Pages

Tuesday, September 27, 2011

S.H.O.P.P.I.N.G

Kalau ikutkan hati yang tengah marah~ Memang gila2 lah aku attack balik kat fb. Ingatkan lepas kena skali... serik. Ni tak.. makin menjadi2 sial! Nasibla badan...
Well, tinggalkan kejap cerita bangang tu. Susah2 aku call Mr. Simple tolong bereskan. Senang...~
Next!!!


Disebabkan dah tertangguh beberapa kali projek nak shopping barang dapur.. hari ni, Alhamdulillah.. terlaksana jugak. Aritu gila shopping xtentu hala kan.. nasiblaa bila dapur dah kering ni barulah nak sebok mengurus semua. 

First thing first.. orang kata kalau nak shopping ni, sediakan list. Betul x? Pengguna bijak meh.. Maka tekun nyerla aku menulis setiap item yang ingin dibeli itu. Susu.. nescafe.. milo.. ribena.. Ehei!! Banyak yang air pulak! Masuk yang dapur.. mamee.. twisties.. *perlu okay buat drakula2 yang suka berjaga malam ittuw~*

Keduanya.. bajet. Haa.. bagi yang kerja kerajaan, bajet biasanya dibuat nak dekat2 gaji. Tolak kereta, rumah semua. Barulah masuk bahagian dapur. Biarlah jenis makan luar sekalipun~ janji dapur terhias indah katanya..
Tapi tu orang gaji bulanlah. Cam kitorang~ tengok keadaan calon2 yang sesuai untuk diperas ugut. Kalau jenis yang baik bak YB.. slow la sikit. Tapi kalau jenis yang.. ehemm.. berlagak lebih.. Haa.. merasala.. lumayan skalih! Hiks!

Lastly, hari shopping itu sendiri.  Hat yang ni korang kena consider semua sekali. Hari orang gaji, hari hujung minggu, promosi2 kat supermarket itu dan paling penting.. kalau nak shopping banyak, jangan hari Sabtu. Why? Sebab Sabtu dia caj setiap beg plastik yang korang guna untuk isi barang tu nanti. Xsilap aku 20 sen setiap satu. Dibuatnya 10 plastik, terbang dah 2 ringgit. Kan best ngan 2 ringgit tu singgah 7E beli roti~ Xgitu? :P

Now.. bila dah ready ngan semua tu, time orang nak gi shopping pulak bersiap. Cik Demi cam biasa~ simple.. Maknya. masa untuk cuba baju baru!! And me, atas sampai bawah kuning. Hahaha! Nasib hujan. Kalau x nahas aku all out ngan kasut skali.

Tapi disinilah langkah kami mula tersilap. Silapppp besar. Bak kata pepatah, kita hanya mampu merancang, ketentuannya nanti, tiada siapa yang tahu~

Naik jer kereta, silap pertama. List yang panjang berjela tu entah hilang kemana. Kuat berangan depan cermin lorhh.. Sekali xingat aku gi selit celah mana benda alah tu. Hishh..
Tahan lagi..

Naik supermarket, test troli duluh.. Kang boleh yang tayar cam bangang.. letih nak menolak seyh... 
Selesai buat pemilihan.. okay, jom ronda2.. Tergedik2 tiga beranak atas supermarket tu. Nasib xramai. Sempat la buat pose orang KL baru balik KB.. padahal rumah sekangkang kera jer ngan supermarket yang kitorang naik tuh! :P

5 minit mula2.. semua okay.. berjalan lancar.. Ridsect.. maggie maa.. susu.. kiub knorr abah.. okay~ mengikut list.
Tetiba ada tangan mencelah dari belakang. Eh?! Nescafe 3 in 1? Xder dalam list seingat aku! Terusmata ni menjeling, cepat Si Demi ni ambik kesempatan yaa~
Maka bermulalah shopping barang dapur ntah hapa2 tu..

Masuk belah sini, uiii!! Berkenan ngan benda alah tu. Ambik... sumbat troli. Satu.. dua.. omakau!! banyak nyer barang xder dalam list! Matilaaa.. selalu sangat shopping over budget! Xleh nak control langsung!

Dan my sis pulak~ Ada hobi suka mengumpul barang. Makin bencana. Disaster!
Tengah jenjalan tu, sempat tau mata dia tertangkap botol air cute mute tersusun cantik kat hujung belah barang plastik. Aiyohhh!!! Xnak burukkan keadaan, awal2 aku cabut tinggalkan dia ngan Demi kat situ. Mau dibuatnya aku sebagai alasan nak beli semua tu~ Oh pleaseee... xrela tau!

Lepas 2 jam berhempas pulas atas supermarket tu, my sis tanya aku soklan cepu cemas. 
"Ko agak~ over budget tak kita hari ni?"
Hah?! Soklan apakah itu?! Dah terang lagi bersuluh 70% dari barang dalam troli tu xder dalam list, ditanya lagi kita. Wadehek cukelat hacks! 
Xnak cakap banyak.. terus gi kaunter. Kang dibuatnya ada  lagi barang dia berkenan, mampuss!!

In the end, xperlu cerita. Memang over budget lah. Bukan sikit okay~ Malah lagi banyak dari biasa! Bayangkan~ Biasa kitorang habiskan RM300 untuk barang dapur. Hari ni? Double okay, DOUBLE!!  Oh sungguh xterkata aku saat itu. 

Orang lain.. tengok barang2 branded berjenama jer kelabu mata. Ni kitorang, shopping barang dapur pun sama gak. Haihhh!! Ohh.. dan kenapa aku xrefer 'just' my sis dalam entry ni adalah kerana.... AKU PUN 2X5 JUGAK. Pantang berkenan! Sambarrr..... Hua3!!!

p/s : Seminggu xmakan nasi. Kat luar pulak ada 2 bungkus mee tomyam. Haruskah saya mengagalkan rancangan diet pemakanan saya hari ini? Hihihi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...