Pages

Friday, June 25, 2010

Bila Aku (start) Merapu Pasal Fastfood

Hari ni aku kena attend majlis solat hajat kelab Gen2 Kelantan. Aku sebenarnya berbelah bahagi nak pergi. Maklumlah.. aku bukan ada kereta pun, just tumpang sekaki ngan akak aku aje. Habis jer majlis tu dalam kul 10 lebih, aku ngan kakak aku terus blah (mengelak cuci pinggan la tu!) Bukan aku xnak stay lama2.. biasa la kan.. aku bukan boleh duduk lama majlis org2 tua ni. Kang x pepasal mulut bodoh aku ni melaser org x tentu pasal! (jenis mulut buaya kan uols! sekali aku ngap, nahas!!)

Lepas tu ktorg gi lepak2 kat McD kejap. Sesaja nak habiskan masa menunggu bola Slovakia vs Italy habis. (sudahnya, senyap cam tenggiling aku bila Italy xleh masuk final 16. malu..) Sambil tu sempat la aku ngan kakak aku buat show 'Cik Kiah Bertenggek' kat sana. Macam2 perumpamaan aku belasah guna nak discribe org2 jakun yg lalu lalang kat dalam McD tu. Yang smata2 masuk McD sebab nak guna toilet pun aku smash berat2 tau! Aku kalau tang2 ni memang x memilih, janji aku boleh melawak suda...(nasib ah sapa kena tuw..)
 wahaha!! itik mengumpat cam aku! ker.. aku mengumpat cam itik?

After that (wah.. cam karangan bdak darjah 6 nak ambik UPSR ngko!) kitorang sambung sesi lepak kat kedai kopi kat rumah. Yg ni kira kes nak tggu bola Denmark vs Japan plak. (Yakitate Japan!! tah menatang apa aku sebut ni? ada aku kesah?!) Ala..saja cari  alasan malas nak balik awal kan..Hu3..
 pic kedai kopi mana ntah aku sentap guna ni..

Masa ni la ada sorg budak ni bukak cerita pasal pengalaman dia bekerja dekat hotel ngan fast food rest. Cerita pasal bab2 kebersihan la. Aku pun mula la naik angin jugak. Tapi bukan aku nak marah budak ni.. Just, I truly understand how we do our job. Especially when we BREAK the rule.
Paling aku sokong bila budak ni cakap, "kalau nak makan fast food ni.. jangan gi time school break @ festive season. Sah2 produk yg diorang jual tu OUT".
Nak tahu kenapa?
Let me explain here. (aku ni memang ada gaya jdi receptionist kan?)
Fast food terutama sekali yg memang dah establish kat Malaysia ni mempunyai their own
 quality guideline. So, bagi setiap produk yg diorang jual. They have what we called step by step procedure. Kaedahnya, benda ni untuk memudahkan kerja2 kuli diorang sesambil jaga kualiti produk yg diorang jual tu.


Nanti xder la kes macam.. "apsal kau letak sayur lebih?", "woi, kau ingat cili sos tu mak bapak kau punya kilang ker?" atau "kiah! aku cakap sekali sudah. Yg pepandai kau gi shoot mayo lebih2 tu apsal? sedara ker?"


Aku cakap ni melalui pengalaman. Org lama kan.. (tpi I masih muda uols!! sweet n sour lgi..) 
Ok! Di pendekkan cerita, Malaysia ni kan mewah ngan cuti umum. Terutama yg pjg2 cam hari raya. Ha.. masa ni la kita sibuk nak ajak famili makan ayam, try pasta atau makan burger ngan jeruk. 

Tapi sebenarnya satu fakta yg kita kurang kesah sgt adalah pasal kualiti. Kenapa? Cam aku cakap awal2 tadi, it's all begin with some procedure but as a human being.. sampai bila kita boleh tahan ngan peraturan kan? Ha.. masa ni lah pluang ktorang utk skip some of the rules @ procedure.
Aku guna ayat aku dulu la.. buat contoh jer k!

"Hari ni saya x kisah macam mana pun. Apa yg saya tahu semua produk JANGAN jammed!"

Faham? Maksudnya.. manager akan tutup mata, staf boleh buat apa saja. Janji produk ADA
Korang mungkin nampak produk tu sama jer.. xder beza pun cam hari2 biasa. Tapi apa yg berlaku di belakang korang x nampak kan? Aku xnak la describe keadaan dia macam mana. Percayalah.. korang xkan jejak kaki kat fastfood lagi kalau aku cerita. Confirm 100% punya!

Aku xnak membebel panjang2 sangat. nanti lari topik plak. Aku ni bukan jenis boleh stick kat one point jer. (dia start dah..) Aku bagi soalan matematik mudah jer la ek. Cuba korang fikir. Korang makan x benda yg korg x tahu. Atau.. korang jamin ker benda yg korg makan tu selamat dalam aspek bersih, suci dan halalnya?
contoh jer k. xder kena mengena ngan yang membuat atau yg pernah termakan gituw..
 
Aku bukan la dlm saf2 ustaz. Bukan jugak cuba nak memburukkan rest2 fastfood ni.. Cuma aku nak kita semua ni sedar apa yg kita buat. Aku tahu.. bukan semua yg buat kerja tu..salah. Maybe segelintir saje (tpi tempat aku dulu.. 90% konfem!) Tapi sebagai pengguna. Kita kena tahu hak2 kita kan. Aku pun bercerita melalui pengalaman. Apa yg aku rasa perlu aku share, aku tulis. At least, kalau sesiapa terbaca boleh la dia buat peringatan untuk diri sendiri kan!

p/s : aku ni memang suka merapu kan? ada aku kesah?! japan aku dah menang pun..Yuuhuu!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...