Pages

Monday, January 10, 2011

AJL 25. Antara Ana, Yuna & Ziana



I know... Prediction awal aku salah. Nak wat camner? Dah aku xjadi juri malam semalam. Kalau x lainla.....

Senarai penuh pemenang

Vokal Terbaik              : Yuna- Cinta Sempurna Hafiz - Noktah Cinta
Persembahan Terbaik  : Bunkface - Ekstravaganza Faizal Tahir - Hanyut
Tempat ke 3               : Meet Uncle Hussain - Drama King Hafiz - Noktah Cinta
Tempat ke 2               : Faizal Tahir - Selamat Malam Meet Uncle Hussain - Drama King
Juara                          : Yuna -Cinta Sempurna Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Dan kerana keputusan ini, secara rasminya aku xkan dengar HotFm selama seminggu. Bukan kes boikot atau apa, just xnak mendengar versi live Tolong Ingatkan Aku. Langsung x best! 

Tapi aku ni nak kondem lebih-lebih xleh gak. Maklumlah I xder degree pasal muzik2 ni... Tapi overall show semalam (tolak part Ana Raffali menang) memang best! Senang cerita, meh aku list down sikit apa yang menarik semalam.

  • Opening performance yang memang cambest! Standing ovation untuk Nash yang memang rilek giler dengan Pada Syurga Di Wajahmu. Nasib aku tgok ngan family. Kalau sorang2... sah2 aku ikut melalak!
  • Dulu2.. orchestra biasa diletakkan di belakang atau belah tepi. Tapi tahun ni diorang letak kat atas. Ko ingat artis jer nak popular? Wei... kalau xder orchestra... for sure x menjadik nyer korang punya performance...
  • Banyak aksi tembak menembak. First dengan A.P.I, then Hafiz iku join sekaki. Mati2 aku ingat Hafiz betul2 pengsan dowh masa tu.. Nasib dia keluar balik sambung dia punya performance. Hadui!! Sesak nafas gua benter.. Bagi yang x tahu.. Hafiz actually kemalangan beberapa hari lepas. So, aku pikir dia rebah semalam effect dari kes aritu la.. *nak tahu lanjut? sila baca blog BeautifulNara ek.*
  • Banyak nama2 besar naik pentas semalam. Dari Nasha Aziz, Fatimah Abu Bakar sehinggalah Aziz Satar. Tapi ramai2 tu.. Penampilan NorKhiriah untuk lagu Selamat Malam paling best. For sure ramai mak2 akan nyanyi lagu tu untuk anak2 diorang lepas ni.
  • Walaupun xmenang vokal terbaik, Black cukup menyengat semalam dengan Drama King dan Sofea Jane. X terkucil tu! 
  • Faizal Tahir yang betul2 hanyut! Okay... maybe ada la tangki kecik bawah 'kotak penjara' tu. Tapi still ada yang tertipu ingat Faizal betul2 menyelam semalam. Come on la... Gimik jer cik kak oi!!!!
  • Lawak hos di saat2 akhir yang berjaya menyelamatkan keadaan. Hidup FBI!
  • 3 Diva hebat. Dato' Sharifah Aini, Ziana Zain & Dato' Siti Nurhaliza. Kak Pah memang best dengan 1st song. 2nd song pulak agak fail sebab bridge yang terlampau panjang. Nasib Ziana menyengat semalam.Ambik kau Madah Berhelah ngan Anggapanmu. Key dia cukup2 perfect semalam! Siti pulak.. xperlu nak dipertikai. As always... bagi jer lagu apa pun. Confirm sedap punya...
Tahniah sekali lagi buat tv3 dan semua yang terlibat semalam *ayat reporter...* Walaupun aku yakin ramai yang x berpuas hati dengan result semalam. adat bertanding.. Lagipun banyak lagi award2 sepanjang tahun ni. Ambik contoh Yuna *tetap nak Yuna. Motif x puas hati.* AJL tahun lepas dia kalah tapi dia still menang kat AIM tau. Kategori Lagu Terbaik lagi... 

So xperlu la nak menjadi pahat yer sekalian. Terima ajer keputusan tu. Lain kali for sure boleh try lagi.. Xgitu? Go Yuna!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...