunggu dia siapkan 'kerja rumah' dia tu dulu. Sumpah dayang dah tahap menyampah crazy pig dah masa ni. Argh!!!!

Lebih kurang lepas Isya' barula kitorang berangkat balik. Nasib xkena tunggu berjemaah lagi. Kang semput dayang kat situ.
Tapi berangkat pun berangkat gak la~ Tetap kul 11 lebih2 baru sampai rumah~ Ikutkan sangat Si Jejaka tu.. Nak makan la.. nak jumpa kawan la.. Itu la.. Ini la... Nyampah memang xleh nak cerita dah dayang ni! 

Dayang bukan apa... Cukuplah dayang berhipokrit pasal hidup dayang sendiri.. Xmo dah melibatkan orang lain.. So dalam situasi2 cenggini.. Dayang memang xleh terima tau! Dahla melibatkan orang lebih tua.. Memang xsyok! Dayang respek diorang... 
Buat Si Jejaka... please la~ xnak dah dengar cerita seram rumahtangga awak tu.. Dan tuan puteri pulak.. maaf~ yang ni memang dayang dah xleh nak ikutkan sangat lepas ni.. Buat hilang mood jer tau.... :(

p/s : Ada satu cerita yang cukup menyentuh hati dayang dengar semalam. Tengoklah kalau ada masa dayang karang kat sini. Hehehe.........

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...