Pages

Tuesday, January 11, 2011

Me? Salesman? Pengsan.....



2 hari lepas Maa ada tanya aku... "Adik nak tak buat part time sales Dashing untuk 2 minggu?"

Ha?! Sales?! 2 minggu?! 



Mama... it's over..... *pinjam ayat just for laugh jap*

So orang pertama yang aku cerita pasal kejadian ni.. of course la Zee. Then aku mesej plak kat abang angkat aku kat USM tu. Dua2 bagi reaksi yang sama. KETAWA. Cess.. menyakitkan hati tol la...

Disebabkan nak mengcover kekurengan diri aku ini. Aku pun soal la diorang balik, "Apasal ketawa? Lawak ker" Konon2 naik angin la.. Zee pun balas balik, "Awak ingat x masa awak kena jual tiket untuk program KFC dulu? Berapa hari awak round KB dari pagi sampai malam? Ingat x berapa tiket yang awak dapat jual masa tu?" 

Terus aku terdiam. Kemudian mesej abang angkat aku pulak masuk. "Adik confirm ker x jadi macam dulu? Adik kena ingat... Dashing xder maskot cam Chicky tau... hehehe.." 
Argh!!! Tensen gua. Hampeh punya tali barut! Nasib jauh. Kalau x lama dah aku mengamuk satu USM tu tau!

Tapi apa yang berlaku dulu? Kenapa diorang beria-ia nak refresh balik memori aku pasal kejadian tu?
Hurm... nak story ker xnak? Story kang.. malu muka sendiri. Tak story kan.. xsyok pulak. Argh!! Story jerlah. Yang lain belakang punya hal. Senang cerita.

Kisahnya macam ni.. Dulu masa aku still kerja ngan KFC, aku terlibat dengan satu program ni. Nama dia Chicky and Friends Fun Zone. Event ni actually karnival untuk kanak-kanak. 
Disebabkan tahun tu Kubang Kerian akan jadi tuan rumah. Aku yang selaku coolcat *ala2 event coordinator untuk store la..* terpaksa la memikul beberapa tugas penting sempena karnival tersebut. Salah satu yang menjadi tugas utama aku sebulan sebelum acara berlangsung adalah menjual tiket. *Apa engko ingat KFC free2 ajer nak bagi engko join? Dey... diorang pun nak cari profit gak la..*

Jadi ditemani Kak Maria, otai aku dalam bab2 event dan party ni. Bertungkus lumuslah aku ngan dia ke hulu ke hilir menjual tiket. sebut jer kat mana ada orang, nescaya akan sampailah kami berdua. Even kedai emas pun kitorang terjah semata2 nak habiskan tiket2 itu.

Yang duduk bertudung hitam tu la Kak Maria. Kalau dia masuk ofis confirm ader jer
benda dia nak mengadu ngan aku. I miss her....uhuk uhuk...

Tapi.. to be honest. Aku just jadi peneman sahaja. Bab2 bercakap dan memujuk, aku serahkan kepada Kak Maria. Ingat senang ker nak approach orang untuk beli barang kita? Muka kena kasi tebal maa.. Kalau orang berminat xperla.. Kalau dibuatnyer dia berjalan straight x tengok kiri kanan. Malu dik oi...

Dan dek kerana itu.. Saham aku nak naik manager turun 70%. Hambik ngko! Paling best bila Kak Maria puji2 sindir aku.. "Xsangka ek. Tuan hensem tapi pemalu orangnya.." Aduss... Bangga dalam terpana diriku ini.

Disebabkan itu jugalah sepanjang 3 hari kitorang berkampung untuk menjayakan event ni, aku memang berkerja all out. Di samping nak menebus kegagalan aku kepada Kak Maria, aku jugak berusaha nak menaikkan balik saham aku. Dari jadi peniup belon, penari sampailah jadi Chicky. Semua aku balun! Nak tunjuk yang terbaik depan bos kan...

Percubaan mantap dari aku untuk menaikkan saham. Hohoho..

Alhamdulillah.. karnival tu berjalan lancar. Tapi part jadi salesman tu.. tetap xleh nak buang. Asal aku berperang ngan Kak Maria wajib dia bawak keluar topik ni. Memang x menang la oi.. Bermula dari saat itulah aku cukup mengagumi orang2 yang bergelar salesman. Tapi for me to be one of them? Simpang 4 KB Mall aku xkan buat. Malu siot...

Berbalik pulak kepada keadaan aku sekarang. Patut ker aku terima job buat sales ni? Kalau nak difikirkan pasal bayaran.. dah kira bagus apa. Lagipun untuk 2 minggu. Kira setimpal la.

Nak nak pulak Maa sendiri yang offer. Nak tolak... iyalah. Aku terhutang budi banyak dengan dia selama ni. Tapi kalau aku terima dan aku fail nak impress dia, deep inside aku akan balik jadi macam aku dengan Kak Maria dulu. Lagilah x best. Lama tau nak hilangkan ingatan yang x baik pasal kita dalam kepala otak orang ni.

Taknak menyerabutkan otak, aku cakap kat Maa. "Maa cari dulu sapa2 yang nak buat kerja ni. Kalau xder, okay saya masuk." Dan sumpah tiap2 kali lepas sembahyang, itulah doa aku. Mintak2 la Maa jumpa orang yang sesuai untuk kerja tu. Aku? Tak sanggup....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...