Pages

Thursday, June 24, 2010

Life. Chapter 4

Hari ni memang xder apa yang menyeronokkan pasal hidup aku. Kaedahnya aku ni memang sekarang ni x tidur malam. Maklumlah.. tengok bola uols..(ek eleh..sah2 ngko tgk kosong jer..) paling awal aku tidur pun pukul 8 pagi. Tu pun kalau aku x tggu ulangan CSI : New York kat AXN (astro gitu! motivasi pagi x main k!) kalau x, pukul 10 jgk la aku berdengkur. Hehehe...

So, masuk balik tema hari ni yer puan2..(ala2 chef wan gituw..) Satu2 nya kerja yg aku buat adalah surf internet. Tu pun selepas berhempas pulas dengan line WiFi yg slalu buat hal. Tadi pun nyaris2 aku nak baling modem tu. Nasib x sempat! Kalau x, nahas aku nak kena baling ngan notebook kakak aku! Huhuhu...
Tpi tu kisah sampingan jer..(filem baru nak start uols! tunggu...)
Skang ni aku nak cerita pasal apa yg selalu aku buat bila surf internet. Macam orang lain gak, aku pun bolehlah dikategorikan sebagai gila ber'facebooking'. Kalau x bukak sehari memang xsah. Nikan pulak jenis cam aku ni yang taksub sgt ngan 2 3 game kat fb cam Hotel City, Nightclub, Farmville dan cam2 lagilah. Fikir2 balik, mungkin game2 ni lah yang buat ramai sangat yg surf fb hari2 kan. Kes katagihan la..
But for now, kita tggalkan kes ketagihan tu kat tepi. Skang aku nak story pasal minat aku yg satu lagi. (lah? bukan main story lgi ker?!)
"Online Manga"
As u all know, online tu membawa maksud.. online lah ngok! Dalam bahasa melayunya, dalam talian (yeay!! 100% untuk pak ki!!) Manga tu dalam bahasa mudahnya komik atau lukisan dengan dialog la..(nak yg bebetul accurate, korang cari kat Wiki. Ada aku kesah?!) Ha3.. Kita guna sifir bebudak jer lah ek! Komik!
Kan senang.. semua org paham. X gitu Mamat? (nama kucing aku..)

Memang benda ni dah jadi prioriti aku kalau boleh bukak internet. Aku akan check 2 3 webpage yg menyediakan terjemahan manga dalam BI. Maklumlah, barg Jepun beb. Yang original tu sepatah haram aku x faham!

Dulu aku cuma membaca 2 3 manga yg popular shj cam Naruto, Bleach, Kekkaishi, Fairy Tail, Kek..(stop! ni lebih dari 3 dah oi..) Tapi sekarang ni aku mula tertarik untuk membaca manga2 yg x berapa popular. Aku x tahu kenapa. Maybe sebab aku cuba cari kelainan kot. Maklumlah, asyik2 benda sama jer.. Bosan gak!
Bestnyer pasal manga ni, ia menyelami dasar imaginasi pembaca tu sendiri. Aku memang tabik la dgn mangaka2 kat Jepun ni. Manakan tidak, seminggu kurang2 kena publish 20 page manga. Ada tu yg 10 tahun run kat dalam magazine. Tapi still x kering2 idea gak! Kalau aku.. sah awal2 lgi dah surrender tau!

Memang sesetengah orang kata komik ni benda mengarut.. Ayat2 cam stupid la.. budak2 la.. kanak2 ribena la.. selalu diberikan kat org yang membaca manga ni. Bagi aku senang! Org yg melabelkan org lain ni sebenarnya x baca paper. (xder motif..)

Cuba fikir. Kalau la benda2 ni untuk bebudak, kenapa benda ni dianggap sebagai industri dan menjadi antara penyumbang terbesar ekonomi Jepun. Sebuah negara dengan ekonomi antara termaju di dunia tu!
Pelik kan? Xkut bagi org yg  rajin ambil tahu hal dunia cam aku ni.. Senang cerita, bagi org2 sempit otak tu baca dulu manga2 hebat cam Naruto & Bleach. Kalau diorang x ubah fikiran jugak.. lantaklah! Xhabis duit diorang pun...

p/s : Sebab bnyak skip. Aku kena baca Katekyoushi Hitman Reborn dari 1st chapter balik. Mampos!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...