Pages

Thursday, January 13, 2011

IKAN





"Ikan adalah spesies hidupan akuatik yang mempunyai sepasang sirip yang sama dengan beberapa sirip yang berlainan. Kebanyakan ikan adalah berdarah sejuk. Hidupan ini boleh ditemui dalam pelbagai jenis persekitaran akuatik tidak kira di puncak gunung ataupun sejauh lautan dalam."

Itu mengikut wikipedia la. Sekarang ni aku nak bercerita pasal satu lagi spesies ikan. Tapi ciri2 dia.. way too far dari yang dinyatakan dalam wikipedia.

Spesies ikan ni actually pelbagai jugak. For sure xkan sama la antara satu sama lain. Ikan ni jugak boleh hidup dalam pelbagai jenis persekitaran. Kiranya tahap survival diorang ni memang tinggi la. Kalah spesies salmon u..

Ikan ikan ini memang menjadi pilihan ramai orang untuk dipelihara. Biasanya antara kriteria utama pemilihan ikan peliharaan ini adalah perlulah mempunyai sisik yang chantek. Kalau x cantik.. xleh la nak buat masuk bertanding. Kalau kalah malu la tuan dia.. x gitu?

Colourful camni confirm pass.

Ikan ikan ini juga perlulah dipelihara dari usia muda lagi. Bukan apa.. kalau yang tua ni..jangka hayat dia pendek sikit. Jika tuan mereka memelihara lebih dari seekor ikan dalam satu2 masa pula, maka ikan yang tercantik dan pandai mengambil hati akan diberi tinggal di dalam akuarium besar dengan hiasan2 indah. And of course dibekalkan oksigen 24/7. Bagi yang x bernasib baik, mereka akan diletakkan di dalam kolam atau telaga tinggal kat belakang rumah. Sadis sungguh nasib spesies2 ini...

Ikan di dalam akuarium akan dibekalkan dengan makanan yang dibeli khas dari kedai haiwan peliharaan. Bagi yang tinggal dalam telaga pula, mereka hanya akan makan mengikut kemampuan. Kalau tuan diorang teringat, nasib baik la.. Kalau tak... makan jentik2 la jawabnyer...

Ha...special kan ikan ni?
Memang la.... Kalau tak orang tak panggil la pulak 'anak ikan' oooo....

Sebenarnya topik ni tiba2 terkeluar masa aku, my sis, Ita dan Heary keluar lepak2 kat McD tadi. Masa tu, si Heary ni nampak sorang budak yang dia rasa pakwe baru ex dia dulu. So aku ngan Ita pun otomatik la memalingkan muka nak tengok empunya diri tu.

McD yang paling kuat cari pasal ngan aku. Nasib ada sebijik ni jer kat Kelantan!

Sumpah x hensem! Beribu2 kali hensem si Heary ni lagi. So aku ngan Ita pun direct jer cakap, "Tak hilangkan loya kalau muka setakat tu nak buat anak ikan." Daripada situ, kitorang memang terus melalut entah kemana...
Yang lawaknya, si Heary yang asyik duk mendengar ni rupa2 nya langsung tak faham apa yang kitorang sibuk duk gosipkan tu. Remind me of someone actually. Hahaha

Tapi bila bercakap pasal anak ikan ni kan, otomatik akan timbul macam macam persepsi negatif. Positif? Kerat jari xkan ada nyer..

Personally.. aku kenal beberapa orang yang pernah dan still lagi menjadi anak ikan orang sekarang ni. Tak dinafikan yang hidup diorang ni senang. Life pun simple jer.. Takder la complicated sangat cam aku ni.. Tapi sampai bila diorang boleh hidup macam tu kan?

One of my best friend, jadi anak ikan dari umur dia 16 lagi. Bukan lah dia ni jenis mata duitan..tapi dia terhutang budi sangat ngan sponsor dia ni. Adik-adik dia berjaya masuk U pun jasa sponsor dia lah. Sebab aku curious sangat, aku pernah tanya dia soalan ni. "Engkau rasa berapa jauh engkau boleh pergi bila jadi anak ikan ni?"

Memang dia termenung panjang.. Aku pun asalnya memang menyesal bila tanya soalan ni. Aku tak nak hilang kawan jasa ayat bodoh aku. Tapi nasib dia still jawab.
"Dalam 6 tahun ni.. aku x pernah lagi buat benda2 yang  boleh menjatuhkan maruah dan air muka mak bapak aku. Aku orang susah Din.. Nasib ada Mami. *title aku bagi kat sponsor dia* Tak pernah sekelumit pun dia mengungkit pasal pertolongan dia selama ni pada aku. Lagipun aku temankan dia keluar makan2 ajer. Ke bilik langsung tak pernah. Aku hormat dia dan dia jugak hormat pilihan aku. Kemudian hari aku tak tahu. Kalau Allah tetapkan jodoh aku ngan dia.. Aku terima. Masa tu aku nak kau jadi pengapit aku boleh?"

Aku hanya senyum mengangguk. Kata kata dia aku pegang sebagai seorang kawan. Hal lain, tu antara dia dengan Tuhan. Dalam fikiran aku.. bermacam2 benda ada. Yang buruk, yang baik even yang xder kaitan sekalipun berserabut sekali. But in the end, you make your own decision how to run your life. But always remember, be responsible with every decision you make rite.

Oh, by the way. Kawasan rumah aku ni kena fogging balik dah. Pagi ni jer dah lebih 5 kali jip kesihatan tu lalu. Nampak gaya kalau nyamuk tu xnak surrender.. aku dulu la kot. Dahla sehari dua ni asma aku datang balik! Adui.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...