Pages

Saturday, January 8, 2011

Manga Review :: Bleach ::



Title : Bleach 
         - disirikan bermula Ogos 2001 dalam Weekly Shonen Jump
         - Pemenang kategori Shonen dalam Shogakukan Manga Award 2004


Profil mangaka :
Tite Kubo
         - Zombiepowder
         - Bleach
             - manuskrip asal Bleach pernah ditolak. Tetapi dengan
           dorongan Akira Toriyama (Dragon Ball), Tite meneruskan 
           percubaan untuk menjayakan siri ini.




Ringkasan :

Berkisar tentang Ichigo Kurosaki, seorang remaja berusia 15 tahun *gila muda engkau!* yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang Shinigami (dewa maut/soul reaper).

Tindakan yang pada mulanya dilakukan demi menyelamatkan keluarga dan rakan2 nya mula berubah apabila tanpa disedari, Ichigo telah terjebak di dalam rancangan Aizen Sousuke untuk menghancurkan Soul Society serta memporak perandakan seluruh alam semesta. *xpasal2 aku teringat wira tunggal plak.*

Dengan ditemani rakan2 nya serta bantuan dari pihak Soul Society, kini Ichigo meneruskan misinya untuk menyelamatkan dunia pula... Berjayakah Ichigo menghalang Aizen yang kekwat nak mampus itu? Atau.. berjayakah pula Aizen mempengaruhi pemikiran budak tingkatan 3 ini daripada terus membusykan body menghalang tujuan jahatnya? Bak kata Zee.. "Ala... komik jer pun.. Buat apa nak pikir2.. U jadi pembaca dahla.. Buat serabut otak jerla nak buat soklan camni.." ceh, xnak bagi support langsung!




Yang best pasal manga ni dari aku :

Tite Kubo (TK) pernah sebut yang dia nak menzahirkan *ambik ngko perkataan aku guna hari ni!* 'suatu perasaan berupa pengalaman yang hanya dapat diperolehi dengan hanya membaca manga'. Tengok jer ngan setiap battle scene yang ada dalam manga ni. Meletop beb!! Kalau buat filem confirm xleh wat syot macam dalam Bleach tau!  Kalah Matrix. *bagi aku la..*
Setiap page pulak memang cukup simple, less dialog dengan art yang x crowded. Jadi xperlu la korang tenung lama2 nak paham setiap inci lukisan tu. Tapi kalau dah tahu awal2 korang ni rabun..erm... xreti2 nak cari spek ker? *Hehehe...*


Siri awal Bleach.

Terbaru. Nampak perbezaan gaya lukisan TK kan?

Yang x best pasal manga ni.. jugak dari aku :

Okay... Timeline manga ni actually baru dalam lingkungan 5 bulan. 5 bulan yang bersamaan dengan 9 tahun manga ni disirikan. Macam x percaya jer kan? Kalau nak dikira dari perkembangan karekter.. Sumpah aku ingat Ichigo umur 20++. Damn!! X logik langsung!
Kadang2 disebabkan ketelitian TK dalam dia punya art, dia kurang menggunakan dialog. So, paham2 jer la.. NEXT PAGE PLEASE!! Lagipun buat apa nak tilik page kosong kan? Tup2..  sampai kat page TO BE CONTINUED. Masa ni okay lagi.. Tapi tengok kat bawah belah kanan tu ada note kecik tertulis, NEXT WEEK BLEACH IS ON HIATUS. Ha! Mau x berapi kepala otak aku!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...